Bab 6

25 2 0
                                    

Buku dilambung-lambungkan kelangit tanda kemerdekaan. Kemerdekaan acik dia. Baru sahaja habis peperiksaan awal tahun. Belum lagi SPM. Agaknya kalau dah habis SPM mahu dibakar aja sekolah gamaknya.

"Merdeka! Merdeka!" Teriak Azmirul sambil memutarkan buku seperti bola keranjang. Aku memukul bahunya dengan fail yang aku pegang sambil membuat isyarat supaya diam.

"Habis lah akak singa dah mai dah." Gurau Hakimi. Aku menjeling tajam ke arahnya serta merta dia turut mendiamkan diri. Orang nak rilex kan kepala otak, dia makin bingitkan keadaan. Omel ku didalam hati.

"Kak Mira." Kata seseorang yang berada dibelakang aku. Aduh orang nak rehat sekejap pun tak boleh, ada aja nak kacau. Desis hatiku sambil memalingkan kepala aku ke arah belakang dengan mata yang tajam. Menggangu ketenangan aku je!

Aduh garangnya akak ni. Patut lah si Daniel tak nak teman aku. Gerutu hati Mikail apabila melihat Amira memandang ke arahnya. Mikail menelan air liurnya dengan kesat. Muka dah cun, tapi garang bak singa! Kutuh Mikail didalam hati.

"Mika nak apa jumpa akak?" Tanya aku apabila melihat Mikail hanya berdiam diri dan menundukkan kepalanya. Awat takut na budak ni. Aku tak makan orang pun. Gerutu hatiku.

"Ah..Cik..Cikgu Amar na..nak jumpa kak Mira..den..dengan abang..abang Azmirul de..dekat bilik dis..disiplin." Kata Mikail tergagap-gagap. Terkulat-kulat dia memandang ke arah aku dan Azmirul.

"Cikgu Amar nak jumpa kita orang sebab apa eh Mika?" Tanya Azmirul pula dengan nada yang sopan. Tak macam aku semua nak meradang. Kutuk hatiku sendiri.

"Saya pun tak pasti." Balas Mikail sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Dia tersenyum senget.

"Tak apalah kalau macam tu. Mika boleh balik kelas ya." Kata Azmirul seraya menepuk bahu Mikail. Selepas menyalami Azmirul dan geng-geng hot students, Mikail berjalan kembali ke kelasnya.

"Kau ni garang sangat lah,Mira. Kesian si Mika tu takut-takut nak cakap sampai tergagap-gagap." Kata Ainna yang mengalihkan pandangan aku ke arahnya. Syahirah turut mengiakan apa yang dikata oleh Syahirah.

"Aku penat lah." Renggek ku seperti kanak-kanak kecil. Mataku membulat meminta simpati rakan-rakan ku. Ainna dan Syahirah menjulingkan mata ke atas tanda tak kesah. Aku mengetap bibir. Aku tembak dengan shotgun baru tahu. Omel hatiku.

"Jom pergi jumpa Cikgu Amar. Nanti lambat kena marah pula." Kata Azmirul yang sudah berada dihadapan aku. Aku mengangguk lemah, langkah ku lambat-lambat ke arah bilik disiplin.

"Dah lama kau kenal Firdaus?" Tanya Azmirul memecahkan kesunyian. Aku yang mendengar soalan itu terus memandang ke arah Azmirul dengan kehairanan. Dia masih memandang depan dan memasukkan tangan ke dalam poket seluarnya.

"Kenapa kau nak tahu?" Tanya ku pula. Asalehe punya minah, aku tanya kau, kau tanya aku balik pula. Gerutu hati Azmirul. Dia memandang ke arah muka aku sekilas sebelum memandang ke arah depan balik. Senyuman tak lekang dibibirnya. Aku mencebik. Aku tanya dia senyum pula. Omel hatiku.

"Saja." Balasnya sepatah. Cermin matanya yang melorot kebawah dibetulkan semula.

"Kenal tak lama pun. Lagipun kenal gitu-gitu aja." Balas ku. Azmirul hanya mengangguk kepalanya tanda mengerti. Kemudian, keadaan kembali diam sehingga sampai ke bilik disiplin. Seusai sahaja membuka kasut dan memberi salam, kami dibenarkan untuk masuk kedalam bilik disiplin yang ketika itu ada Pengetua, Cikgu Amar, Cikgu Badrul, Cikgu Aini dan terdapat juga 6 pengawas tingkatan 5 yang lain.

"Kamu semua sudah dimaklumkan bukan mengenai Kem Pecutan SPM yang akan kita adakan pada minggu hadapan?" Tanya Pengetua kepada kami berlapan. Kami hanya mengangguk perlahan. Mata pun tertumpu sahaja melihat lantai. Takut nak pandang muka Pengetua yang garang tu.

Cinta Yang Ku InginkanWhere stories live. Discover now