Tanggapan

1.3K 65 3
                                    

Tanggapan manusia terhadapku.

Kau tahu, diri ini hanyalah manusia biasa. Bahkan sering mengulang kesilapan yang sama. Usah menganggap diri ini baik hanya kerana kau melihat labuhnya pakaian yang aku sarungkan. Usah kau anggap diri ini alim hanya kerana hitamnya pakaian yang aku sarungkan.

Ia tidak lain hanyalah kerana aku sedar akan perintah yang Tuhanku berikan. Aku tidaklah semulia pakaianku, akhlakku masih perlu diperbaiki. Ilmuku masih sedikit, hatiku pula masih penuh dengan penyakit.

Andai diri ini bersalah, jangan kau salahkan pakaianku. Diri ini yang masih perlu diperbaiki. Maafkan aku. Doakan aku. Aku doakan kalian juga. Kita sama sama ya?

Rfqhs | 03042020

Ke Syurgakah Aku ?Where stories live. Discover now