Kebenaran

3 0 0
                                    

Hampir lapan bulan berlalu. Riana sentiasa sibuk urusan pejabat dan sebelah petang dia akan singgah rumah agam untuk bertemu Tengku Liana. Setiap hari dia akan mengajak Tengku Liana melakukan physiotheraphy. Daripada Tengku Liana hanya berbaring dan kini dia dah boleh bercakap dan berjalan menggunakan sebatang tongkat.

Wajah bengis Tengku Liana tidak kelihatan. Hanya kelihatan bahagia. Riana sibuk menyiapkan mak saudaranya. Menyikatkan rambutnya, dan meletakkan sedikit solekan nipis.

"da siaaap," Riana mengukir senyuman. Tangan Riana di sentuh oleh Tengku Liana dan diletakkan dipeha Tengku Liana.
"Tasya, Mak Ngah nak cakap sikit boleh?"
"Boleh. Mak Ngah nak cakap ape?"
"Mak Ngah sebenarnya nak minta maaf atas kelakuan Mak Ngah masa Tasya kecil sampai sekarang,"
"Takpa Mak Ngah. Tasya da lupakan pon" Riana mengukir senyuman.
"Tasya, Mak Ngah juga mintak maaf. Mak Ngah yang upah orang bunuh Tasya. Banyak kali, gagal. Pertama masa Syafiq selamatkan Tasya. Dan kali kedua masa tangan Tasya kene toreh. Sampai sekarang bekas masih ada kan," Tengku Liana mennagis. Dia menyesal. "Maafkan Mak Ngah!"
"shh.. Dah, Mak Ngah jangan nangis lagi. Mak Ngah nak tau kenapa Tasya maafkan Mak Ngah?" Tengku Liana merenung mata Riana. Sebab Mak Ngah keluarga Tasya," Tengku Liana memeluk Riana.
"Mesti Tasya tertanya-tanya kenapa Mak Ngah benci Tasya?"
"Kenapa?"
"Sebab, ummi Tasya, bekas girlfriend Pak Ngah,"
"oh, ni kes cemburu tak tentu pasal la ni," Riana gelak. Diikuti Tengku Liana kerana merasa dirinya bodoh cemburu tak tentu pasal.

Mata Tengku Liana mengekori kereta yang membawa Riana pulang. Dia senyum. Tenang.

"Lama I tak nampak you senyum," suara Tengku Johari memecah pemandangan.
"I rasa tenang. I feel found my life again,"
"Alhamdulillah," Tengku Johari memeluk bahu isterinya.

Mak Senah mengemas dapur yang dipenuhi barang. Rumah agam itu baru selesai mengadakan kenduri kesyukuran. Riana juga sedang sibuk membantu Mak Senah.

"Alhamdulillah, semua berjalan lancar," ujar Mak Senah.
"Tu lah Mak Senah. Mana lagi plastik sampah?"
Tanya Riana.
"Dalam Stor tu Tasya," Riana tanpa berfikir panjang langsung pergi stor. Sampai sahaja dia membuka suiz lampu. Tapi disebabkan lambat menyala Riana terus sahaja masuk. Keadaan sedikit gelap, fikiran Riana teringat kejadian masa umur 11 tahun. Mengingatkan kejadian itu, pandangannya gelap.

"Mana Riana?" Tanya Tuan Syafiq kepada Mak Senah
"Eh, ingatkan dia da ke depan. Tadi dia kat belakang, pergi stor. Dia cari plastik sampah. Kejap lagi dia ke depan la tu,"
"saya tunggulah kejap,"
"amboi, tak da depan mata da rindu ke?"seloroh Mak senah
"ada-ada aja Mak Senah ni,"
"Lamanya. Tak jumpa ke?" Hati Tuan Syafiq tidak sedap. Lalu dia bergegas ke belakang mencari Riana.
"Riana?!" Tiada jawapan. Tuan Syafiq terus masuk ke dalam stor. "astaghfirullah! Tengku!"
Tuan Syafiq terus menggendong Riana. Mak Senah yang sedari nampak Tuan Syafiq.
"Ya Allah, apa jadi Tuan Syafiq?!"
"Mak Senah ambilkan kain dan air. Bawak pergi depan," Tuan Syafiq mempercepatkan langkah ke ruang tamu. "Tengku!" matanya memandang tepat anak mata Tengku Hadi.
"Ya Allah, apa jadi ni?" tanya Tengku Hadi sambil menolong Tuan Syafiq meletakkan Riana di katil bilik tetamu.
"I dont know. Saya jumpa dia dah kene axienty attack. Dia pengsan,"
"kenapa ni Hadi?" tanya Tengku Liana. Tengku Reza dan tengku Johari juga meminta jawapan. Mak Senah membawa kain dan Besen berisi air.
"She has axienty disorder mungkin dari kecil," jawab Hannah. "Masalah ni akan berulang sebab tidak di atasi awal,"
"maksud hannah?" tanya TeNgku Johari.
"Mungkin dia mengalami Phobia yang teruk sehingga sukar bernafas dan pengsan,"
"tapi dia fobia apa?" tanya Tengku Reza.
"Lipas," Jawab Tengku Hadi sambil memandang Tengku Liana.
"Ya Allah, apa aku da buat. Mak Ngah minta maaf Tasya !"
"takpa kak ngah, yang lepas tu jangan di ingat,"

Tuan Syafiq masih lagi menemani Riana yang masih belum sedar. Hampir jam 5petang. Mak Senah masuk ke dalam bilik yang tidak ditutup itu.
"Belum sedar?"
"Belum,"
"Tak apalah. Mak Senah ada kat luar tu. Ni Mak Senah gantikan air ya,"
"Terima kasih,"

Tidak lama lepas itu, Riana membuka matanya. Dia melihat Tuan Syafiq yang terlelap.
"Sayang," Riana menepuk perlahan bahu Tuan Syafiq.
"Tengku,"
"Apa dah jadi?"
"Mak Senah!" jerit Tuan Syafiq.
"ye Tuan,"
"Panggilkan Tengku Hadi," tidak lama kemudian Tengku Hadi masuk ke dalam bilik diikuti Tengku Liana yang dipimpin oleh Tengku Reza.
"Tasya tak makan ubat yang PakSu kasi?"
"Makan, tapi dah habis. Tasya sibuk, lupa nak minta,"
"Tasya, Mak Ngah nak minta maaf. Pasal makngah Tasya jadi macam ni,"
"bukan salah mak ngah. Takpa. Bende dah jadi pon,"
Tuan Syafiq lega. Semua keluarga Tengku Haziq bersatu.

Matahariku (Complete √)Where stories live. Discover now