Bab 12

39 2 5
                                    

"Eeh baju sama lah korang berdua"

"+Okay❤!"

"How dare you tolak boyfriend aku!"

Azmirul menekup mukanya dengan bantal. Senyumannya disembunyikam dibawah bantal. Fikirannya asyik memikirkan kejadian yang berlaku petang tadi. Sungguh membahagiakannya. Namun, hatinya tetap runsing dengan lelaki yang dimarahi Amira tadi. Mereka berdua seperti ada sesuatu yang tidak diketahui oleh aku. Nampak macam Amira benci sangat dengan dia. Kenapa eh? Bisik hati Azmirul lantas dia bangun daripada pembaringannya dan duduk dibirai katil.

"Aik tadi bukan main tergolek-golek kau atas katil. Ini dah murung pula." Perli Iskandar yang baru sahaja muncul di muka pintu bilik asrama bersama geng-geng hot students yang lain.

"Mana ada aku tergolek-golek." Jawap Azmirul tenang seraya menyuruh mereka untuk masuk ke dalam bilik.

"Kau fikir kita orang tak nampak yang tergolek-golek, tersengih-sengih sorang-sorang." Sakat Alif yang duduk bersila dilantai.

"Iyalah lah sejak-sejak balik dari dating petang tadi, senyum sampai ke telinga. Kalau boleh sampai ke belakang kepala nak senyum!" Usik Hafiz sehingga membuahkan tawa antara mereka. Si Hafiz ni aku halau dia tidur luar baru tahu. Gertak hati Azmirul.

"Dating ke jadah kau. Outing dengan member lah." Kata Azmirul pertahankan diri. Mukanya dibuat tenang agar tidak pecah rasa hati.

"Kau fikir aku tak tahu yang kau pergi outing dengan Amira, Ainna dan Syah. Siap baju sama warna lagi dengan Mira. Pergh! Cepatlah kami merasa nasi minyak ni!" Gurau Syameer membuatkan semua ketawa terbahak-bahak sampai senak perut. Azmirul mengetap bibir. Kecil besar je tengok perangai masing-masing. Ini mesti Syah yang cerita dengan Meer pasal baju aku dan Mira sama warna ni. Siaplah kau Syah! Omel hati Azmirul.

"Sudahlah, ni apahal datang jenguk aku ramai-ramai ni. Selalu korang hilang je merayap entah ke mana." Perli Azmirul sambil memeluk tubuh memandang kelima-lima jejaka dihadapannya.

"Datang nak menjenguk kawan kita yang tengah bahagia lah!" Kata Hakimi kuat sehingga didengari oleh bilik asrama yang disebelah. Iskandar meluku kepala Hakimi yang terpekik terlolong tak ingat dunia.

"Sakitlah Is!" Marah Hakimi sambil mengusap-usap kepalanya yang sakit akibat diluku oleh Iskandar.

"Kau ni cakap memang nak bagi satu JB (Johor Bahru) dengar ke? Terpekik terlolong macam orang tak betul saja. Tengok budak-budak bilik lain tadi pandang semacam je masa lalu depan bilik ni. Malu lah sikit Kimi hui. Kau tu senior sekolah."Bebel Iskandar sambil mencekak pinggang. Nasib baik warden tak check bilik. Kalau tak memang habis semua kena denda ketuk ketampi. Gerutu hati Iskandar. Hakimi mencebik. Yang lain ketawa terkekeh-kekeh melihat Hakimi yang dimarahi oleh Iskandar. Gelak tawa mereka termati apabila Hakimi merenung tajam ke arah mereka. Serta merta mereka mengangkat tangan ke udara. Kibarkan bendera putih! Surrender.

"Nilah esok kita orang nak ajak kau pergi makan-makan" Kata Syameer menerangkan hajat sebenar mereka beramai-ramai menyerbu bilik yang diduduki oleh Azmirul, Hafiz dan Iskandar.

"Lain kali cakap lah awal-awal. Ini korang banyak konar-konar lah." Balas Azmirul berseloroh.

"Esok pukul berapa? Dekat mana? Naik apa? Siapa je pergi?" Tanya Azmirul bertubi-tubi ke arah mereka berlima dihadapannya.

"Wo..wo sabar-sabar. Banyak betul soalan kau tanya. Chill, rilex-rilex." Kata Syameer sambil membuat gaya memicit kepala tanda kepeningan.

"Esok pukul 2 petang, lepas solat jumaat. Dekat Bigdaddy’s Family Cafe & BarberShop. Naik kereta aku. Aku bawa kereta tapi aku parking dekat rumah mak cik Ramlah depan sekolah tu. Kite pergi berenam je." Kata Hafiz menjawap persoalan Azmirul. Azmirul mengangguk mengerti. Bigdaddy’s Family Cafe & BarberShop eh. Sedap juga situ. Kafe hipster yang terkenal dikalangan penduduk negeri Johor yang terletak di Bandar Baru Uda. Selain daripada menu tempatan, terdapat juga menu western disana. Teringat pula, Mira pernah cerita dia pernah makan disana. Katanya sedap disamping dekorasi kedai yang classic dan cantik.

Cinta Yang Ku InginkanWhere stories live. Discover now