Teguran

615 37 12
                                    

Teguran yang mengubahku.

Menasihati bukan bermakna kita sempurna. Menasihati tandanya kita peduli.
Menasihati tandanya kita tak pentingkan diri.
Menasihati adalah salah satu cara untuk mencegah maksiat.

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran dari kalangan kamu, hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya, jika dia tidak mampu maka (cegahlah) dengan lidahnya (perkataan), jika dia tidak mampu (juga), maka (cegahlah) dengan hatinya (membenci), demikian itulah selemah-lemah iman" [HR Muslim].

Tanggungjawab setiap yang bergelar muslim untuk menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar.

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada ssegala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman"). [Surah Ali 'Imran : 110]

Sedarlah saudaraku, setiap daripada kita wajib untuk melaksanakannya. Menegur bukan tandanya kita baik tetapi kerana ianya adalah tanggungjawab dan perintah daripada Tuhan.

Kadang aku menegur bukan sekadar ingin membetulkan kesilapan manusia lain. Tetapi sebenarnya dengan menegurlah mampu membuatkan aku sedar dan memperbaiki diriku. Aku tak sempurna. Sama seperti manusia lain. Niatku tiada lain hanyalah untuk mengajak mereka sama sama ke arah kebaikan.

Usah lagi kau berpegang pada prinsip "Nak tegur orang, tengok diri tu dulu. Nasihat orang tapi kau pun buat benda sama".

Tetapi genggamlah erat prinsip ini "Tegur dan nasihat orang, dalam masa yang sama perbaiki diri". Prinsip inilah yang betul.

Bayangkan kita nak nasihat atau menegur seseorang, kita perlu tunggu diri kita perfect dulu? Kalau begitu, mungkin sampai kiamat sekalipun tiada manusia yang akan mencegah maksiat, menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar ini.

Sahabatku, tegurlah, nasihatlah saudaramu tatkala mereka tenggelam dalam kemaksiatan. Bawa mereka bersamamu, pegang dan genggam eratlah tangan mereka, pimpinlah mereka sama sama menuju ke syurga. Mungkin dengan cara kamu menegur itulah bakal memperbaiki dirimu ke arah yang lebih baik.

Aku juga begitu. Dengan cara aku mengingatkan orang lainlah sebenarnya aku mengingatkan diriku ini yang sama sepertimu. Kadang terlalai dan terleka dengan dunia fana ini. Aku juga manusia biasa. Aku menegur bukan kerana aku membencimu, sahabat. Itu adalah kerana aku sayangkan kamu.

"Bencilah perbuatan maksiat tersebut, bukan benci pelakunya."

Terimalah teguran manusia. Ambillah nasihat mereka, sematkan dalam jiwa kerana ia tanda sayangnya Tuhanmu pada dirimu. Sahabatku, sedarlah manusia hanyalah perantara supaya kamu sedar dan bangkit kembali daripada tenggelam dalam dosa maksiat yang kamu lakukan. Tuhanmu sayang padamu. Dia tidak akan sesekali membiarkan kamu keseorangan.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Al Baqarah : 186)

Lihatlah sahabatku, Allah sentiasa bersamamu. Allah hantarkan manusia itu supaya kamu kembali mengingatiNya. Allah sayang kamu. Berubahlah. Terimalah nasihat itu. Kerana teguran itu yang akan mengubahmu.

Jaga diri, Allah sayang kita :')

Rfqhs | 04042020

Ke Syurgakah Aku ?Where stories live. Discover now