Second Chance to Love You
Hari ini dah masuk seminggu Jihyo cuba untuk memikat Sehun. Namun sehun masih dengan wajah dingin dan hati batunya itu.
tock!! tock!! tock!!
Sehun yang menonton televisyen terganggu apabila pintu apartmentnya diketuk dengan kuat oleh seseorang. Dengan malas, sehun berdiri lalu mengatur langkah ke pintu. Buka sahaja pintu, muncullah wajah perempuan yang menjadi perosak harinya.
"Kau nak apa?" tanya Sehun dingin.
Perempuan itu tanpa ada malunya, masuk ke apartment sehun. Tanpa di ajak.
"Hyo nak jumpa ahjushi sayang lah"
Jihyo lantas duduk disofa sehun tanpa segan silu.
"Loceng rumah ada, buat apa kau ketuk pintu.Untuk apa buat apartment mewah-mewah tapi alih-alih main ketuk pintu."
Sehun memandang tajam kearah Jihyo lalu menutup pintunya dengan kuat.
"Kau ni memang tak tahu malu kan."
Sehun berdiri dibekakang Jihyo sambil tangan disilangkan.
"Buat apa malu.Ahjushi kan hyo punya." Sehun dipandang. Aegyo ditunjukkan.
"Tak comel. Makin buruk ada." Sehun terus beredar dari situ.
"Eh ahjushi nak pergi mana?"
Jihyo sudah terpinga-pinga melihat Sehun beredar. Dia lantas menahan Sehun."Ahjushi keluar jum" ajak Jihyo.
"Malas" kata Sehun sepatah.
"Kalau macam tu hyo takkan balik. Biar hyo tinggal sini dengan ahjushi." tangan sehun di lepaskan. Lalu tangannya pula disilangkan.
"Jap aku call security"
Sehun sudah mencapai telefon pintarnya."Call lah. Ahjushi lupa ke bangunan ini siapa punya?" Jihyo tersenyum sinis.
Sehun mengusutkan rambutnya. Rasa menyesal dia tinggal diapartment ini.
"okaylah! kau tunggu sini. aku nak tukar baju!!" Sehun lantas ke biliknya. Pintu bilik dihempas kuat.
Jihyo? Dia sudah tersenyun kemenangan.Bukan susah pun untuk suruh Sehun setuju baginya.
...............
"Amusement Park?!!"
Sehun sudah berang. Ingat budak ke dia ni nak main sini. Kalau ada anak takpa lagi.
"Seronok kan. Ahjushi tak payah nak banyak songeh. Ikut je Hyo k." Kata Jihyo gembira.
Sehun sudah mengelengkan kepalanya. Apalah nasib keluar dengan budak tak cukup umur ni.
..............
Jihyo memasuki mansion mewah keluarganya dengan senyuman yang tidak lekang dibibir. Puan Song yang melihat pun tersenyum melihat anaknya tersenyum.
"Gembira semacam je anak mama ni? Ada apa-apa yang mengembirakan ke?"
Puan Song bertanya kepada Jihyo apabila Jihyo sudah duduk disebelahnya.
"Hyo keluar dengan Sehun tadi." kata Jihyo gembira.
"Jadi dia dah terima hyo lah ni?" tanya Puan Song.
Jihyo mengeleng.
"Dia masih dengan pendiriannya. Dia keluar pun sebab hyo yang ugut." balas Jihyo lalu tersenyum namun matanya sudah berair.
Puan Song lantas memeluk anak gadisnya itu.
"Hyo, sudahlah nak. Mama tak sanggup tengok hyo sedih macam ni." Belakang Jihyo diusapnya perlahan.
Jihyo melepaskan pelukan.
"Aniya mama. Hyo okaylah. Look i m very happy right now." balasnya. Lalu memberikan senyuman yang paling manis.
Puan Song memandang Jihyo sedih.
"Hyo boleh tipu orang lain. Tapi mama hyo tak boleh tipu nak. Mama kenal anak mama."
Tangan Jihyo digengamnya erat.
"Eh ma, hyo naik atas dulu ye. nak tidur. Goodnight mama."
Jihyo memeluk Puan Sng dan beredar ke bilik, cuba untuk mengelak daripada kata-kata ommanya itu. Puan Song hanya memandang sayu anaknya.
TBC
YOU ARE READING
[C]Second Chance To Love You ||Short Story-Oh Sehun||
RomansAku tak pernah nak berjaya dalam bab bercinta cintun ni. Cinta pertama aku,Perempuan yang aku cintai, aku lepaskan sebab hyung aku cintakan dia. Aku taknak bergaduh sebab perempuan. Cinta kedua, aku cintakan dia tapi, umur dia tak panjang. RIP. Cint...