Second Chance to Love you
"Tuan Sehun ada orang nak jumpa?"
P.A sehun Somin bercakap di intercom.
"Siapa?" Tanya sehun pelik.
"Entah. dia enggan bagitahu." Balas Somin
"halau sahaja kalau takda urusan penting." Balas Sehun mendatar.
"Tapi dia pergi sini atas pengetahuan Puan Oh. Dia cakap."
"hmm suruh masuk."
Intercom ditamatkan.
Sehun bersandar di kerusi pejabatnya. Dia memang sudah menjangka akan gerangan yang bakal masuk nanti.
"Ahjushi sayang"
Sehun memandang gerangan berkenaan.
"Ahjushi....? Yah budak kau cakap aku ahjushi."
Dikerling wajah yang memanggilnya Ahjushi.
"Betul lah kan. Kan Ahjushi dah umur 31. Sedangkan hyo baru 22 tahun. Kan ahjushi."
Sehun sudah memicit-micit hidungnya. Boleh stress lah layan budak ni.
"Budak ka.."
"Epp. Hyo sudah dewasa k A.H.J.U.S.H.I"
Belum habis sehun berkata-kata, Jihyo sudah potong percakapannya. Malah pekataan ahjushi di ejanya sengaja untuk menyakat Sehun.
"Jadi apesal kau datang sini?" Dingin sahaja kedengaran suara Sehun.
"Nah. Hyo buatkan untuk ahjushi."
Bento diserahkan kepada Sehun. Sehun hanya memandangnya kosong.
"Terima kasih tapi aku tak pandang sangat makanan macam ni."
Sehun membuang bento berkenaan ke dalam tong sampah. Jihyo tergaman. Dia terkejut namun di kawal riak mukanya.
"Ahjushi sayang. Jangan membazir. Tak tahu ke orang africa sana susah cari makan. Ahjushi pula senang-senang buang makanan. Tahulah kaya." Kata Jihyo lalu mengutip bento yang ada tong sampah.
"Hey budak jangan nak ajar aku lah. Dan tak payah nak panggil aku ahjushi atau ahjushi sayang. Aku sikit pun tak terusik." balas Sehun mendatar.
"Ade ke Hyo cakap nak buat ahjushi terusik?" Jihyo mengekeh manakala sehun memandang tajam kearahnya.
"Ahjushi jangan jeling-jeling. Nantterjatuh cinta." Jihyo tersenyum melihat Sehun. Pandangan tajam Sehun diendahnya.
"Okaylah ahjushi, hyo keluar jap eh. Nak jumpa kawan. Tu... jangan lupa makan."
Jihyo menjuih bibir menunjukkan pada bento yang dibuatnya tadi.Jihyo beredar dari bilik pejabat Sehun. Sehun hanya menghantar Jihyo dengan ekoran matanya.
...............
"Jihyoo!! aaaaaa!!"
Jackson sudah melompat kegembiraan melihat Jihyo. Tidak kurang Eunji melompat-lompat keterujaan. Yalah 2 tahun lebih tak jumpa kawan mereka niDekat sahaja Jihyo dengan mereka. Jackson dan Eunji sudah memeluk erat Jihyo sambil melompat.
"Eh korang ni. Bagilah aku duduk dulu. Melompat-lompat bagai ni kenapa. Dah kalah monyet dengan kamu dua ni."
Pelukan pada Jihyo dilepaskan.Mereka mula mencebik. Jihyo yang sudah duduk
menarik mereka dua untuk duduk semula."Kau macam tak tahu ke kami rindu"
Eunji menunduk. Jarinya memintal-mintal hujung tshirtnya." Yalah. Kau duduk US tu bukannya SEKEJAP" kata Jackson. Perkataan sekejap ditekankan.
"Maaflah guys. kau pun tahu kan." jawab Jihyo sayu.
"Ehh jangan sedih. Kami tahu lah hyo."
Eunji menepuk pelahan belakang Jihyo."Tapi maaf ye. Tak dapat nak jenguk kau. Schedules padat sangat. Maaf hyo."
Eunji dan Jackson memandang sayu jihyo yag berada di depan mereka." Aniyo. Kamu dua selalu tanya khabar pun dah cukup. Lagipun aku faham idol macam korang." Jihyo tertawa.
Eunji dan Jackson tahu yang Jihyo pura-pura ketawa. Mereka juga tahu bahawa hatinya remuk.
"Jihyo... kenapa kau tak bagitahu Sehun." Eunji bertanya. Tangan kanan Jihyo digengam.
Jihyo mengeleng.
"Semua terlambat unji." Jihyo termenung seketika. Biarlah Sehun tidak mengetahuinya.
TBC
YOU ARE READING
[C]Second Chance To Love You ||Short Story-Oh Sehun||
RomantizmAku tak pernah nak berjaya dalam bab bercinta cintun ni. Cinta pertama aku,Perempuan yang aku cintai, aku lepaskan sebab hyung aku cintakan dia. Aku taknak bergaduh sebab perempuan. Cinta kedua, aku cintakan dia tapi, umur dia tak panjang. RIP. Cint...