11

42 3 0
                                    

Hujung minggu....

Zizi mengajak Sehun berjalan bersama di mall.
Sesekali mata Sehun ralit meraut wajah Zizi, yang ketika itu berkutat dengan smartphonenya.
"Jom kita singgah minum dulu." ajak Sehun.
"Okay..." balas Zizi.

Mereka singgah di bubble tea cafe, sambil menghilangkan dahaga.
Mereka berborak, sesekali saling mengusik.
Kebetulan Kris menghampiri mereka, bersamanya ialah Wendy, bekas kekasih Sehun dahulu.
"Yo bro!" ujar Kris sebaik sahaja melihat Sehun bersama Zizi duduk di situ.
Sehun menoleh, bibirnya mengukir senyuman sinis melihat bekas kekasihnya bersama dengan rakan baiknya.
"Wow....impressive! Tak sangka ya, cepat betul dapat pengganti. Dan orang tu adalah rakan saya sendiri!" ayat pedas itu Sehun tujukan untuk Wendy.
Wendy yang pada mulanya berniat untuk beraksi gedik terdiam seketika bila mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Sehun.
Gelaran wanita materialistik memang kena dengan dirinya.
Kerana suka memburu lelaki kaya semata-mata disebabkan duit.
Zizi mengernyit hairan, melihat situasi panas itu di hadapan matanya.
Sehun bangun dari duduknya, seraya menarik lengan Zizi untuk beredar.
"Mari pergi dari sini sayang! Rimas!" ujarnya ketus.
Namun sempat lagi Sehun menjeling, seraya menyindir mereka berdua.
"Eloklah, seorang materialistik sorang lagi playboy! Memang sepadan sangat!"
Lengannya merangkul pinggang Zizi, lalu mencium dahinya.
Zizi terkejut dengan perlakuan Sehun namun akhirnya mengukir senyuman sinis.
Lalu mereka beredar dari situ.

Dalam kedai yang menjual pelbagai barangan berjenama, Sehun bersama Zizi duduk di suatu sudut.
"Hun-ah, waeyo?" Zizi bertanya.
Sehun menghela nafas.
"Sebenarnya perempuan yang bersama Kris tadi adalah bekas teman wanita saya dahulu. Wendy nama dia, tak sangka cepat betul dia dapat pengganti. Dan kekasih barunya itu seorang playboy. Dia belum kenal lagi siapa Kris!" ujar Sehun, bunyinya agak sinis.
Zizi memegang bahunya.
Senyuman kecil terbit dari bibirnya.
"Tak payah lagi fikir pasal dia tu, yang penting awak kena move on dari dia. Awak dah nampak sendiri kan sifatnya macam mana. Orang macam tu nak buat pasangan hidup? Bagi saya buang masa sahaja perempuan macam tu, tak ada arah tujuan hidup kalau sekadar hanya untuk bersenang lenang sahaja." ujar Zizi, seakan memberi nasihat kepada Sehun.
Sehun meraup wajahnya.
"Betul cakap awak!" ujarnya, sambil mengukir senyuman.
"Mari kita pergi!" ujar Zizi.

❤️❤️❤️❤️continued ❤️❤️❤️❤️

YOU'RE BELONG TO ME  (REMAKE/RE EDIT) Where stories live. Discover now