1

123 5 0
                                    

Suasana dalam kelab malam itu sangat sesak.
Bunyi muzik berdentum-dentam, ditambah lagi dengan bau arak yang semerbak di mana-mana.

Disatu sudut, tiga orang pemuda sedang berpesta.
Meraikan kenaikan pangkat salah seorang rakan mereka.
"Cheers! Malam ini kita yang punya!" ujar si pemuda bertelinga capang, disambut oleh deraian ketawa kedua rakannya.
Botol-botol minuman keras berjenama mahal menghiasi meja mereka.

Seorang pemuda kacukan Cina-Kanada, melirik ke arah seorang pelayan seksi yang sedang sibuk menghantar minuman yang dipesan.
Pemuda itu membuat isyarat, memanggil si gadis itu ke mari.

Gadis itu menghampiri mereka dengan gaya gediknya.
Bibirnya mengukir senyuman.
Pemuda kacukan tersebut menarik tubuh gadis itu, lantas mencium bibirnya.
"Hebat kau Kris, cepat betul dapat mangsa malam ni!" ujar sahabatnya yang bertelinga capang, dikenali dengan nama Chanyeol.
Pemuda tampan kacukan yang dipanggil Kris itu menyeringai sinis.
"Ini akulah...Wu Yifan, kalau aku tak dapat mangsa jangan panggil aku Kris!" ujar Kris mendabik dada, ketawa megah.
Pemuda berkulit pucat itu menggeleng, seraya tersenyum kecil.
Mengeluarkan smartphonenya dari poket jeans yang dipakainya.
Kelihatan beberapa mesej masuk, semuanya dari kekasihnya Wendy.
Bibirnya menyeringai, mengukir senyuman sinis.

'Semua perempuan sama saja, nakkan harta aku kerana aku anak konglomerat. Tak ada yang benar-benar jujur pada diriku!' batinnya tajam.
Mesej-mesej dari Wendy yang memenuhi peti masuk segera dipadamnya.
Malas rasanya hendak melayan.

HUANG FAMILY MANSION...

"Zi...esok ikut baba ke pejabat ya? Baba ada something nak beritahu dengan Zi." ujar Tuan Huang, selaku pengerusi syarikat  Huang Corporation, kepada anak gadis tunggalnya.

Gadis yang punya mata seperti panda mengikut saja.
"As you wish baba! " ujarnya.
Tuan Huang mengukir senyuman.
Gadis yang dipanggil Zizi itu sebenarnya berkelulusan universiti di LA, Amerika Syarikat.
Mengambil jurusan perniagaan kerana niat ingin membantu ayahnya Tuan Huang.
Namun Tuan Huang ingin Zizi menggantikan tempatnya atas alasan dirinya sudah tidak kuat lagi untuk bekerja.

Keesokannya...

HUANG CORPORATION...

"Selamat pagi semua!" suara tegas Tuan Huang mengisi suasana dalam bilik mesyuarat tersebut.
Para pekerja yang berada dalam bilik mesyuarat tersebut semua menantikan pengumuman dari ketua mereka.

"Ada apa tuan panggil kami semua ke mari?" soal salah seorang pekerjanya, Yoona.
Yoona merupakan setiausaha kepada Tuan Huang.
Tuan Huang berdehem seketika sebelum meneruskan pembicaraannya.

"Atas faktor kesihatan, saya mengumumkan ingin berundur dari syarikat ini. Anak tunggal saya Huang Zi Tao atau Zizi akan menggantikan posisi saya sebagai CEO di syarikat ini! Dan kalau boleh, sila beri dia tunjuk ajar untuk mengendalikan syarikat saya selepas saya bersara nanti!" ujar Tuan Huang.
Semua menarik nafas, perasaan ingin tahu menguasai hati mereka kerana ingin melihat siapa gerangan anak tunggal Tuan Huang tersebut.

Bunyi hentakan kasut tumit tinggi menggema dilantai.
Para pekerja yang ada disitu menahan nafas.
Debaran di hati senakin kuat.
Pintu ruangan mesyuarat diketuk.
"Masuk!" Tuan Huang berseru dari dalam.
Pintu terbuka, muncullah seraut wajah manis milik puteri tunggal keluarga Huang.
Semua menoleh ke arahnya, berdecak kagum.
'Cantik! Persis model!' Yoona membatin.

Zizi melangkah masuk ke ruangan tersebut dengan gaya santainya, meskipun terlihat arrogant sedikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zizi melangkah masuk ke ruangan tersebut dengan gaya santainya, meskipun terlihat arrogant sedikit. Namun bibirnya tidak lekang mengukir senyuman.
Membuatkan para pekerja syarikat ayahnya jatuh hati terhadapnya.

❤️❤️❤️❤️❤️continued❤️❤️❤️❤️❤️

YOU'RE BELONG TO ME  (REMAKE/RE EDIT) Where stories live. Discover now