83

70 7 14
                                    

hari hari berlalu seperti biasa . sudah 1 bulan lebih rahsia dua beradik itu masih disimpan rapi . tiada siapa diantara mereka berdua mampu untuk membuka mulut pasal ini kepada siapa siapa mahupun jiran terapat ataupun rakan karib

cukuplah hanya mereka sahaja yang menanggung sedih .

hari berlalu dengan keadaan puan jeon yang selalu lupa perkara yang ingin dilakukan , muntah muntah dan sakit kepala yang kuat . hanya ubat sahaja yang ditelan jika jadi begini .

buat rawatan ? jauh sekali . tiada apa lagi yang mampu bergantung selain ubat menahan sakit . hampir setiap malam juga aeri menangis sendirian didalam bilik . bangun pagi mata sembab sudah menjadi kebiasaan . disebabkan itu dia akan bangun tidur lebih awal dari biasa untuk tuam mata dengan ais

harini hari cuti . jadi aeri hanya duduk dirumah memandangkan puan jeon semakin hari semakin tidak larat untuk bangun . boleh dikatakan hari aeri kebanyakkannya duduk didalam bilik puan jeon dan dapur

nak harapkan jungkook tu masak ?

mahu terbakar rumah ni direct jadi pengemis

aeri mengunyah coklat cadburynya sambil membaca novel didalam bilik puan jeon memandangkan puan jeon sedang diulit mimpi . kedengaran pintu dikuak dari luar , terjengul kepala jungkook dihadapan pintu

mwo ? ” tanya aeri tiada suara

“ wonhee dengan ryu ah datang ” ah sudah , mampus aku

***

“ selama aku selalu datang sini , tak pernah pernah aku rasa rumah ni sunyi . selalunya mesti bising siapa nak bukak pintu dulu ” soal wonhee . ryu ah hanya mengangguk setuju . pelik juga dia . aura rumah ni terasa seperti penuh dengan kesunyian dan kesedihan

“ eh , korang . kenapa datang tak call dulu ? ” jantung aeri usah dicakap . rasa seperti mahu meletup ! janganlah dorang tahu pasal eomma !

“ kitaorang dah call banyak kali . kau yang tak jawap ” aeri tersengih . dia lupa dia silent phone sebab taknak menganggu tidur puan jeon

“ mian , aku study tadi ” wonhee dan ryu ah memandang pelik . selalunya hari cuti macam ni , perempuan ni lah paling malas nak sentuh buku

“ you lying ” kata wonhee . pantas aeri menggeleng .

“ mana ada aku tipu ” mukanya dikerutkan . aduh tolonglah akuuu !

“ bukan kau paling malas sentuh buku ke ? ” terkedu seketika . aduh aeri , dorang bukan baru kenal kau 1 minit yang lepas tahu ?!

mata melilau cemas tiba tiba ternampak kelibat tiga orang jejaka yang sedang menuju kerumahnya

aduh , bala !

“ eo , hai korang ! ” sapa seongwoo ceria . ryu ah sapanya kembali manakala wonhee menjulingkan matanya sedikit , aeri tersenyum kelat . jantungnya dah serupa baru lepas lari marathon lajunya

“ yang kau ni taknak bagi masuk ke ? ” aeri terdiam sedetik . bukan taknak tapi....

“ AERRIII !! ” aeri terkejut , cepat cepat dia menoleh kebelakang memandang jungkook yang sudah berwajah pucat

“ wae..? ”

“ eomma... ” laju aeri meninggalkan mereka berlima dihadapan pintu berlari masuk ke dalam bilik puan jeon diikuti jungkook

daniel dengan selambanya masuk ke dalam rumah meluru ke bilik puan jeon . yang lain hanya mengikut . sampai sahaja didepan pintu bilik semua berdiri seperti patung tidak berganjak

aeri yang menangis teresak sambil melutut ditepi katil puan jeon dengan keadaan puan jeon yang sudah tidak bernafas memeranjatkan mereka . jungkook yang disebelah aeri hanya mampu menenangkan aeri padahal hatinya terasa seperti kain yang dirobek robek dengan kasar .

“ eomma .. ”

-

4 chapter left . happy tak tu ?

『 MESSAGE ㅡ KANG DANIEL 』Where stories live. Discover now