Second Chance to Love you
"Sehun aku dengar dah masuk sebulan ada yeoja jumpa kau di office ni."
Punggungnya dilabuhkan disofa yang ada pada bilik office Sehun. Sehun tekun melakukan pekerjaan terhenti. Dipandangnya kawan karibnya itu.
"Macam mana kau tahu kai?"
Muka Sehun sudah mempamirkan riak tertanya-tanya."Aku dengar PA kau bergosip tadi. Aku apa lagi tumpang sekaki lah." Kai tergelak.
Sehun sudah memandangnya mendatar
"Kau memang. kalah perempuan" Kata Sehun lalu menyambung semula
pekerjaannya yang tergendala tadi.Kai menyekeh." So?"
"So apa?" tanya Sehun.
Kai menepuk dahinya perlahan.
"Jadi siapa yeoja tu" tanya kai.Sehun senyap seketika. Baru sahaja dia mahu menjawab. Pintu dibuka tiba-tiba.
"Ahjushi sayang!!" Jihyo sudah memapak masuk kedalam bilik pejabat Sehun. Jihyo masih tidak menyedari akankehadiran kai, mula menghampiri Sehun. Seperti biasa Bento diletakkan diatas meja.
"Jihyo?" Satu suara asing menarik perhatian Jihyo. Lalu dipandangnya orang yang memanggilnya itu.
"Oh sorry. Hyo tak perasaan ahjushi ada tetamu." kata Jihyo lalu menunduk kepada Kai tanda hormat. Perhatiannya terarah lagi pada Sehun.
"Jihyo, sampai hati tak tak tegur oppa kan?" Kai mula membuat muka sedih.
Jihyo memandangnya pelik.
"Did i know u Mr.?""Kai. Kim Jongin. Takkan jihyo tak ingat." Sehun dan Kai sudah memandang antara satu sama lain.
"Kim jongin? kai? kai? kai?"
Jihyo mememang kepalanya. Sakit itu yang dirasakan sekarang. Sebab sakit yang teramat, dia cuba untuk menahan pada meja namun, Jihyo sudah tersungkur. Pengsan.
Kai dan Sehun sudah mengelabah. Jihyo sudah diangkat oleh Sehun ala bridal style.Kai pula menolong apa yang patut.
...............
Puan Song dan Puan Oh sudah berada di hospital. Jihyo masih dirawat. Beberapa minit kemudian dr. keluar dari bilik rawatan.
"boleh saya jumpa dengan ahli keluarga cik Song Jihyo?" kata Dr. yang bernama Joshua.
"Saya dr. " Puan Song bersuara.
"Boleh puan ikut saya ke pejabat saya sekejap. Ada yang perlu saya bincangkan. yang lain bolehlah melawat Cik Jihyo."
Puan Song menangguk lalu mengikuti Dr.Joshua. Puan Oh, Sehun dan Kai mula memapah masuk ke dalam bilik rawatan dimana Jihyo berada.
"Sehun apa yang hun dah buat ni." Puan Oh bertanya.
Sekarang ni mereka sudah berada di bilik rawatan Jihyo dan duduk dikerusi yang sudah disediakan.
"Hun tak tahu apa-apa pun. Dia bercakap dengan Kai tadi. Alih-alih dah pengsan." kata Sehun lalu menunjukkan kearah kai.
"Eh kai pun tak tahu aunty. Tadi kai bagitahu nama kai terus dia macam ni."
Puan Oh mengelengkan kepalanya. Macam-macam karena mereka dua ni.
"Mama"
Semua perhatian terarah kepada suara berkenaan. Puan Oh lantas mengampirinya.
"Hyo," kata Puan Oh lembut. Tangan kanan Jihyo dipegang.
Jihyo membuka matanya perlahan.
Puan Oh, Sehun dan Kai sudah memandangnya."Mama mana?" tanya Jihyo.
"Mama sini nak" Balas Puan Song yang baru masuk. Dia merapati Jihyo. Puan Oh pula mengundurkan diri untuk memberi ruang kepada mereka anak beranak.
"Hana, Jihyo kenapa?" tanya Puan Oh pada Puan Song.
"Kurang tidur je. Tu sakit-sakir kepala dia ni." Kata Puan Song.
"Sehun, kai kamu dua boleh lah balik pejabat ya. Jihyo biar omma yang jaga." Kata Puan Song lagi.
"tapi.." Kai serba salah.Sehun pula hanya mendiamkan diri sahaja.
"Takpa.Lagipun omma Oh pun ada di sini."
Sehun dan kai mengangguk lalu beredar dari situ.TBC
![](https://img.wattpad.com/cover/219709365-288-k418936.jpg)
YOU ARE READING
[C]Second Chance To Love You ||Short Story-Oh Sehun||
RomantikAku tak pernah nak berjaya dalam bab bercinta cintun ni. Cinta pertama aku,Perempuan yang aku cintai, aku lepaskan sebab hyung aku cintakan dia. Aku taknak bergaduh sebab perempuan. Cinta kedua, aku cintakan dia tapi, umur dia tak panjang. RIP. Cint...