"Ya Allah adik! Maaf lah ummi dengan abah tak lawat semalam. Ada kenduri dekat Klang. Kalah tahu jadi macam ni, kami tak pergi sana." Kata Rahmah kelam kabut. Aisyah da Bakar ketawa. Tangan Rahmah dipegang
"Ala ummi, adik dah okay. Mula - mula je jadi macam tu. Lagipun tak elok kalau tak pergi kenduri orang tu, kan dah dijemput." Jawab Aisyah lembut. Rahmah tersenyum. Anaknya pandai pujuk hatinya. Dia mengusap kasih kepala Aisyah yang tertutup dengan tudung.
"Jom balik. Adik dah discharge. Let's go!" Ujar Aisyah ceria. Rahmah dan Rahim menggelengkan kepala. Seronok gamaknya boleh keluar, baru sehari. Kalau berminggu, mati kebosanan kut
"Terima kasih lagi ya Am, sebab tolong kami. Susah - susah je." Rahmah berkata perlahan. Muhammad tarik senyuman lebar
"Sudah itu tanggungjawab saya." Jawab Muhammad. Mata Rahim membesar.
"Tanggungjawab kamu?" Keningnya diangkat keatas. Muhammad yang tersedar cepat - cepat membetulkan kata - katanya semula.
"Makcik, pakcik. Saya balik dulu ya, nak sambung kerja. Rasanya rehat dah tamat ni." Beritahu Muhammad. Rahmah dan Rahim mengangguk setuju.
"Jom balik!" Rahmah, Rahim dan Bakar tergelak lucu. Bakar mengangkut beg yang berisi baju Aisyah. Rahmah menolak wheelchair Aisyah keluar dari dalam wad
×××
"Ish, aku kesian betul lah dengan Aisyah tu. Lagi dua hari kut sukan tu. Last - last kaki retak." Keluh Wani. Nani, Hakimi dan Rizuan hanya mendegar. Yang paling terkejut sekali adalah Rizuan. Penolongnya, yang bersusah payah menaikan nama rumah sukan mereka. Namun, mungkin tiada rezekinya
"Hmm, siapa ganti Aisyah?" Soal Hakimi. Dia memandang muka Rizuan
"Batrisya." Jawab Rizuan sepatah. Mereka berempat mengeluh. Kalau Batrisya, tao mungkin kut firqah Waja dapat gelara johan tahun ini. Bayangkan, Aisyah dah ambil pelbagai acara, sekali kena ganti dengan Batrisya. Huh
"Tak apalah, mungkin Batrisya boleh lari laju dengan kuasa Allah. Kan?" Nani menenangkan mereka bertiga. Wani, Hakimi dan Rizuan mengangguk.
"Lagi dua hari, harap kita semua boleh buat yang terbaik." Kata Rizuan. Mereka tersenyum lebar. In shaa Allah. Walaupun berlainan rumah sukan, mereka tetap menyokong antara satu sama lain
×××
"Adik, dah sampai." Ujar Bakar sambil melihat keadaan sekeliling. Hmm, tiada yang berubah selain bertukar warna dinding. Aisyah tersenyum manis
"Along, pergi sana sikit boleh? Dekat sini tak ramai orang lah, susah nak tengok." Kata Aisyah manja. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Bakar mengikut arahan. Dia menolak perlahan wheelchair tersebut
"Eh Bakar, Aisyah. Buat apa dekat sini?" Soal Muhammad.
"Adik aku ni, katanya nak tengok sukan. Aku pun layankan jelah orang sakit ni." Usik Bakar. Aisyah menepuk lengan Bakar. Memang lah kita sakit, tapi tak lah teruk sangat
"Along, nak keropok lekor dengan air milo. Adik haus." Beritahu Aisyah perlahan. Malu dengan Muhammad. Bakar menjuihkan mulut, adiknya kalau tak kunyah sesuatu memang tak sah
Bakar berlalu pergi meninggalkan Aisyah dan Muhammad ditepi padang.
"Err, Aisyah. Awak dah okay ke?" Soal Muhammad. Aisyah tersenyum nipis. Buku lalinya disentuh, teringat kejadian dimana Batrisya memijak kakinya tanpa belas kasihan. Dia cuba menghilangkan bayang tersebut.
"Okay dah. Tapi tak boleh jalan lagi. Denyut - denyut rasa." Balas Aisyah. Dia membuang pandang kearah padang. Bila duduk bersebelahan dengan Muhammad ni buat jantungnya berdebar - debar. Baik didiamkan saja mulutnya
"Adik, nak keropok." Bakar menyerahkan seplastik keropok kepada Aisyah. Aisyah mengucapkan terima kasih lalu diambil sebatang keropok lekor dan dikunyah perlahan. Bakar pula sedang enak menghirup air milo.
"Along, nak air." Pinta Aisyah sambil mengibaskan tangannya kemuka. Pedas mungkin sos cili itu. Cup berisi air milo itu diberikan kepada Aisyah. Aisyah cuba menyedut air namun hampa, tiada sebarang cecair yang keluar
"Along habiskan air ke?" Soal Aisyah dengan dahi berkerut. Bakar tersengih kecil. Dia memberikan sebotol air mineral kepada Aisyah. Aisyah meneguk rakus. Sisa air yang mengalir dilap dengan lengan baju
"Along, nak pergi dekat sana, ada Wani. Boleh tak?" Tanya Aisyah. Bakar memgangguk. Tiba - tiba saja Wani kelihatan sambil tersenyum manis.
"Assalamualaikum ustaz, abang Bakar. Wani bawa Aisyah dekat sana tau? Nak gossip kejap?" Kata Wani. Bakar tergelak kecil. Perempuan, gossip dan mereka memnag tidak boleh dijauhkan. Wani bergegas menolak kerusi roda Aisyah sambil berceloteh kecil.
"Bakar, adik kau memang manja kan? Kalau dekat kelas, bukan main diam." Muhammad memulakan bicara.
"Yelah, dah seorang je perempuan. Aku pulak satu - satunya abang dia. Memang manja lah?" Bakar mengunyah perlahan keropok lekor.
"Untung siapa dapat dia, sudahlah baik, manja pula tu." Kata Muhammad
"Untung kau lah." Bakar tertawa kecil. Muhammad buat muka tak faham.
"Budak bawah umur tak kan faham hahaha."
"Umur aku sama kau je kut!"
"Bagi aku kau still budak!"
Dan kedua - duanya gelak seperti mak lampir
×××
"Aisyah! Lamanya tak jumpa kau!" Wani memeluk erat badan Aisyah. Nani yang melihat ketawa kecil
"Wa--ni, le--ppas.." ujar Aisyah kelemasan. Wani yang tersedar terus merungkaikan pelukan. Dia tersengih.
"Kau ni Wani, Aisyah baru cuti dua hari. Macsm tak jumpa dua tahun je." Sakat Nani. Wani menjeling padu. Dia menjelirkan lidahnya kepada Nani. Nani buat tak tahu
"Aisyah, kau nampak lain." Kata Nani. Aisyah mengerutkan dahi. Apa yang lain?
"Tak, maksud aku.. kau nampak lawa weh!" Segera Wani menutup telinganya. Bingit woi!
"Apa yang lawa? Bukan selama ni kau pernah tengok Aisyah ke?" Soal Wani pelik. Sudah Wani, jangan macam - macam
"Tak delah, saja main - main hehe. Tapi kan, aku pelik. Muka kau ni ada cina - cina sikit. Kau mix ke?"
"Nenek Aisyah orang cina, atuk Aisyah pula orang Indonesia. Bila dah kahwin tinggal sana. Jadi, abah dan kitorang pun tinggal sana. Cuma masa Aisyah tujuh tahun abah pindah sini sebab kerja. Kenapa, nampak lain ke?" Terang Aisyah.
"Tak, cuma yang somthing sepecial dia, mata kau warna hazel - hazel weh! Baru aku tahu! Wa, cantiknya!" Ujar Nani ceria. Wani membelek wajah Aisyah, dia pun sedikit teruja melihat mata Aisyah berwarna hazel
"Biasa - biasa je. Ha, firqah mana menang, nak tahu juga." Aisyah menukar topik.
"Firqah Satria lah!" Nani berkata bangga. Aisyah dan Wani tergelak, alahai kawan. Kalau tak beria memang tak sah! Namun walaupun ketawa, Aisyah termenung seorang diri
"Kenapa Syah? Diam je." Soal Wani. Aisyah cepat - cepat mematikan lamunannya. Dia tersenyum manis. Kepalanya digelengkan beberapa kali tanda tidak apa - apa. Wani dan Nani mengeluh, Aisyah dan rahsia, tak dapat dipisahkan. Mereka kembali bersembang seperti sedia kala
YOU ARE READING
A m S y a h
Romance[Previously known as Kau Satu] Aisyah Humairah; gadis yang berwatakan keanak - anakan sedikit. Sikapnya yang suka menolong ibu bapa mahupun orang yang berada disekelilingnya, membuat mereka semua senang dengan gadis itu Muhammad; nama yang indah sep...