10

32 4 0
                                    

Suasana padang sangat meriah pada pagi ini. Disebabkan latihan diawalkan, semua peserta senyum sampai ketelinga. Yelah, tak payah belajar untuk hari ini. Oh yeah!

Aisyah, Jannah dan Zaleh menapak ke padang. Sesekali Jannah terlihat peserta lelaki memulakan latihan. Apa lagi nak buat, ushar anak teruna orang lah! Hehe dasar gatal

"Yeyy, ada lagi tiga hari sebelum sukan mula. Dan aku, tak akan sakit kaki lagi, oh yeah." Gelagat Jannah mengundang tawa kecil Aisyah. Ada - ada je

"Kita ada lagi latihan untuk lari berpasangan. Harapnya tahun ni boleh score macam tahun - tahun yang lepad in shaa Allah." Ujar Aisyah sambil tersenyum manis. Jannah tersengih kecil. Mudah- mudahan lah firqah Waja dapat johan lagi.

"Jom pergi padang, rasanya latihan kita dah start." Ajak Aisyah. Jannah mengangguk

×××

"Okay macam yang saya harapkan, latihan kamu semua memberansangkan. Ingat pesanan saya, jangan makan ais atau minum air yang ada ais. Kami tak nak kamu semua pancit awal. Jadi, sila bersurai." Kata cikgu Hana seraya bangun daripada duduknya.

"Hrmm, cikgu. Saya rasa macam tak sihat lah. Boleh tak lepas prep petang nanti saya pergi hospital? Sebab dari semalam peningnya. Boleh ya cikgu?" Pinta Khadijah, pelajar tingkatan empat. Cikgu Hana selaku warden asrama memganggukkan kepala tanda setuju. Takut salah satu pesertanya tidak dapat menyertai acara, habislah

"Terima kasih cikgu. Saya masuk kelas dulu ya?" Khadijah menyalami tangan cikgu Hana dan berlalu pergi bersama rakannya. Cikgu Hana tersenyum lagi. Barang  - barang yang digunakan ketika latihan tadi dikutipnya. Sekarang pukul 12 tengah hari. Lagi beberapa jam saja dan waktu persekolahan pun akan tamat.

"Cikgu Hana,"

Cikgu Hana memusingkan badannya kebelakang. Terlihat Muhammad seakan memanggil namanya. Muhammad berjalan mendekati cikgu Hana

"Cikgu, senarai budak dekat cikgu kan? Kalau saya nak boleh, sebab nak isi nama diorang sebagai peserta." Tanya Muhammad lembut. Cikgu Hana segera mengeluarkan kertas yang bertulis nama pelajar

"Terima kasih." Ucap Muhammad sebelum berlalu pergi. Cikgu Hana mengusap perlahan dadanya. 'Move on Hana, lupakan dia.' Katanya dalam hati

×××

"Aisyah, aku pergi tandas kejap tau. Sakit perut." Beritahu Jannah. Aisyah mengangguk. Jannah meninggalakan Aisyah dan Aisyah meneruskan perjalanan. Dia mengambil botol air dan kain lap lalu berjalan menuju kekelas

"Hai Aisyah, penat ke tadi latihan?" Soal Batrisya dari arah depan.  Senyuman manis Batrisya hadiahkan. Aisyah tersenyum kecil

"Penat lah sikit." Jawab Aisyah lembut. Batrisya tertawa sinis. Tiba - tiba, tubuh Aisyah ditolak kebelakang. Wajah penuh benci dipamerkan. Aisyah yang terduduk itu menggosok perlahan punggungnya

'Adehh.' Bisik hati Aisyah

"Kau kan, boleh tak tak payah bajet bagus depan aku. Maksud aku, tak payah nak senyum sangat. Geli aku." Kata - kata Batrisya disokong oleh Nabeela ditepi. Aisyah mengerutkan dahi, apa yang Batrisya katakan ini?

"Apa yang Sya cakap ni? Aisyah tak faham." Balas Aisyah. Dia betul - betul tak faham. Salahkah dia memberikan senyuman. Memberi senyuman itu kan sedekah.

A m S y a hWhere stories live. Discover now