Hari Isnin. Seperti biasa, Sekolah Agama Menengah Nik Syahirah mengadakan perhimpunan rasmi sekolah. Setiap pelajar diwajibkan membawa Al- Quran yang bertafsir untuk dibaca sebelum perhimpunan bermula.Namun, ada kelainan sedikit pada pagi ini. Setelah guru bertugas menghabiskan ucapannya, wakil pelajar mempersilakan guru baru untuk berucap
"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ehem.. terima kasih pengerusi majlis, rakan guru yang saya kasihi, dan anak murid SAM Nik Syahirah yang diredhai Allah sekalian. Alhamudulillah, berdirinya saya disini untuk memperkenalkan diri. Nama saya, Ustaz Muhammad bin Abdullah. Berumur 25 tahun dan baru saja memulakan kerja sebagai guru pada hari ini. Saya tidak mahu berucap panjang, harap semua terima dengan baik kehadiran saya di sekolah ini. Assalamualaikum."
×××
"Kau tahu tak Nani, ustaz tadi handsome sangat - sangat. Melting aku dibuatnya!" Batrisya sudah terliuk ke kiri dan kek kanan ketika bercerita. Habis satu kelas 5 As Syafie bising kerana bercerita tentang guru baru disekolah mereka. Oh tidak, bukan kelas 5 As Syafie saja, satu sekolah sudah excited kerana ada guru baru masuk. Sudahlah handsome. Ahaks! Yang perempuan, bisingdengan cara perempuan. Yang lelaki, buat tidak peduli. Lain lah kalau Fazura ke, Neelofa ke jadi guru baru mereka. Baru syok.
Memandangkan subjek pertama mereka Bahasa Arab, dan gurunya pun telah berpindah Jumaat lalu, mereka hanya buat hal sendiri. Siapa rasa nak belajar, baca buku. Siapa rasa nak main, main ajelah. Huih
Tok! Tok!
Semua murid memandang kearah hadapan. Aisyah selaku penolong ketua kelas bangun dan memberi salam lalu diikut oleh murid yang lain.
"Waalaikumsalam. Duduk." Muhammad tersenyum lebar. Mata mereka masih lagi memandang kehadapan
"Okay, memandangkan saya guru baru saja dekat sini, apa kata sya memperkenalkan diri. Baiklah, macam yang kamu semua tahu dekat perhimpunan tadi, nama saya Muhammad bin Abdullah. Umur 25 tahun. Saya ulang balik kalau in case ada yang tertidur masa perhimpunan tadi." Muhammad tergelak kecil.
"Jadi, ada apa - apa soalan yang nak ditanya berkenaan dengan saya?"
Seorang gadis mengangkat tangan. Fatimah namanya." Cikgu single atau dah berkahwin?" Fatimah bertanya selamba. Habis satu kelas kecoh dengan pertanyaan Fatimah
"Ermm, saya single but not available." Muhammad senyum nipis. Habis majoriti perempuan mengeluh. Aish! Tak ada can nak tackle lah ni!
"Cikgu ni cikgu ataupun ustaz? Sebab sekarang waktu LAM." Tanya Mahmud yang sememangnya dikenali sebagai mulut murai itu.
"Saya guru arab. Jadi anak - anak murid sekalian boleh lah panggil ustaz." Semua murid mengangguk
Batrisya mengerling kearah Hani. Hani mengangguk.
"Ustaz, ustaz tinggal dekat mana? Kalau dekat Gombak, raya nanti boleh ziarah." Batrisya bertanya dengan nada manja. Satu kelas buat rolling eyes. Masak sangat dengan perangai gedik si Batrisya ni.
"Saya tak duduk Gombak. Masih dalam kawasan Sabak Bernam ni lagi. Area - area sini saja."
Batrisya sudah memasamkan muka. Dia tinggal diasrama, dan semestinya rumahnya jauh daripada Sabak Bernam.
"Kalau dekat area sini, ustaz ada kenal tak antara kitorang?" Firash sudah bangun. Memang dia jenis tak boleh duduk diam. Sebab dia pun orang Sabak heh
YOU ARE READING
A m S y a h
Romance[Previously known as Kau Satu] Aisyah Humairah; gadis yang berwatakan keanak - anakan sedikit. Sikapnya yang suka menolong ibu bapa mahupun orang yang berada disekelilingnya, membuat mereka semua senang dengan gadis itu Muhammad; nama yang indah sep...