Genggam

8 0 0
                                    

Pak Din segera berlari ke arah Tengku Hadi setelah mendapat video yang terakam oleh CCTV. Riana bergelut sebelum pengsan di bawa pergi oleh kereta yang tidak dikenali. Sementara itu, Tuan Syafiq cuba menjejaki Riana melalui email pejabat. GPS masih berfungsi jika telefon bimbit tidak di matikan.

"Tengku, saya dapat Riana," Tuan Syafiq menunjukkan lokasi terakhir selama 4 jam setelah di culik.

Banglo usang gelap. Hanya bunyi pungguk bersiul. Riana membuka matanya. Sosok lelaki mencangkung dihadapannya di perhatikan untuk imbasan lebih jelas. Riana cuba menggerakkan kaki dan tangannya namun terikat.
"Kau dah bangun?"
"Faizal?"
"Ye aku!"
"Apa kau nak ha?"
"Kau ingat tiga tahun lepas? Masa hari jadi kau" Rania cuba mengingati peristiwa tersebut.

"Happy birthday to you!" Dina memegang kek dan Faizal memegang hadiah.
"Weh, apa ni korang? Bukan aku pernah cakap I hate all those things?"
"Just suck it up! Tiup lilin ni, aku lenguh bawak kek," Riana terus tiup lilin. Faizal hulur hadiah.
"Thank you, Faizal,"

Peperiksaan akhir diploma akan bermula tak lama lagi. Riana, Dina dan Faizal study group untuk menyelesaikan apa yang perlu bagi persediaan akhir. Mereka tekun sekali. Tiba -tiba Faizal bersuara.
"Riana, aku ada benda nak cakap,"
"Apa dia,"
"Bersaksikan Dina, aku nak bagitau aku cintakan kau," Riana terkejut. Pipinya merah.
"Faizal,"
"Aku janji aku akan kerja lebih lepas ni, untuk satukan cinta kita,"
"Okay, tapi aku nak sambung study aku dulu,"
"Yelah Faizal, kasilah Riana ni belajar selama mana dia nak," ujar Dina
"Ye, boleh. Tapi aku akan cari duit banyak-banyak selama kau study. Habis kau study aku akan lamar kau,"

Tamat sahaja peperiksaan Riana terus bekerja sambilan di supermarket yang berdekatan dengan Rumah Yatim Bonda. Faizal dan Riana masih berhubung melalui pesanan ringkas lantaran berjauhan negeri. Mereka ibarat dua sejoli yang sangat romantik. Berjanji setia. Tapi langit tak selalu cerah apabila Riana di tegur seseorang yang sarat mengandung. Waktu itu Riana dan Dina baru sahaja keluar dari tenpat kerjanya.

"Hai Riana,"
"Hai, awak siapa?" Riana bertanya. Dina hanya memerhati.
"Saya Aisha. Isteri Faizal,"
"What?" Serentak Dina dan Riana. Mereka benar-benar terkejut.
"Kami dah kahwin setahun lepas. Kami bercinta setelah diperkenalkan oleh orang tua. Sekarang saya menanggung segala kos nafkah dalam rumah tangga sebab dia kata nak belajar,"
"Maksud awak?"
"Saya tau, dia pernah hadiahkan awak hadiah. Saya tau dia kuahkan cinta dia pada awak,"
"Aisha, saya betul-betul tak tau,"
"Takpa, saya tak salahkan awak. Cuma sata minta kasihankan saya yang sedang sarat ni,"
"Saya minta maaf Aisha. Saya janji saya takkan hubungi dia lagi,"
"Terima kasih. Saya balik dulu,"

Faizal marentap rambut Riana.
"Dan kau masih ingat macam mana kau tinggalkan aku?"
"Ye Faizal. Aku tinggalkan kau lepas kejadian tu. Dan aku terus menerima biasiswa sambung study aku keluar negara,"
"Hahahaha, kau ingat! Tapi kau lupa janji kau untuk setia dengan aku!" Makin kuat genggamn rambut Riana.
"Sakit!"
"Sakit? Ha. Sakit?"
"Aku tak pernah janji dengan kau! Kau yang tipu aku!"
"Aku betul-betul sayang kau Riana!" Satu tamparan di Riana.
"Arh!"
"Aku nak kau kahwin dengan aku!"
"Jangan mimpi Faizal! Kau laki orang,"
"Aku da ceraikan dia lah bodoh!"
"Faizal, sudahlah lepaskan aku,"
"No, susah payah aku culik kau. Jangan mimpi Rania," Faizal memacu pisau ke leher. "Jam 1 pagi ni aku nak bawak kau pergi Thailand. Kalau kau tak setuju depan kadi atau kau buat apa-apa, aku bunuh kau!"
"Bunuh aku Faizal! Bunuh!" Riana di lempang sekali lagi. Kali ini Faizal ambil soletip hitam lalu di pasang ke atas mulut Rania. Rania menangis sendirian setelah ditinggalkan oleh Faizal.

Sepasukan polis sedang mengatur strategi bagi memerangkap Faizal. Tuan Syafiq hanya menunggu arahan dari pihak Polis. Dia tak habis-habis berdoa, agar Riana yang disayanginya selamat. Dia menyesal menjauhi Riana.

"Tengku,"
"Ye Syafiq,"
"Saya rasa, permintaan saya tak masuk akal,"
"Kenapa?"
"Saya dah jatuh cinta kat Tengku Tasya. Tapi saya jauhkan diri saya dari dia sebab saya rasa tak layak,"
"I'm sure that Tasya love you too,"
"No. She will have someone better than me,"
"You is better for Tasya. Saya percaya, yang awak boleh jaga Tasya,"
"Lepas ni, saya terus meminang," Tengku Hadi Tersenyum. Dia dah anggap Syafiq seperti anaknya sendiri.

Kelibat Faizal sudah kelihatan. Banglo itu hanya disuluh oleh lampu bantuan rechargeable. Tiada tanda-tanda Riana di dalam.
"Jom Riana. Jam 1 dan berdetik," ikatan kaki dan tampalan di bibir Rania di buka. Faizal meminta Riana berdiri dan berjalan.

"Jangan bergerak!" Faizal terus meletakkan pisaunye ke leher Riana apabila terdengar suara.
"Jangan dekat! Aku bunuh perempuan ni," Riana bersyukur ada yang datang menyelamatkan dirinya. "Jangan dekat!"
"Jangan gerak cik. Letakkan senjata perlahan ke bawah," Syafiq yang tiba - tiba datang dari belakang menarik tangan yang memegang pisau kebelakang tapi Faizal tersungkur lalu terhunus ke perut Syafiq.

"Syafiq!" Jerit Riana. Faizal yang terkejut dengan tindakan yang tidak sengaja cuba melepaskan diri namun gagal setelah diberkas oleh polis. Tengku Hadi mendapatkan Rania membuka ikatan.
"Syafiq," Riana menangis sambil memangku kepala Syafiq. Di keheningan malam dapat dilihat wajah Tuan Syafiq menahan sakit. "Syafiq,"
"Riana," Tuan Syafiq tak tertahan saki dan kemudian samar wajah Riana sehingga kelam.
"PakSu!"
"Sabar Riana, ambulans akan sampai,"
Riana menangis. Dia berhati-hati meletakkan jasad Tuan Syafiq. Dia memeluk Tengku Hadi.

Matahariku (Complete √)Where stories live. Discover now