2

85 4 0
                                    


HUANG CORPORATION....

Zizi berkutat dalam pejabatnya, maklumlah hari pertamanya menyandang jawatan sebagai CEO baru menggantikan tempat ayahnya yang bersara secara rasmi kelmarin.
Yoona dengan senang hati menawarkan diri menjadi setiausahanya.

Tangannya menekan interkom di atas meja kerjanya.
"Unnie, masuk sekejap." lancar bibirnya mengeluarkan arahan.
"Sekejap cik." Yoona membalas.
Pintu diketuk.
"Masuk!" sahut Zizi dari dalam.
Wajah Yoona terpacul dimuka pintu.
Zizi mengukir senyuman.
"Ada apa cik Huang?" soal Yoona, sopan.
"Tengah hari nanti boleh tak unnie temankan saya? Ada temujanji pertama saya hari ini. Sambil itu boleh kita lunch sama-sama." ujar Zizi.
"As you wish!" ujar Yoona, tersenyum.

RESTORAN HUANG...

Zizi bersama Yoona makan tengah hari di restoran milik keluarganya. Kebetulan Zizi juga punya temujanji pertama dengan CEO syarikat Oh Trading.

Zizi dan Yoona sedang menjamu selera apabila sang pemuda pewaris syarikat Oh Trading masuk, bersama rakannya yang bertelinga capang.
Matanya menatap ke arah Zizi yang ketika itu seronok berborak dengan setiausahanya.
'So beautiful lady! Tak pernah aku nampak wanita secantik dia di sini!' si tampan itu membatin.

"Anneyong...ini Zizi ke? CEO baru Huang Corporation tu?" pemuda pucat itu menyoal.
Zizi menoleh, kening kanannya ternaik.
"Ya saya, awak ni CEO Oh Trading bukan?" soal Zizi.
Segaris senyuman tipis terukir di bibirnya.
Membuatkan jantung si pemuda pucat itu berdegup kencang.
Pemuda itu angguk, mereka bersalaman.
"Oh Sehun imnida. Panggil saja Sehun." pemuda itu memperkenalkan dirinya.
"Nice to meet you!" ujarnya.
Pemuda tampan yang dipanggil Sehun itu tersenyum.
Rakannya yang bertelinga capang itu angguk, seraya memerhatikan wajah Zizi dengan penuh minat.
Dadanya juga berdebar kencang.
'Sweet lady!' batinnya.
Bahunya di tepuk.
"Wae?" Sehun menyoal.
Rakannya itu mengukir senyuman, seraya menggeleng kepalanya.
"Nde." jawabnya ringkas.

Dalam perjalanan balik, smartphone milik Sehun berdering.
Sehun mengenakan bluetooth headsetnya, menjawab panggilan tersebut.
"Anneyong!" ujarnya.
"Anneyong baby...kenapa tak jawab panggilan i tadi? Risau tau!" suara manja seorang wanita kedengaran di hujung talian.
Itulah Wendy, kekasihnya yang sekarang.
Namun Wendy juga sama seperti bekas-bekas kekasihnya terdahulu, mengikis hartanya sahaja.
Ini yang membuatkan Sehun berasa rimas dan ingin menjauhkan diri darinya.
" Mianhae sayang, i busy tadi. Ada apa?" Sehun menyoal.
"Malam ni jadi ke kita keluar? You dah janji tu baby, i tunggu tu!" ujar Wendy, lagi gedik bunyinya.
Sehun mengukir senyuman sinis.
"Okay baby, you tunggu jam 7 nanti ya? I akan datang jemput you!" balas Sehun.
Wendy menjerit keriangan dihujung talian.

Panggilan dimatikan.
Sehun menghela nafasnya kasar.

❤️❤️❤️❤️continued❤️❤️❤️❤️

YOU'RE BELONG TO ME  (REMAKE/RE EDIT) Where stories live. Discover now