"PUAN ada tak rasa kesukaran bernafas, batuk atau demam?"
"Takde."
"Ada berhubung dekat dengan pesakit positif Covid-19?"
"Kalau aku tahu orang ada sakit virus tu, ingat aku nak berborak ke?"
Bibir aku sudah menyinis. Sudahnya aku mengambil keputusan untuk diam.
"Pernah pergi oversea atau berjumpa dengan orang yang baru balik dari luar negara?"
"Tak adalah. Cepatlah sikit, aku nak jumpa doktor ni."
"Mak cik, dah ini tugas kami. Kalau ikutkan hati, memang buang masa je kami nak memeruk dekat sini nak tanya orang satu demi satu soalan. Kalau kami dah tanya tu, jawab sahajalah." Suha yang sejak tadi memerhatikan kami akhirnya bersuara juga. Bukan aku tidak tahu kepala angin Suha.
"Suha." Aku sudah pun mengeleng-geleng kepala kepadanya agar dia tidak meneruskan kata-katanya.
"Dah mak cik dah boleh jumpa doktor ya, sila pergi ke bilik lima."
Sejurus itu, kad kesihatan yang berada di tanganku direntap kasar oleh wanita yang berumur pertengahan usia itu. Dengan muka yang cemberut, dia sudah pun bangkit dari kerusi di hadapanku dengan cara agak kasar.
Tindakannya itu berjaya mengundang perhatian pesakit-pesakit lain yang sedang menunggu untuk disaring. Ada sesetengah dari mereka mula berbisik-bisik sesama sendiri dan ada juga yang menghantar pandangan simpati ke arahku.
"Orang dah tolong saringkan pun dah cukup untung, lagi nak sombong lagak!" Suha di sebelahku sudah pun berdecit geram.
"Biasalah Suha. Pesakit kan pelbagai ragam. Selagi mampu sabar kita sabar okey," pujukku lembut.
"Hish kalau aku jadi kau, ni hah bakul ni aku dah hentak tepat-tepat atas kepala dia. Mak cik tak mak cik, ada aku kisah!"
Aku sudah pun tersenyum lucu melihat gaya Suha yang sudah mengangkat bakul yang berisi kad pesakit itu. Dengan wajah dia yang berkerut dan bibir terherot-herot sudah berjaya membuatkan dia kelihatan sebagai jururawat yang agak garang di sini.
Telefon yang bergetar di dalam poket aku keluarkan. Mesej Whatsaap yang terpapat di ruang notification membuatkan aku mengulum senyum.
"Mom to be, jaga diri tau."
Melihat sahaja pesanan itu, automatik peristiwa pagi tadi mula menjelma ruang ingatan.
"TAK nak lepaskan abang ke ni?"
Aku menggeleng laju. Tubuhnya aku dakap erat. Seerat-eratnya sehingga belakang baju uniformnya aku genggam."Sayang... abang janji pergi tak lama. Sayang janganlah risau," pujuk dia lagi. Kepala aku dia usap-usap. Seperti aku ini bayi yang tidak mahu berpisah dengan ibunya.
"Nanti abang kena virus tu macam mana? Ramai dah frontline tumpas sebab nak lindung rakyat." Esakan kecil mula kedengaran dari mulutku. Sungguh, hati aku ini sakit dan perit. Takut jika berlaku apa-apa kepada suamiku ini.
"Dah, dah. Syhhh... abang janji akan pulang dengan selamat. Dah giliran ni pula abang nak cium." Sejurus itu, dia menolak rangkulan tubuhku lembut. Kini dia sudah melutut lalu menyuakan bibirnya ke perutku yang kempis.
"Baby, jaga mama elok-elok, tau. Papa pergi kerja sekejap je. Janji nanti papa balik okay. Jangan nakal-nakal dengan mama."
Mendengar pesanan itu, lagi luruhlah air mata ini mahu mengalir. Aku sudah pun menayang muka comel kepada Luth. Mata aku yang agak bundar ini aku kecilkan dan mulut dimuncungkan.
"Haira Sofia, buatlah muka comel mana pun, Luth Asyraf ni takkan cair dah bila dalam keadaan macam ni. Lagi pun abang bukan suka-suka keluar. Demi negara kita, macam sayang." Hidung aku sudah pun dicuit olehnya.
"Abang janji dengan Haira, abang akan pulang dengan selamat. Pinky promise?" Jari kelinking sudah pun diangkat. Tanda supaya Luth membuat janji denganku.
"Ya abang janji. Sayang doakan abang tau. Dan sayang pun sama, jaga diri dan baby." Luth sudah pun memaut jariku dengan jarinya.
Sejurus itu, aku mendakap tubuh Luth sekali lagi. Walaupun sudah mahu keluar dari rumah, aku masih tidak mahu melepaskan dirinya. Risau jika apa-apa akan berlaku kepadanya.
"Jangan nangis, nanti balik abang bawa coklat tau," pujuk Luth
Aku sudah pun mencebirkan bibir. "Haira bukan budak lagi tau, apalah abang ni."
"Tahu, kalau tak tak jadi dalam tu." Sempat lagi Luth mengusikku. Sudahnya aku tidak jadi mahu bersedihan lagi. Pipi ini sudah pun merona merah mendengar usikannya.
"Haira dan Suha, ikut kami segera."
Sapaan dari beberapa petugas perubatan yang lengkap memakai sut PPE sudah pun menghampiri kami. Melihat itu, automatik jantungku menjadi berdebar semacam.
Sudahnya, aku dah Suha sudah bersabung tenung. Adakah ini pengakhiran kami?
YOU ARE READING
Luth Haira - Cerpen (C)
Short Storyإِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ Yang bermaksud: "Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila i...