10

43 2 0
                                    

Semasa mesyuarat sedang berlangsung, ada sepasang mata sedang ralit memerhati Zizi yang duduk di sebelah Sehun.
Matanya setajam helang, membuatkan Zizi berasa kurang selesa.
Itulah Kris, salah seorang rakan kongsi Sehun dalam syarikat Oh Trading.
Sifatnya yang playboy itu membuatkan ramai wanita yang telah menjadi mangsanya.

'She's so pretty...aku dah jatuh cinta dengannya! Dia mesti jadi milik mutlakku tak kira apa yang berlaku!' Kris membatin, agak antusias.
Sehun terperasan Kris ralit memerhatikan Zizi menjeling tajam ke arahnya.
"Waeyo?" soal Zizi.
"Nde..." jawab Sehun ringkas.

Keluar dari bilik mesyuarat, Zizi bersama Yoona berada dalam ruangan kerja milik Sehun.
"Siapa tadi tu?" Zizi menyoal.
"Yang ralit tengok awak tadi tu Kris. Dia tu rakan kongsi saya. Cuma saya minta awak hati-hati dengan dia, dia tu playboy. Dah ramai perempuan jadi mangsa dia." jawab Sehun.
Yoona menggedikkan bahu, terasa bulu tengkuknya merinding bila mendengar jawapan Sehun.
Zizi terkekeh melihat gelagat setiausahanya.
"Mujurlah saya dah bertunang dengan JongDae." ujar Yoona.
"Ye ke? Patutlah senyap sahaja...dalam diam..." usik Zizi.
Merona wajah Yoona, bila diusik sebegitu.
Sehun tergelak kecil.

HUANG MANOR, WAKTU MALAM...

Selepas makan malam, Zizi melangkah naik ke biliknya.
Menyambung tugasan yang tertangguh di pejabat petang tadi.

Ralit ia memeriksa fail-fail dan dokumen, smartphone miliknya berbunyi, menandakan mesej masuk.

*+680XXXXXXX*

Itulah yang tertera di skrin smartphonenya.
'Siapa ni?' batinnya.
Zizi membuka mesej tersebut.
'Anneyong....selamat malam Zizi, maaf ganggu...saya ni Sehun. Saya dapat nombor awak dari Yoona tadi.' begitulah mesej tersebut, yang tertera di skrinnya.
Zizi mengukir senyuman, lalu membalas mesej tersebut.
'Oh...tak mengapa, awak tak sibuk ke?'
'Taklah...cuma saya bosan sekarang ni. Sebab tu lah saya mesej awak.' - Sehun
'Dah makan ke?' - Zizi
'Dah...tadi lagi, sedang menonton televisyen sekarang ni, tapi takde rancangan menarik.' - Sehun
'I see...apa kata hujung minggu ni kita keluar. Saya nak ajak awak jalan-jalan, bosanlah asyik berkurung saja di rumah.' - Zizi
'As you wish, lagipun saya tak ada nak buat di rumah.' - Sehun
'Okey, kita jumpa nanti...' - Zizi

Smartphonenya diletakkan atas meja soleknya.
Bibirnya mengukir senyuman.
Terasa wajahnya hangat.

❤️❤️❤️❤️continued ❤️❤️❤️❤️

YOU'RE BELONG TO ME  (REMAKE/RE EDIT) Where stories live. Discover now