Suasana yang sungguh sibuk di bandar maju Cybersonic. Kemajuan teknologinya tidak mampu ditandingi. Ramai juga manusia yang lahir dibandar Cybersonic yang menjadi pakar sains dan juga pakar teknologi supaya dapat menyumbang kepada kemajuan bandar itu.
Dalam kepesatan teknologi ini,kepesatan manusia juga semakin meningkat sehingga menyebabkan populasi manusia melebihi had sehingga bejalan makanan untuk menjana kehidupan seharian semakin berkurang.
Untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan mengehadkan bahawa dalam sebuah keluar hanya mampu memiliki seorang anak sahaja. Jika didapati sesebuah keluarga memiliki lebih daripada seorang anak,maka anak tambahan itu akan dibawa oleh pihak kerajaan untuk disita.
Anak yang disita oleh kerajaan itu akan dimasukkan kedalam sebuah tabung yang dipanggil cyrosleep dan akan ditidurkan untuk tempoh yang lama sehinggalah masalah populasi ini dapat diatasi dengan baik.
Aku berjalan keluar dari pusat membeli belah yang begitu sesak dengan manusia. Ah! Adakalanya situasi ini begitu merimaskan aku dan mengapa aku yang sentiasa menjadi mangsa bersesak di pasaraya semata mata mahu membeli keperluan untuk meneruskan kehidupan selama sebulan.
Aku memerhati senarai barang keperluan yang ada disebalik jam tangan yang ada di tangan kananku. Aku masih berkira kira sekiranya masihkah ada barang yang masih tidak cukup. Setelah segala keperluan sudah aku pastikan cukup,aku mula melangkah pulang kerumah.
"Alicia!" Aku menoleh ketika aku mendengar suara panggilan itu datangnya dari arah belakang. Aku melihat seorang gadis sedang berlari mendapatkan aku bersama dua beg plastik putih di kedua tangannya.
"Wah,banyaknya beli barang!" Tegur gadis itu kepada aku. Aku meneguk liur. Apalah yang ingin aku katakan kepada gadis ini. Aku diam beberapa detik.
"Hahah! Sengaja beli banyak. Sebab terpaksa save buject sampai hujung bulan." Aku menjawab. Mujurlah aku ingat akan ajaran yang sudah aku diajar selama ini. Aku tidak lupa memberikan alasan seperti itu.
"Okey,kalau macam tu,jumpa kau esok dekat pejabat." Gadis itu berjalan pergi meninggalkan aku yang sedang berjalan menuju ke arah basikal aku. Aku memasukkan semua barang yang aku beli tadi kedalam bakul basikal lalu mengayuh pulang kerumah.
Masuk sahaja dihadapan pintu gerbang utama kediaman rumah kami,aku dikejutkan dengan pengawal yang sentiasa menjaga puntu gerbang itu agar sentiasa berada dalam keadaan selamat.
Aku menunjukkan jam tangan yang ada pada tangan kananku lalu salah seorang pengawal itu mula membuat imbasan. Hasil daripada imbasan itu telah menunjukkan identiti aku di dalam skrin.
Alicia Kheng.
21 tahun.Kedua pengawal itu hanya mengangguk lalu mereka membenarkan aku memasuki pintu gerbang itu. Kayuhan pada basikal dilajukan setelah aku hampir tiba di flat yang menjadi kediaman aku selama 21 tahun ini.
"Angin basah bertiupan, namun ianya tidak pernah hilang ketika kau ada." Aku hanya menggeleng kepala kepada pengawal yang menjaga flat ini.
"Kata kata yang bagus,Eddie." Tegur aku. Eddie yang sedang sibuk dengan kata kata puisinya itu terus memandang ke arah aku lalu dia tersenyum nakal.
"Banyak barang. Cik Alicia nak saya bantu bawa sehingga ke rumah?" Dia menawarkan bantuan. Sekali lagi aku meneguk liur. Aku hanya tersengih lalu pantas menggeleng.
"Tak mengapalah,Eddie. Saya masih mampu untuk angkatnya sendiri." Aku berusaha menolak. Namun Eddie berjalan menghampiriku lalu dia mengambil satu beg plastik yang dipegang oleh aku.
"Biarlah saya bantu,Cik Alicia. Cik tu perempuan,tidak elok jika angkat barang banyak banyak macam ni." Dia berusaha memujuk aku. Aku menghela nafas. Terpaksalah aku mengalah. Aku membenarkan dia membantu aku mengangkat barang barang ini.
YOU ARE READING
2 IN 1
Science FictionDitakdirkan menjadi kembar dalam keadaan populasi penduduk semakin berleluasa memang satu cabaran besar bagi Ali dan Alicia. Salah seorang daripada mereka berdua perlu berkorban bagi meneruskan hidup. Hanya satu identiti dalam dua orang. Ali juga...