Penat

101 4 0
                                    

penat.
aku penat.
penat sangat.
penat nak melayan kerenah manusia yang pelbagai.

tapi aku pendam.
pendam, tetap pendam.
kerana aku masih keliru tentang masalah yang aku hadapi dengannya.

andai aku luah pada manusia,
aku takut aibnya tersebar.
aku tidak mahu kebencian terhadapnya akan semakin membuak.
aku tidak mahu api dimarakkan lagi dengan api.

kerana itu aku tetap memilih untuk terus pendam.
biar aku sahaja yang rasa sakitnya dihina, diperli dan diperlekehkan sebegitu oleh kawanku sendiri.
tapi sakitnya bertambah sakit kerana ia masih tersimpan dihati.

aku terduduk, termenung sendiri.
lama.
aku lupa.
aku masih ada Dia yang tidak akan membuka aib kawanku itu.
aku masih ada Dia yang aku yakin tidak akan membenci kawanku itu.

terus,
aku luah pada Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
ya, aku luahkan segalanya.
aku doakan dia.
aku doakan dia.
aku doakan dia.

aku lakukan ini bukan kerana aku membencinya.
tetapi kerana aku menyayanginya.
tetapi mengapa dia tidak pernah mengerti isi hati ini?
mengapa dia tidak pernah menyedari apa tujuanku lakukan semua ini?
tuhan, peliharalah dia.
lembutkanlah hatinya.

air mataku terus mengalir.
tak berhenti umpama hujan yang turun dengan lebatnya.

sehingga aku penat,
tiada lagi tenaga yang ku simpan.
semuanya kerana luahan aku pada-Nya tadi.

kini aku lega.
walaupun penat itu masih ada.
tetapi aku lebih tenang.
kerana aku sudah luahkan segalanya.

terima kasih kerana Kau sentiasa ada dengan-Ku, mendengar setiap luahanku.
walaupun Engkau tetap mengetahuinya walau aku tidak bercerita kepada-Mu.

tetapi aku tahu, Engkau lebih menyukai andai aku bercerita kepada-Mu dalam sujudku.

terima kasih Allah!
kerana Kau sentiasa ada :)

Rfqhs | 18082020

Ke Syurgakah Aku ?Where stories live. Discover now