6

45 3 0
                                    

OH TRADING...

Berita bahawa Zizi akan bertunang menyebar dengan cepat di seluruh tempat tersebut.
Sehun yang ketika itu sedang melayari smartphone miliknya menghela nafas.
Dalam dadanya bersarang seribu macam perasaan.
Berita Zizi akan mengikat tali pertunangan itu ibarat menghentam kepalanya.
Matanya terasa panas, dia berdiri lalu menghampiri tingkap kaca besar di ruangan pejabatnya.
'Silapku kerana aku lambat meluahkan perasaanku!' batinnya seraya meraup wajahnya.
Sehun menghela nafas berat.

2 bulan kemudian, Huang Family Mansion...

Suasana ramai menghiasi mansion tersebut, kerana pesta pertunangan Zizi dengan Luhan sedang berlangsung.
Zizi diapit oleh Yoona dan kakak sepupunya Jessica, mengukir senyuman ketika Luhan menyarungkan cincin dijari manisnya.
Luhan mencium bibir Zizi, membuatkan Zizi merona.
Keluarga Zizi dan Luhan mengukir senyuman, seraya berpelukan gembira sesama mereka.

Suatu hari...

Sehun bersama Wendy sedang sibuk membeli-belah.
Wendy ralit mengganding tangan Sehun, sambil membuat aksi gediknya.
Meminta dibelikan itu dan ini, membuatkan Sehun mulai rimas.

"Chagi....i nak yang tu, boleh tak? Bolehlah, bolehlah..." ujar Wendy, menggoyangkan lengan Sehun.
Sehun menggeleng, bila melihat kedua belah tangan Wendy yang penuh dengan beg-beg kertas pelbagai jenama terkenal.
"Chagi...i dah letihlah...boleh tolong tak jangan macam-macam lagi? Tengok tangan you dah penuh dengan macam-macam barang! Takkan you tak puas-puas lagi?" ujar Sehun, kedengarannya agak berang.
Wendy memanyunkan bibirnya, seolah hendak merajuk.
'Sikit-sikit nak merajuk, dasar materialistik!' batin Sehun, marah.
"Dahlah, jom balik!" kata Sehun, seraya menarik lengan Wendy untuk keluar dari pusat membeli-belah tersebut.

Sehun menghantar Wendy balik ke apartmennya.
Wendy yang sejak tadi memasang muka masam, enggan melayan Sehun.
Pintu kereta Audi hitam milik Sehun dihempasnya kuat, membuatkan Sehun mengangkat keningnya tajam.
"Kalau macam ni sikap awak, kita putus! Saya dah cukup sabar dengan sikap awak! Semakin lama semakin melampau! Mulai hari ini, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi!" Sehun memberi amaran.
"Okey, fine! Saya pun dah bosan dengan awak! Eloklah kita putus! Jangan menyesal kalau saya jumpa lelaki yang lebih kaya daripada awak!" Wendy membalas, tidak kurang sengitnya.
Dahi Sehun berkerut bila mendengar ayat Wendy.
"Dasar materialistik! Awak memang tak layak pun nak jadi isteri saya! Cermin diri awak tu dulu! Awak sama dengan bekas-bekas kekasih saya sebelum ini! Selamat tinggal!" ujar Sehun, suaranya agak tinggi.
Lalu memandu meninggalkan Wendy yang masih terpacak di situ.
Wendy memberengut marah.
"DASAR LELAKI GILA!!" Wendy menjerit, tidak terima.

😍😍😍😍continued😍😍😍😍😍

YOU'RE BELONG TO ME  (REMAKE/RE EDIT) Where stories live. Discover now