Tanggungjawab II

74 7 0
                                    

" budak sekolah agama bukan malaikat "

" even budak sekolah agama bukan malaikat, tapi buat la macam pernah belajar agama"

" sekolah tak menentukan iman seseorang "

Semakin banyak penghormatan dan kemuliaan, maka semakin banyaklah tanggungjawabnya.

Budak sekolah agama dibesarkan dalam suasana biah yang solehah, hafal quran, tazkirah siang malam.

Takkanlah nak samakan tanggungjawabnya membawa Islam dengan budak bukan sekolah agama.

Ilmu ini amanah Allah. Semakin banyak kita miliki ilmu, semakin banyak itulah kita akan disoal oleh Allah kelak.

Tak kan depan Allah kita nak jawab :

"Kami budak sekolah agama bukan malaikat"

Dapat sekolah agama dan belajar agama pun nikmat daripada Allah. Bersyukurlah kita terpilih, berapa ramai lagi kat luar sana yang ada keinginan tapi tak mampu. Jadi, jangan sesekali kufuri nikmat itu.

"Sekolah biasa" bukan alasan untuk kita bebas melakukan dosa dan berterusan berada dalam kejahilan tanpa usaha.

"Aku bukan malaikat" juga bukan tiket untuk kita bebas melakukan dosa tanpa rasa bersalah sehingga mengabaikan tanggungjawab yang dipikul.

Dr Yusuf Qaradhawi ada menyebut dalam bukunya tentang taubat. "Orang yang membawa imej agama atau menjadi qudwah kepada masyarakat, kalau buat dosa kecil secara terang terangan tanpa malu malah bangga dengan dosa dibuat, boleh dapat dosa yang berganda malah menjadi dosa besar."

Sebab apa?

Sebab masyarakat akan menganggap bahawa dosa dan kesalahan yang kita buat tu adalah betul dan sebahagian daripada agama atau syarak.

Kita semua.
Tak kesah la sekolah agama atau tak, belajar agama atau tak, asalkan kita bergelar muslim.
Kita—
adalah duta kepada agama kita sendiri.

Ingat! Islam secara keseluruhan.

cc : anwrmhmd & unknown

Rfqhs | 19072020

Ke Syurgakah Aku ?Where stories live. Discover now