16

34 3 0
                                    

Seminggu selepas itu, Wendy langsung tidak keluar dari apartmennya.
Dia sudah nekad, untuk mengakhiri hidupnya kerana merasakan hidupnya sudah tidak berguna lagi.
Wangnya habis, maruahnya tergadai begitu sahaja.
Jalan yang paling singkat baginya adalah menamatkan sahaja riwayat hidupnya tanpa berfikir panjang.

  Wendy melangkah masuk kebilik mandi.
Di tangannya ada sebilah cutter.
Wendy sudah berniat ingin mengakhiri hidupnya.
Cutter itu diangkatnya, lalu mengelar pergelangan tangannya sendiri sehingga putus urat.
Darah berceceran dalam bilik mandi tersebut.
Pandangannya menjadi gelap, dia menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan yang amat menyedihkan.

  
3 hari kemudian....

Mayat Wendy ditemui oleh pekerja penyelenggaraan apartmen tempatnya tinggal.
Ini kerana jiran-jiran mengadu terhidu bau busuk dari dalam apartmen Wendy.
Apabila dibuka, mereka menemui mayatnya tergelimpang dalam bilik mandi.
Keadaannya yang mula membengkak itulah menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

  Berita kematian Wendy sampai ke pengetahuan Sehun.
Itupun setelah Chanyeol menyuruh orang bawahannya untuk menyiasat.
Sehun menerima berita tersebut dengan berlapang dada, kerana dia tidak perlu lagi berjumpa dengan perempuan materialistik tersebut.

  Kris pula ketawa besar bila mendengar berita tersebut.
Dia hanya menganggap Wendy sebagai batu loncatan sahaja.
Lisa yang berada di dalam pelukannya dicium sayang.
'Puas hati aku! Betina bodoh tu akhirnya mampus juga!'  batinnya seraya menyeringai jahat.
"Chagi?"  ujar Lisa seraya merangkul leher Kris.
"Ne chagi...waeyo?"  soal Kris seraya merangkul pinggang Lisa.
Mereka berciuman seketika.
"Gege sayang Lis tak?" soal Lisa, agak manja bunyinya.
Kris mengukir senyuman.
"Seumur hidup gege inilah kali pertama gege benar-benar jatuh cinta, apatah lagi dengan orang secantik awak Lisa." ujar Kris, nampak yakin dengan ucapannya.
"Betul ke?" soal Lisa, seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
Kris angguk.
"Gege serius baby."  ujarnya.

  Tengah malamnya, selepas Kris tertidur Lisa perlahan turun dari katilnya.
Smartphone miliknya yang terletak di meja solek itu dicapainya, lalu menghubungi seseorang.
"Anneyong oppa, Lis dah dapat maklumat yang oppa minta tu!"
"Bagus Lisa, kamu memang boleh diharapkan. Teruskan lakonan kamu tu. Oppa harap rancangan kita berhasil untuk menjebaknya." kedengaran suara seseorang di hujung talian.
"Baiklah oppa, sampaikan salam Lis pada Zizi unnie. Lis teringin sangat nak jumpa dia. Apa pun oppa, hati-hati. Jangan sampai rancangan kita bocor."  ujar Lisa memberi peringatan.
"Baiklah, Lisa pun jaga diri...jangan sampai jadi mangsa dia pulak! Ingat, Lisa tu dah bertunang, kena jaga hati dia jugak!"  suara itu berkata lagi.
"As you wish oppa!"  ujar Lisa lalu mematikan panggilan sepihak.

  Dengan cepat Lisa menghapus daftar panggilan tersebut.
Ketika itu Kris turun ke dapur untuk minum.
Lisa berjingkit perlahan keluar dari bilik.

"Gege!"  ujar Lisa seraya merangkul tubuh Kris.
"Mian ge...tadi daddy Lisa telefon. Ada hal mustahak." ujar Lisa, berbohong agar Kris tidak banyak bertanya.
"Tak apa ge faham." ujar Kris perlahan.
Dahi Lisa diciumnya.
Lisa mengukir senyuman sinis.
'Welcome to my trap sweetheart!'  batinnya tajam.

❤️❤️❤️❤️continued ❤️❤️❤️❤️❤️

YOU'RE BELONG TO ME  (REMAKE/RE EDIT) Where stories live. Discover now