5

130 11 0
                                    

Alicia POV

Aku bersiap siap untuk ke pejabat. Sesekali mataku memandang ke arah Ali yang masih lena di katilnya dari dalam cermin. Aku menghela nafas kesal. Wajah sendiri aku lihat dalam cermin.

Apa yang perlu aku buat? Tanyaku oada diri sendiri.

Tanpa membuang masa,aku terus sahaja meninggalkan rumah tanpa meninggalkan pesan buat Ali. Aku terus berjalan ke pintu gerbang flat tempat aku tinggal. Pemeriksaan identiti dilakukan seperti biasa. Namun kali ini aku lihat wajah pengawal pengawal itu sedikit pelik.

Wajah mereka tidak seperti biasa. Jantung aku semakin berdebar kencang. Namun aku berusaha untuk kekal tenang. Aku terus berjalan menuju ke pejabat.

Di sepanjang perjalanan aku ke pejabat,aku lihat manusia manusia di sini sedang memerhati tajam ke arah aku. Namun aku hanya beriak biasa dan teruskan berjalan.

Langkahku terhenti ketika ada sekumpulan polis kerajaan sedang mengepung aku sambil mengacukan senapang tepat ke arah ku. Aku menyerah. Kedua tangan diangkat ke atas.

Ruang diantara mereka dibuka lalu aku lihat kelibat seorang lelaki dan seorang perempuan sedang berjalan dihadapan aku. Tangan yang diangkat,aku kembali turunkan.

"Awak tahu apa tujuan aku di sini,Alicia." Kata lelaki itu. Dia ialah Doktor Wyan. Dia juga merupana salah seorang ahli politik yang menguatkuasakan undang undang hanya seorang anak dalam sebuah keluarga.

"Serahkan dia atau awak kehilangan segalanya." Kata Dr.Hani pula.

Kenyataan itu yang membuatkan aku hilang kata kata. Aku sayangkan Ali. Dia adalah harta yang paling berharga yang pernah aku miliki. Mana mungkin aku akan serahkan kepada mereka sesuka hati.

"Baiklah,kita buat satu perjanjian. Saya akan serah diri saya sebagai ganti." Kata aku.

Dua orang manusia dihadapan aku ini kelihatan teruja dengan tawaran yang aku berikan.

"Tapi awak semua tak boleh ganggu adik saya." Sambung aku lagi. Aku memandang mereka serius.

Kedua mereka saling berpandangan lalu mereka mengangguk setuju. Aku kini dibawa mereka menuju ke makmal dengan menggunakan van khas mereka.

Ketika itu,aku sempat menoleh ke belakang seolah Ali ada di situ.

Maafkan aku,Ali. Aku terpaksa lakukan kerana aku sayang kau. Bisik hatiku sendiri.

End pov

Ali membuka matanya di kala matanya terasa pedih saat pancaran matahari sudah meninggi. Dia terus berjalan ke bilik air untuk mandi dan bersiap.

Seperti biasa,Ali hanya mengenakan kemeja T tanpa kolar dengan seluar track bottom serta sweater berhud. Dia berjalan menuju ke dapur  dan membuka tudung saji kecil.

Ali melihat terdapat sepotong sandwich berbentuk segi tiga di atas pinggan. Satu bahagian lagi sudah pun dimakan.

Ini sarapan kau. Nanti bila kau dah bangun kau makanlah ya. Aku pergi kerja dulu. Jaga diri kau baik baik.

Alicia.

Ali pantas mengambil sandwich itu dan terus dimasukkan kedalam mulut sambil berjalan menuju keruang tamu. Dia duduk di atas sofa sambil mencapai sebuah buku serta sebatang pensil.

Helaian putih pada buku itu dicari lalu dia mula menconteng halaman itu membuang masa sementara menunggu si kembar pulang petang nanti.

2 IN 1Where stories live. Discover now