Bab 10

58 1 0
                                    

Dup dap dup dap hati ni memandangkan malam ni aku kena round satu sekolah pasti semua pelajar masuk tidur dalam khemah. Ya Allah, kenapalah sekolah ni besat sangat! Dahlah dari tingkat atas ke tingkat bawah nak kena round. Mahu berdiri bulu roma aku. Nasib baik Faiz nak teman aku round satu sekolah dan dibantu oleh beberapa orang guru yang menyebabkan proses meround satu sekolah menjadi cepat. Touch light aku ambil di dalam khemah. Aku mengela nafas. Ya Allah, mudah-mudahan tiada apa-apa berlaku, aamin. Doaku didalam hati.

"Hati-hati Mira. Jangan merayap ke mana pula. Habis round, balik khemah okay?" Kata Ainna sebelum aku bergerak bersama Faiz meround satu sekolah ni. Aku mengangguk perlahan seraya tersenyum. "Yelah. Aku balik nanti. Aku pergi dulu ya." Kataku seraya menyalami kedua-dua rakan aku. Gayanya macam nak pergi berperang sudah. Padahal nak round satu sekolah aja.

"Amira, Faiz, cikgu nak kamu berdua round dekat kawasan kantin dan pintu belakang sekolah tu. Sebelum itu, pergi dahulu blok tingkatan 2, cikgu-cikgu yang lain akan berpecah mengikut apa yang saya arahkan tadi. Kita akan berkumpul disini selepas selesai semuanya. Anda semua boleh menjalankan tugas anda sekarang. Kata Ustaz Hafizi setelah memberi taklimat ringkas kepada kami. Garba gila jalan sebelah Faiz ni. Berdua pula tu. Dengan jalannya gelap lagi. Aduh! Merungut aku didalam hati.

"Kau check kelas ni, aku check kelas sebelah sana kejap." Kata Faiz sebaik sahaja kami sampai di tingkat palin atas blok tingkatan 2. Baru sahaja aku nak cakap yang aku takut nak check kelas tu sorang-sorang, Faiz terlebih dahulu berjalan ke arah kelas disebelahnya. Faiz ni jahat betul suruh aku check sorang-sorang kelas ni. Omel ku didalam hati. Berdebar-debar saat aku melangkahkan kaki masuk ke dalam kelas itu. Lenggang. Tapi aku rasakan seolah-olah diperhati oleh sesuatu. Aku buat dono je.  Aku suluh dari atas syiling sampai bawah meja. Kosong tiada orang. Setelah puas hati selidik kelas itu, aku melangkah keluar dan melihat susuk tubuh Faiz diluar kelas.

"Sudah, jom pergi kantin pula." Kata Faiz lagi. Aku membuntuti langkahnya sahaja sesekali aku mempercepatkan langkah aku menghampiri Faiz apabila dia berjalan laju ke hadapan.

"Kau ni lajunya jalan!" Marahku membuatkan Faiz memalingkan kepala ke arah aku. Kami berhenti betul-betul dihadapan tandas pelajar.

"Aku nak ke tandas ni. Kau tunggu kat luar kejap tau." Kata Faiz sebelum menghilangkan diri masuk ke dalam tandas. Aku terlopong. Ya Allah, dia suruh aku tunggu kat luar sorang-sorang. Huaa! Nak menangis! Tapi takkan aku nak ikut masuk tandas. Tandas lelaki pula tu. Aduh nak buat apa ni! Omelku didalam hati.

Setelah beberapa saat aku tercegat depan tandas lelaki, akhirnya aku memutuskan untuk duduk di salah sebuat bangku yang tidak jauh dari tandas lelaki itu sambil menunggu Faiz. 20 minit berlalu, Faiz masih tidak keluar dari tandas. Rasa gelisah sudah bertandang dihati. Aduh, buang air besar ke Faiz ni. Aku merengus. Bencilah dengan Faiz ni! Sementara aku menunggu Faiz yang bertapa dalam tandas, aku bermain dengan lampu suluh aku. Sekejap aku buka, sekejap aku tutup. Tiba-tiba lampu suluh tidak menyala.Aku mengetuk perlahan lampu suluh untuk menghidupkannya. Tapi tak berjaya. Aduh time-time macam ni lah bateri lampu suluh nak mati. Rungut ku di dalam hati. Ibu! Ucu nak balik! Jerit batinku. Suasana menjadi sunyi. Rasa tidak sedap hati bertandang lantas aku bangun menuju ke hadapan tandas lelaki bagi menjengguk Faiz.

"Faiz, kau lama lagi ke?" Tanyaku yang agak sedikit menjerit. Tiada sahutan. Bunyian air turut tidak kedengaran. Berderau sudah darah aku. Tangan menggigil ketakutan.

"Faiz, cepatlah!" Marah ku lagi. Tiada sahutan. Peluh yang merenik di dahi aku lap dengan sapu tangan. Bibir yang bergetar ketakutan, aku ketap. Ya Allah, memang menguji kesabaran betul si Faiz ni. Sebaik sahaja aku ingin kembali ke bangku tadi untuk menunggu Faiz, aku tertoleh ke arah kiri aku. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang rupa parasnya tinggi seperti Faiz. Baju dan seluarnya pun serupa. Faiz lah ni. Sangka ku didalam hati. Aku tersenyum lega. Dah keluar dari tandas rupanya si Faiz ni. Tapi tak nampak pun. Ah! Tak penting janji dah keluar tandas. Mungkin aku berangan kut masa dia keluar tandas tadi. Gerutu hati aku. Aku berjalan menghampirinya.

Cinta Yang Ku InginkanWhere stories live. Discover now