"Aisyah, sudah. Jom masuk dalam. Dah berpeluh satu badan tu." Rahmah menegur anak gadisnya yang berada dihalaman rumah mereka. Aisyah yang sedang melukis dipangkin rumah mereka ditenung dalam. Hampir dua jam Aisyah berada diluar rumah. Dengan panas teriknya lagi. Nasib muka tak sun burn.
"Ummi, nanti Aisyah masuk. Aisyah tinggal nak kaler langit dia je lagi. Boleh eh?" Aisyah mengerdipkan matanya berkali - kali. Rahmah cair, memang anak gadisnya itu mempunyai aura untuk orang mudah cair dengannya. Dengan mata yang bulat seakan anak patung, pipi kemerah - merahan, bibir yang mungil, memang orang akan cair dengannya.
"Iyalah Aisyah, tapi jangan lama - lama. Nanti tolong ummi siang ikan." Usai berkata, Rahmah masuk kedalam rumah mereka.
Sedang ralit Aisyah mewarna, deruman motor EX5 berbunyi kuat dihalaman rumahnya. Aisyah angkat kepala lalu melihat siapakah yang membawa motor tersebut.
'Oh, along rupanya.' Aisyah bermonolog sendiri. Dia kembali menyambung aktiviti mewarna. Dia kini berusia tujuh belas tahun. Lagi beberapa bulan dia akan menghadap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berdebar, tapi dia tahu, dia telah berusaha sehabis mungkin. Bak kata pepatah arab, siapa berusaha, dia berjaya. Kini, dia serahkan segala - galanya kepada Allah. Biar Allah yang menentukan segalanya. Dia sudah banyak menghabiskan masanya untuk mengulang kaji pelajaran. Kerana Aisyah tahu, dia datang daripada keluarga yang sederhana.
"Ehh adik, buat apa dekat luar ni? Kan panas, nanti hitam pulak." Bakar menegur sambil menjinjit beg plastik. Aisyah tersenyum lebar. Abang sulungnya memang seorang yang prihatin. Lagipun, inilah satu - satunya abang yang dia miliki.
"Adik tengah warna lukisan ni. Cantik tak?" Aisyah mengangkat lukisan lalu ditunjukkan kearah Bakar. Bakar tersenyum kecil. Dia mengangguk - angguk seperti burung belatuk. Kang kata tak cantik nanti merajuk pula adik kesayangannya ini. Mata Aisyah yang tadinya memandang kertas kini beralih memandang beg plastik yang dijinjitnya. Bibirnya tersenyum herot
"Along ada beli ais krim tak? Sebab adik tengah craving ais krim sekarang nih." Aisyah merengek manja sambil menepuk perlahan perutnya yang kempis. Bakar ketawa kecil melihat keletah adik perempuannya. Dia membuka beg plastik lalu ais krim coco bar diberikan kepada adik tersayang. Membulat mata Aisyah melihat ais krim dihadapannya
"Ermm.. along, Umai gurau je. Tak sangka abang beli betul - betul." Aisyah menggaru kepalanya yang berlapikkan tudung sarung hitam. Bakar tersenyum manis. Dia mengambil tempat disebelah adiknya.
"Along tak kisah pun. Lagipun abang tahu, yang adik comel abang ni memang hantu ais krim-" dicuit perlahan hidung Aisyah. Aisyah tersengih. "-- sambil beli ais krim abang ada beli juga barang dapur. Nanti tak payahlah susahkan ummi nak keluar beli itu ini." Bakar mengambil lagi satu ais krim coco bar lalu dibuka plastiknya. Dia menggigit perlahan lalu dikunyah ais krim itu tanpa rasa ngilu
Berbanding Aisyah, dia lebih suka menghabiskan coklatnya dulu baru dia menghisap ais krim vanilla yabg berada didalamnya.
"Oh ya, masa along pergi beli barang tadi, mak cik Syida kirim salam. Dia kata rindu pula dengan anak dara mak cik Rahmah sorang ni." Bakar berseloroh. Aisyah tersenyum manis sambil menjawab salam yang disampaikan sebentar tadi. Moodnya untuk mewarna gambar telah lama hilang disebabkan abangnya ajak berborak tadi. Dipandang redup pensel warna yang bertaburan diatas pangkin yang sedang didudukinya.
"Sudahlah adik, along nak masuk dalam. Adik jangan lama - lama. Nanti dah siap kerja tu, masuk dalam lepastu tolong ummi." Bakar sengaja mengusutkan tudung adiknya. Asisyah sudah memuncung. Tudung yang kusut tadi dibetulkan kembali.
"Hmm, yelah. Nanti adik tolong. Along masuk lah. Dah busuk bau." Aisyah menolak badan Bakar. Bakar gelak kuat. Busuk sangatkah dirinya? Dihidu ketiaknya sebentar. Perbuatan Bakar itu mengundang pandangan geli oleh Aisyah. Ada ke patut dihidu ketiak sendiri.
YOU ARE READING
A m S y a h
Romance[Previously known as Kau Satu] Aisyah Humairah; gadis yang berwatakan keanak - anakan sedikit. Sikapnya yang suka menolong ibu bapa mahupun orang yang berada disekelilingnya, membuat mereka semua senang dengan gadis itu Muhammad; nama yang indah sep...