En Marzuki selaku peguam Tengku Maryam duduk di hadapan semua waris. Air di hidamg oleh Mak Senah kepada semua yang hadir.
"Tengku Hadi bin Tengku Salahuddin, Tengku Liana Binti Tengku Salahuddin, Tengku Reza Bin Tengku Johari, Tengku Johari Bin Tengku Fayad dan Tengku Riana Tasya Binti Tengku Haziq. Yang mana tiada nama sila beredar," En Marzuki bersuara. "Baik saya mulakan. 30% saham dari Tengku Maryam pada Teguh Holding adalah milik Tengku Reza. 25% untuk Tengku Riana Tasya 25% untuk Tengku Hadi dan 10% untuk Tengku Liana dan akhir seklai.5% untuk Tengku Johari sebagai hadiah dari Tengku Maryam dan balance 5% untuk rumah anak yatim Ibu. Wang simpanan Tengku Maryam bernilai 2,350 567 adalah hak Tengku Tasya. Rumah agam bernilai 30juta adalah milik Tengku Reza"
"What?" Tengku Liana bersuara.
"Tunggu dulu. Beri saya selesaikan," Bantah En Marzuki tegas. "Semua saham tidak boleh dipindah dan di jual selagi waris masih hidup,"
"Kau datang mengaku sebagai Tengku Riana Tasya. Bunuh Bonda, kau dapat lebih dari aku?"
"Liana!" Tengking Tengku Johari.
"Apa?"
"Selama ni I diamkan sahaja. I tengok je, tapi you melampau Liana! Sanggup you hasut bonda halau Tasya? Biarkan diri dia terkontang kanting? Siksa dia ?"
"You jangan masuk campur hal family I,"
"Mak Ngah, kalau Tasya boleh bagi semua harta Nenda, Tasya da kasi,"
"Kau dengan mak kau sama ja! Gila harta,"
"Kak Ngah!" Tengku Hadi menengking. "Dia kalau tak ada harta Tengku Maryam sekalipun dia boleh hidup Kak Ngah. Hata Holding milik arwah Tengku Haziq. Tasya tak naklah harta ni semua," Tengku Hadi menggenggam tangan Tasya lalu pergi bersama isteri dan kedua anaknya.Tengku Hadi membawa kereta dengan emosi yang marah. Tangan Hadi yang menggenggam gear di sentuh isterinya.
"Jangan ikut amarah syaitan. Auzubillahi minasyaitonirajim," pujuk Hannah
"Maafkan abang,"
Rania hanya memandang adegan itu. Sungguh beruntung Tengku Hadi memiliki isteri yang lemah lembut dan penyabar.
"Abang lupa nak kenalkan ke siapa tu?"
"Oh, ye. Tu lah Tengku Tasya, anak arwah abang Haziq," Rania tersenyum.
"Akhirnya maksu jumpe juga dengan Tasya,"
"Cantik maksu. Pandai paksu cari isteri. Lembut, cantik, menenangkan jiwa," Riana memandang dua anak kecil di kiri kanan."Ni siapa?"
"Lelaki tu Tengku Hazriq, yang perempuan tu Tengku Hana," jawab
"Comel,"Seusai solat, Riana masuk ke dapur. Terlihat Maksunya, Hannah sedang sibuk menyiapkan minum petang.
Ting!
Bunyi oven berdengting menandakan kuih yang dibakar telah siap.
"Wah, sedapnya bau masakan maksu ni,"
"Ala buat cupcake je,"
"Meh Tasya deko," Riana menawarkan diri. "Cantik, solehah, lembut, pandai,masak pulak tu,"
"Tasya dah ada boyfriend?"
"Takda siapa nak Tasya,"
"Syafiq tu?" Tengku Hadi menyampuk.
"Paksu!" Tasya membantah. "Syafiq tu tak kahwin lagi ke? Lagipun dia nak ke dekat Tasya ni. Tasya ni banyak kekurangan,"
"Tasya, kita kahwin bukan untuk kesempurnaan. Tapi melengkapi," jawab Hannah.Tiba- tiba Riana ternampak seekor lipas. Semua perkakas yang digenggamnya terlepas. Bagai tiada nafas melalui hidungnya.
"Tasya! Abang!" Jerit Hannah.
Tengku Hadi bingkas bangun lalu mencari serangga tersebut. Tengku Hadi mengambil tuala memukul lipas tersebut lalu membuang ke longkang.
"Shhh, Tasya, takda. Dah hilang," Hannah memeluk Riana.
"Tasya tarik nafas, slowly," Riana bagai mendapatkan oxigen yang hilang. Berpeluh dahi menahan ketakutan. "Tasya makan tak ubat yang paksu kasi?"
"Dah habis," Tengku Hadi bergegas bangun lalu masuk kebiliknya mengambil pil. Terus turun mendapatkan anak saudaranya. "Take this, esok paksu bawakkan lagi. Sayang, bawah Tasya pergi bilik. Tidurkan dia,"
"Baik abang,"
YOU ARE READING
Matahariku (Complete √)
General FictionMatanya bulat dengan anak mata coklat. Kening tersusun indah ditutupi rambut. Rambut berombak panjang kehitaman sedikit coklat. Kulit putih kemelayuan. Bibir mungil merah tanpa sedikit gincu. Hidung mancung Itu la Tengku Riana Tasya. Rambut hitam...