13

47 2 0
                                    

Zizi melepaskan keluhan kasar.
"Tapi kenapa dia buat begitu? Apa tujuan dia?" Zizi menyoal.
"Sebenarnya, masa wajah kamu terpampang di akhbar sebelum masa pertunangan tu, dia dah jatuh hati terhadap kamu. Tapi bila dia dapat tahu yang kamu dengan Luhan akan bertunang, dia jadi marah. Dari situ dia telah merancang untuk merosakkan segalanya, termasuklah kemalangan yang menimpa Luhan ge tempohari. Semua itu rancangan dialah." ujar Sehun.
"Tak sangka! Siapa Janice tu?" ujar Zizi.
"Bekas teman wanita Luhan. Mereka sudah lama bercinta, hampir empat tahun. Namun Janice curang dibelakangnya menyebabkan Luhan memutuskan hubungan mereka. Janice tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka telah putus hubungan, lalu meminta bantuan Kris untuk melaksanakan rancangan jahat mereka. Sebab Janice ingin kembali pada Luhan ge namun ditolak mentah-mentah oleh mama dan baba. Mereka dah tahu sikap sebenar Janice yang playgirl itu!" jawab Sehun.
Zizi menghela nafas.
"Sekarang ini saya penghalang bagi mereka. Tapi mereka sangka saya takut, sebenarnya mereka silap!" ujarnya lagi.

Sehun menarik lengan Zizi, lalu merangkul tubuhnya.
"Apapun yang terjadi, saya sentiasa lindungi awak. Saya tak nak apa yang berlaku pada Luhan ge berulang lagi. Mama dan baba sudah tahu akan perkara ini namun mereka meminta untuk merahsiakannya terlebih dahulu." ujarnya.
Dahi Zizi diciumnya.
"Wo ai ni baby Zi...you are belong to me now!" Sehun berbisik.
"Wo ye ai ni Sehun-ah..." Zizi membalas.
Sehun tersenyum, mencium dahi Zizi dengan perasaan sayang.
"I will be protect you....forever!" bisiknya halus.

Huang Family Mansion....

Zizi bersama Sehun sedang berbual dengan keluarga Zizi.
Jessica dan Zhoumi turut sama.
Sehun menceritakan segalanya.
"Kalau begitu kita kena hati-hati. Hun-ah, baba mahu Hun jagalah Zizi sebaiknya. Kalau boleh janganlah peristiwa yang menimpa Luhan dahulu berulang kembali. Zizi adalah permata yang berharga bagi keluarga kami. Hanya kamu saja yang boleh jaga dia sebaiknya." ujar Tuan Huang, seraya menggenggam jemari Sehun.
"I promise baba...lagipun saya sangat sayangkan Zizi. Kalau boleh saya hendak jadikan dia teman hidup saya sepanjang hayat!" ujar Sehun, seraya memeluk tubuh Zizi.
Wajah Zizi bersemu merah, mendengar ayat dari Sehun.
Perlakuan Sehun membuatkan keluarga Zizi mengukir senyuman bahagia.

❤️❤️❤️❤️continued ❤️❤️❤️❤️❤️

YOU'RE BELONG TO ME  (REMAKE/RE EDIT) Where stories live. Discover now