10

292 20 0
                                    

Alicia merenung lama wajah Ali yang sedang lena tidur sambil berbantalkan pehanya. Langit hiram gelap yang disinari dengan cahaya rembulan itu membuatkan langit malam itu kelihatan indah. Sesekali rambut lembut Ali dibelainya.

Dia bertuah kerana luka tembakan itu sembuh kerana daun herba yang terdapat di dalam hutan ini. Dia rasa bertuah kerana dia masih hidup dan masih mampu menjaga adik kembarnya ini.

"Ermm...," rengek Ali sambil membetulkan kedudukan baringannya. Kepalanya masih setia berbantalkan peha Alicia. Alicia hanya tertawa kecil dengan tingkah Ali. Baginya dia lihat Ali seperti seorang kanak kanak lelaki yang baru saja berusia tiga tahun walaupun hakikatnya usia mereka sudah 21 tahun.

"Comelnyalah budak ni." Bicara Alicia sendiri. Entah kenapa matanya masih enggan mahu lelap walaupun malam sudah kelihatan sangat lewat. Dia menghampiri wajah Ali lalu dahi itu dikucup lama. Bibirnya masih mengukir senyuman manis.

"Good night,my twin. Kau jangan risau lagi ya. Kita akan tetap jadi 2 dalam 1. Buat selamanya." Bicara Alicia sendiri. Itulah seperti apa yang dia harapkan. Dia mahu Ali menjadi sebahagian daripada hidupnya selagi hayatnya.

Tamat..

2 IN 1Where stories live. Discover now