Kakinya menapak perlahan kearah padang. Dengan berkasut sukan, dia mula membuat senaman ringkas.
"Wah mak kau meletop!" Sergah Jannah dari arah belakang
"Ehh Jannah, ada apa? Jom lah pergi padang. Kan ada pemilihan ni." Aisyah tersenyum manis
"Ala, ingatkan kau terkejut. Ish." Jannah memuncungkan mulut. Aisyah ketawa. Bahu Jannah ditepuk lalu mereka berjalan seiringan menuju ke padang
"Hmm baiklah, mari kita mulakan pemilihan. Tingkatan satu sampai tingkatan enam beratur mengikut kelas. Cepat - cepat!" Lantang suara cikgu Hana memberi arahan. Semua murid sudah lintang pukang mencari rakan sekelas. Macam budak tadika lagaknya
"Ouh, aku harap aku terpilih lagi. Well, aku je lah harapan cikgu - cikgu rumah sukan kita." Ujar Batrisya sambil tersenyum gedik. Tudung parinya digerbangkan seperti berada di taman bunga. Jannah dan Zaleha membuat muka meluat. Lidahnya dijelirkan seolah - olah mengeluarkan muntah
"Perasan betul minah senget tu. Entah - entah jadi penyokong je ahaha!" Ejek Jannah. Zaleha sudah mengekek ketawa dibelakang. Aisyah menepuk lembut lengan Zaleha. Gelak tak ingat dunia!
×××
Kelihatan para pelajar sedang bersedia di trek perlumbaan. Tidak ketinggalan Aisyah juga yang berada di line hadapan. Dia membuat sedikit senaman ringan sebelum merendahkan badannya dan tangannya mencecah rumput hijau
"Para pelajar, bila saya tiup wisel ni, kamu semua boleh memulakan larian anda! Faham?!" Laung Muhammad dari jarak yang agak jauh. Semua pelajar perempuan mengganggukkan kepala tanda faham
"Okay. Tiga, dua, satu.."
Preett!!
Terus para pelajar memulakan larian mereka. Jannah kelihatan sedang membetulkan cermin matanya ketika berlari. Zaleha pula sudah termengah - mengah di tengah trek. Batrisya dan Nabeela berlari seakan trek larian itu mereka yang punya. Namun yang mendapat perhatian adalah Aisyah kerana lariannya kelihatan biasa tapi disebabkan kakinya yang panjang, membuatkan dia menjadi orang pertama di landasan trek
"Yeah, Aisyah johan lagi!" Jerit Firdaus yang memegang tali terakhir trek. Aisyah yang termengah - mengah hanya tersenyum manis
"Okay, Aisyah dan Jannah, kamu berdua terpilih untuk acara sukan nanti ya? Baiklah, kita dah pilih peserta jadi semua boleh bersurai ya? Pastikan yang terpilih datang waktu latihan okay? Jangan ponteng atau saya buang nama awak semua." Ugut cikgu Salim. Semua pelajar dan berguru bersurai setelah menunaikan solat Asar berjemaah di surau sekolah
×××
"Assalamualaikum. Ummi, abah, along. Adik dah balik." Aisyah memberi salam usai dia meletakkan kasut di rak kasut
"Waalaikumsalam, adik. Tadi pemilihan ya adik, macam mana?" Soal Rahmah selepas mencium pipi anaknya itu
"Alhamdulillah, dapat lagi wakilkan firqah Waja. Ingatkan dah pancit, yelah. Makan banyak sangat sejak kebelakangan ni. Habis gemuk." Adu Aisyah sambil memuncungkan mulut. Semalam dia timbang, sudah nak sekilo berat badannya. Itu yang dia cuba untuk kekal seimbang dengan bersenam di sekitar kampung dengan ditemani oleh Bakar
"Ya Allah budak ni, berat adik tu tak sampai lima puluh tau. Dia kata gemuk. Ish ish ish." Rahmah menggelengkan kepalanya. Aisyah tersengih. Normal lah, ketinggian dia pun tak mencecah 160 lagi. Berat pun baru 45 kg. Okay lah tu
"Ummi ni, adik normal lah. Ummi, lauk tengah hari tadi ada lagi tak? Adik lapar lah." Perut kempisnya diusap perlahan. Tadi sempat makan sikit je tau sebab nak rushing ke sekolah.
"Ummi ada letak dalam peti ais, kalau nak makan panaskan lah." Ujar Rahmah lembut. Aisyah tersenyum suka.
"Okaylah ummi, adik pergi mandi dulu, pastu adik panaskan lauk tu ya?"
"Ha okay, adik siap - siap lah. Nanti ummi panaskan, ni dah solat ke belum ni?" Soal Rahmah
"Sudah dekat sekolah." Jawab Aisyah sebelum naik ke bilik. Rahmah mengangguk. Dia bangun dan bersiap - siap untuk memanaskan lauk
×××
"Terima kasih makcik, saya beli ya?" Ujar Aisyah lembut. Dia mengambil sebungkus cili diatas meja kaunter. Dengan langkah yang sopan, Aisyah keluar dari kedai runcit makcik Kiah. Sedang dia berjalan seorang diri ditepi parit, dia terdengar sesuatu
"Hihihi." Seseorang mengilai. "Aisyah, nak pergi mana tu?" Makhluk itu bertanya dalam keadaan berbisik. Menggeletar lutut Aisya terdengar hilaian makhluk itu. Dia membaca ayat kursi lalu dipercepatkan langkahnya. Sekarang sudah pukul enam setengah petang.
"Hihihi, Aisyah... Jangan lah lari laju sangat, tahulah atlet sekolah." Makhluk itu mengilai lagi. Kali ini dahi Aisyah berkerut. Macam mana makhluk itu tahu yang dia atlet sekolah. Aisyah semakin ketakutan. Dia pandang kedepan, alah.. lambat lagi nak sampai rumah. Tiba - tiba, dia terdengar suara orang mengaduh sakit
"Hah! Ini kerja kamu berdua ya? Nak kacau anak dara orang?! Ya kan?!" Entah dari mana Mumhammad muncul. Aisyah berpaling dan keningnya ternaik ketika melihat Nazmi dan Mukhlis menyeringai sakit apabila telinga mereka dipiat oleh Muhammad.
"Patutlah saya tengok kamu berdua ni lain macam. Dari kedai makcik Senah, sampai dekat sini kamu ikut Aisyah ya? Haih lah kamu berdua ni. Sudah, balik rumah kamu semula sebelum saya call ibu bapa kamu. Cepat!" Tidak cukup tanah Nazmi dan Mukhlis berlari dari situ. Muhammad memicit kepala, hadui budak zaman sakarang. Dia angkat kepala, wajah bingung Aisyah menjadi tatapannya
"Aisyah, lain kali beli barang sebelum pukul enam ya. Tak elok anak dara keluar senja - senja ni." Tegur Muhammad. Aisyah sekadar mengangguk. Dasar hantu betul Nazmi dan Mukhlis!
"Abang balik dulu ya? Jaga diri, awak tu perempuan. Jangan biar hantu tu ikut awak lagi." Pesanan khidmat masyarakat diberikan lagi kepada Aisyah sebelum menghidupkan enjin motornya. Mukanya ditundukkan sedikit lalu perlahan - lahan motor besar itu berlalu pergi. Aisyah kembali berjalan kerumahnya dengan tempoh yang laju. Takut kena kacau dengan hantu jadian. Hurghh, apalah nasib
YOU ARE READING
A m S y a h
Romance[Previously known as Kau Satu] Aisyah Humairah; gadis yang berwatakan keanak - anakan sedikit. Sikapnya yang suka menolong ibu bapa mahupun orang yang berada disekelilingnya, membuat mereka semua senang dengan gadis itu Muhammad; nama yang indah sep...