Normalisasi

84 8 0
                                    

Terlalu banyak maksiat yang berlaku akhir zaman ini. Semua macam tak boleh beza mana pahala mana dosa. Yang ramai buat tu pahala, yang tak ramai buat tu dosa.

Mudahnya.

Nak contoh mudah?
Couple, ikhtilat, tabarruj, dedah aurat.

Hakikatnya kebenaran sudahpun berada di depan mata.

Bukannya kita tiada panduan—
al-Quran dan as-Sunnah.
Bukannya juga tidak ada yang bersuara.

Jadi mustahil masih tidak ada yang sedar. Cuma, kita sahaja yang butakan mata dan pekakkan telinga daripada melihat dan mendengar kebenaran daripada agama kita sendiri.

Hanya mulut sahaja yang tidak dibisukan. Terlalu banyak alasan yang akan diberi untuk menghalalkan kemungkaran yang dilakukan.

Matlamat tidak akan pernah sesekali menghalalkan cara.

Niat kita baik untuk bernikah, tetapi dicemari dengan dosa sebelum bernikah. Berpegangan, berdua-duaan dengan bukan mahram tanpa segan silu seperti sudah halal.

Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batasan. Ada juga yang acah-acah islamik, sehingga tanpa sedar tertipu dengan talbis iblis.

Mendedahkan aurat yang jelas kemungkaran dilakukan secara terang-terangan. Namun, tetap berbangga kerana wujudnya mereka yang memuji dan menyokong kita.

Bertabarruj untuk perhatian dan nama sedangkan Islam melarang untuk berhias secara berlebihan. Yang pada akhirnya tiada tujuan lain selain inginkan pujian dan perhatian daripada manusia.

Tanya pada diri—
Dimanakah letaknya istimewa dirimu untuk yang halal nanti, andai telah menjadi tatapan ramainya ajnabi?

Akhir zaman ini.

"Couple haram kerana mendekati zina"

Sedihnya mendengar mereka yang berkata :

"Habistu kenapa ramai je yang couple? Mak ayah aku dulu pun sebelum kahwin couple jugak"

Allahu.

Ramai buat bukan dalil perbuatan itu halal. Trend bukan dalil ianya dibenarkan syarak.

Penerimaan masyarakat bukan hujah kebenaran. Hujah bagi kebenaran hanyalah al-Quran dan as-Sunnah.

Dan,
Kebenaran bukan majoriti.

"Sekiranya kamu mengikut perbuatan yang dilakukan oleh orang ramai di muka bumi, nescaya kamu akan sesat di jalan Allah"

Usaha perbaiki, saling ingat mengingati.
Kita sama sama kejar redha Ilahi, untuk dapatkan syurga firdausi <3

Rfqhs | 21072020

Ke Syurgakah Aku ?Where stories live. Discover now