14

42 3 0
                                    

PEJABAT HUANG CORP....

Sehun bersama setiausahanya, Ashley datang menemui Zizi.
Ini kerana Sehun berniat ingin melamar Zizi, dan disaksikan oleh para pekerja di situ.

Kebetulan Zizi baru keluar dari lif pejabat.
Keningnya terangkat bila melihat Sehun bersama setiausahanya Ashley di sana, menunggu di lobi.
"Anneyong...." sapa Sehun, diiringi senyuman.
Zizi setengah berlari menghampiri Sehun, seraya memeluknya.
"Nice....pandai tuan pilih pasangan, memang tak salah lagi." puji Ashley, mengangkat ibu jarinya 👍🏻.
Terselit sedikit rasa bangga dalam hati Sehun, bila Zizi dipuji sebegitu.
"Kalau cik Wendy tu, alamat bala menanti. Orang macam tu bukan boleh percaya sangat, maklumlah materialistik!" ujar Sehun.
Ashley cuma angguk.
Sebenarnya Ashley memang mengenali Wendy, namun tidak berkenan akan sikap Wendy yang hanya ingin mengejar kebendaan.
Ashley juga sudah beberapa kali terserempak Wendy bersama lelaki lain, ketika masih bergelar kekasih kepada Sehun.
Sempat lagi Ashley curi-curi menggambar kemesraan Wendy bersama lelaki-lelaki tersebut, untuk dijadikan bukti.

"Attention please!" Sehun berseru, mengejutkan para pekerja yang sedang sibuk.
Zizi menahan gelak, bila melihat telatah Sehun yang agak mencuit hatinya.
Yoona berdiri di sebelah Ashley, mengukir senyuman.

Para pekerja syarikat Zizi tertanya-tanya, kehairanan.
Semuanya berkumpul, menghampiri mereka berempat.

Sehun merangkul pinggang Zizi, seraya berbisik sesuatu.
"Ada apa tuan nak beritahu kami?" salah seorang pekerja syarikat Zizi menyoal.
"Untuk pengetahuan semua, tidak lama lagi saya akan menyunting cik Huang menjadi pasangan hidup. Ini keputusan selepas kami berbincang antara keluarga tempoh hari. Dan mereka mahu kami berjodoh secepatnya!" ujar Sehun, diiringi senyuman.
Para pekerja di situ seolah tidak percaya, namun sudah ada yang menunjukkan reaksi teruja.
"Wah....tahniah cik Huang!" masing-masing bersalam dan berpelukan dengan Zizi.

Sehun mengeluarkan sesuatu dari poket blazernya, sebuah kotak kecil berwarna merah berbentuk hati.
Kotak itu dibuka, seraya berlutut  dihadapan Zizi sambil meraih jemarinya.
"My dear, will you be my partner forever?" ujar Sehun, agak romantik bunyinya.
Zizi menutup mulutnya dengan kedua tangannya.
Matanya terasa panas, air matanya bergenang.
"I will baby!" balas Zizi, terharu.
Sehun menyarungkan cincin platinum bertatah berlian ke jari manis Zizi, seraya memeluknya.
Semua pekerja yang ada di situ bertepuk tangan, bersorak riang.
Mereka bersalaman dengan Sehun sambil mengucapkan tahniah.
"You're belong to me...forever!" Sehun berbisik di telinga Zizi, seraya mencium dahinya.
Membuatkan wajah Zizi bersemu merah.

❤️❤️❤️❤️continued❤️❤️❤️❤️❤️

YOU'RE BELONG TO ME  (REMAKE/RE EDIT) Where stories live. Discover now