05

48 4 1
                                    

"Apa nak jadi dengan kamu ni Amir?! Kamu tu ketua pengawas, tapi kenapa buat benda macam tu dekat Aisyah?!" Suara pengetua sudah memetir. Amir sedari tadi hanya memundukkan kepala. Takut dia melihat wajah bengis lelaki dihadapannya itu

"Sa--saya--a min--ta ma--af." Ujar Amir kesal

"Pengetua, saya rasa dekat perpustakaan tu ada cctv bukan? Apa kata kita lihat. Tak mungkin anak saya buat macam tu!" Puan Faridah sudah merah muka. Sesuka hati saja nak tuduh anaknya nak rogol orang. Entah - entah perempuan itu yang memulakan dulu.

"Baiklah, ustaz Am. Tolong cek kan cctv dekat perpustakaan." Arah pengetua dengan riak serius

Muhammad mengangguk lalu dia memeriksa cctv perpustakaan. Matanya tajam melihat apa yang terjadi. Bermula daripada Amir yang bersapa dengan seorang perempuan diabahagian kaunter hadapan, bersembang dengan Aisyah lalu duduk dihadapannya, dan sedikit pertelingkahan yang membuatkan Amir ingin merogol Aisyah

"Cikgu, memang jelas Amir yang memulakan dahulu, tapi sayang, speaker cctv ni dah lama rosak." Beritahu Muhammad

"Tapi saya lihat, sebelum dia bersembang dengan Aisyah, Amir ada bertegur sapa dengan sesorang? Siapa?" Amir senyap

"Amir, tolong beritahu." Pengetua sudah bersuara keras

Amir menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Pengetua mengeluh berat. Pelipisnya dipicit agsr kurang sedikit tekanan yang dirasai tika ini.

"Baiklah, awak tak nak beri kerjasama. Apa kata awak berterus terang sahaja tentang apa yang berlaku. Amir, tolonglah. Jangan kusutkan kepala saya." Pengetua bersuara lemah.

Dengan hati yang berat, Amir menceritakan segalanya. Puan Faridah yang duduk dikerusi ibubapa sudah mahu pengsan. Encik Amin yang mendegar sudah kelu lidah. Tidak sangka, anak yang ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah menconteng arang ke muka mereka. Amir pula sudah menunduk. Menyesal dengan apa yang dilakukan.

"Awak tuduh ustaz Am ada hati dengan Aisyah? Ya Allah, Amir! Hanya dengan gosip murahan macam tu awak percaya? Amir, fikir logik. Ustaz Am, dia baru bertugas separuh hari disekolah ni. Baru nak kenal - kenal dengan pelajar lain. Tak sempat nak main - main mata dengan cikgu lain. Amir, saya kecewa dengan awak. Awak lah pelajar harapan sekolah ni, sepatutunya membanggakan, bukan memalukan!" Pengetua tepuk meja kuat hingga bergegar segala barangan diatasnya. Bahu Amir terhinjut

"Haih, beginilah. Puan dan Encik, saya dah buat keputusan. Amir Raikal, awal serta merta dilucutkan sebagai ketua pengawas dan hari ini, hari terakhir awak bersekolah di SAM Nik Syahirah."

×××

"Ha, begitulah al kisahnya. Kata Suri lagi, Amir siap packing dia punya baju weh yang dekat asrama. Muka parents dia pun redha je. Haishh, sekarang ni siapa ketua pengawas kita?" Wani sudah memuncungkan mulut. Bosan sebenarnya Amir sudah diberhentikan sekolah, tak ada kawan nak berborak lah lagi

"Ermm, pasal tu, aku tak sure lah. Tapi baru - baru ni aku dengarlah, Ashraf kelas Hanafie tu ganti Amir." Nani buka cerita. Terus Aisyah dan Wani memasang telinga. Wait, jangan kata Aisyah ni kaki gossip eh. Dia yang kena tarik dengan Wani dan Nani ni.

"Ha! Aku rasa better Ashraf dari Amir. Tahun lepas pun cikgu nak lantik Ashraf. Tapi disebabkan Amir suruh family dia 'suap' pengetua dan nahh, dia jadilah ketua pengawas tak bertauliah." Aisyah dan Nani mengangguk. Sanggup rasuah pengetua semata - mata nak jadi ketua pengawas? Gila!

"Oh ya, Syah. Kau ingat tak masa kau form 3 cikgu tanya kau sama ada nak jadi pengawas atau tidak?" Nani mula bersuara. Aisyah kelihatan sedang terfikirkan sesuatu sebelum menganggukkan kepala. Memang pernah cikgu 'lamar' dia jadi pengawas. Tapi dia menolak lembut dengan alasan tidak berkelayakan.

"Sebenarnya, tu kerja Amir jugak! Dia paksa parents dia untuk bagitahu cikgu supaya lantik kau. Pastu dia berangan yang kau jadi penolong ketua pengawas, tapu tulah. Kau tolak. Tak adalah sweet - sweet ni." Wani mengusik. Kepala Aisyah tergeleng kecil, tidak menyangka yang Amir sanggup guna cara kotor untuk dapatkannya.

"Eh, hye Aisyah! Dah okay?!" Rizuan selaku ketua kelas bertanya girang. Bibirnya tidak henti - henti tersenyum. Aisyah mengangguk

"Kau kenapa Wan? Gila? Kalau Aisyah dah sekolah ni maknanya dia dah okay lah." Nani buat muka jelik. Memang dari dulu dia anti dengan Rizuan ni. Tapi tak lah seanti Batrisya terhadap Aisyah. Wani dan Aisyah tertawa kecil.

"Ish kau ni, aku risaulah pasal assistant aku ni. Kena buat kerja sorang - sorang. Al maklumlah ketua kelas dia ni busy memanjang." Kembang kempis hidung Rizuan ketika bercerita.

"Apa je yang kau bawak balik ni? Dah sebulan kau tak ada dekat kelas! Tahulah pandai." Nani juih bibir.

"Well, well, well. Aku sudah mengharumkan nama sekolah kita dalam pertandingan silat tau! Jangan main - main!" Kening Rizuan terangkat.

"Peringkat apa je?"

"Well, tak main lah daerah. Antarabangsa lah! Tapi aku dapat nombor dua. Budak Korea tu aku tak tahulah pulak pandai silat. Kalau tak, sampai planet pluto aku menang!" Mereka berempat menghamburkan ketawa. Rizuan, Rizuan. Memang gila - gila!

"Tahniah, at least kau dapat banggakan sekolah." Puji Aisyah. Macam badak air sudah hidung Rizuan dek pujian Aisyah. Dia membuat thumbs up kepada Aisyah. Aisyah menggeleng sambil menyambungkan kerjanya yang tergendala tadi.

×××

"Aisyah, jom lah pergi kantin. Hari ni hari Selasa, jangan kata kau puasa." Acewah berpantun pula si Wani ni. Tapi memang betul pun, Aisyah akan puasa Isnin dan Khamis setiap minggu. Dan waktu dia puasa tu, jangan harap muka dia ada dekat kantin. Memang tak lah dia nak pergi 'syurga dunia' tu. Baik dekat surau atau perpustakaan, banyak faedahnya

"Yelah Wani. Ehh, mana Nani?" Aisyah menyoal sambil mengeluarkan dompet dari beg. Mereka berjalan menuju ke kantin.

"Entah, ada kelas lagi kut. Tak yah lah tunggu, aku lapar ni." Wani merengek manja.

"Mana boleh macam tu, Wani. Kita kan dah janji dengan Nani nak rehat sama - sama. Tak baik mungkir janji." Aisyah menegur sopan. Wani pula sudah tersengih bak kerang busuk. Adehh, ustajah sudah marah lah

"Letak barang dulu dekat kantin, ataupun kita tunggu je si Nani tu habis kelas." Cadang Wani. Aisyah mengangguk setuju.

Hampir lima minit mereka menunggu, akhirnya kelibat Nani yang sedang berlari seakan - akan anak kecil itu kelihatan.

"Woi Nani, macam budak kecik ahh!" Rizuan menjerit dari arah belakang. Namun Nani buat tidak endah lalu dengan selambanya dia menjelir lidah kearah Rizuan. Rizuan sengaja membeliakkan mata tanda marah. Nani ketawa kecil

"Hai, sorry lambat. Cikgu Badri tu ha sengaja bagi karangan panjang lebar. Aku dah lah tak ada mood. Ish!" Nani yang tersenyum tadi kini bertukar cemberut. Masih terngiang - ngiang lagi denda yang diberikan kepadanya. Sudah lah satu kelas tengok. Eee, buat malu saja

"Tak payahlah marah - marah. Benda kecik kut. Aku buat kerja essay dengan teacher Linda yang garang tu elok je. Tak patah pun tangan. Kau kena ingat Nani, kita dah nak SPM. Kau nak jadi macam Amir tu, tak ambil periksa lansung. Empat tahun dia belajar, last - last kena buang sekolah. Tak baik merungut. Fikir tu ujian Allah. Kau nak cemerlang SPM kan, jadi usaha kena lebih. Nak naik pentas, tapi buku dah melayang keatas. Buang sifat malas tu." Ceramah Wani sambil menyuap makanan. Aisyah disebelah mengangguk setuju.

"Hmm, yelah - yelah. Sudah, aku nak makan ni." Nani menarik bekas makanannya lalu sudu yang berisi nasi lemak disuap kedalam mulut. Aisyah dan Wani tergelak kecil.

Merajuk lettew

A m S y a hWhere stories live. Discover now