Awal pagi lagi,aku sudah lihat Alicia sudah bersiap siap untuk pergi bekerja. Alicia bekerja sebagai seorang pegawai disyarikat paling maju di Cybersonic. Aku berjalan menghampirinya yang masih duduk di meja solek itu. Berusaha memastikan yang tiada yang cacat dalam wajahnya.
"Aku pergi dulu. Ingat,jangan keluar. Tunggu sampai aku balik." Pesannya sambil dia mencapai tas tangannya. Aku hanya mengangguk tanya mengiyakan pesanan itu. Dia memegang lembut pipiku. Sempat aku perhatikan ke arah jari telunjuk tangan kirinya. Satu senggat jari tiada. Ianya berpunca daripada aku.
"Aku pergi dulu." Katanya lalu dia keluar daripada rumah. Aku hanya memandang sepi ke arah daun pintu yang kini telah tertutup rapat. Aku memandang pula ke arah tangan kiriku. Satu senggat juga turut hilang pada jari telunjuk tangan itu. Sehingga menyebabkan Alicia terpaksa menanggung perkara yang sama seperti aku.
Flashback
"Alicia! Kamu kena cepat. Kalau tak nanti kamu akan lambat untuk kuiz matematik tu." Suara teriakan pakcik menghentikan Alicia yang sedang bermain dengan aku. Aku dan Alicia saling berpandangan.
"Sorry,tapi aku kena pergi." Ujarnya lalu mula berdiri. Aku segera memaut tangannya menghalang dia daripada pergi.
"Aku nak ikut." Rayu aku. Alicia menghela nafasnya dia menggeleng kepalanya. Tanda aku tidak dibenarkan keluar jika dia keluar. Perlahan lahan Alicia melepaskan tangan aku lalu mula bersiap untuk keluar dari rumah.
Aku merengus kasar. Tubuhku dipeluk. Aku sudah berusia 9 tahun tapi aku masih tak boleh keluar dari rumah sesuka hati seperti kanak kanak lain sesuka hati.
Aku memandang tepat ke arah tingkap rumah. Muncul satu idea terlintas di benak fikiran. Segera aku mencapai skeatboard aku lalu keluar rumah melalui tingkap.
🍬🍬🍬
Alicia PoV
Aku terkejut ketika pak cik menampar permukaan meja. Aku juga tahu pak cik sebenarnya bukan marah. Dia amat risaukan Ali. Tapi aku rasa situasi sekarang sangat bahaya. Menyusahkan betullah dia ni.
"Mana Ali ni,Alicia?" Ujar pak cik. Jelas sekali dia amat risaukan keadaan Ali di luar sana.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi pintu diketuk membuatkan aku dan pak cik memandang ke arah pintu kayu itu. Aku segera mengambil tempat seperti biasa. Manakala pak cik pula sudah mendapatkan senjata untuk segala kemungkinan yang terjadi.
Jantung aku berdegup kencang. Ali atau aku? Di antara kami berdua pasti salah seorang akan tertangkap atau dibunuh. Atau...kedua duanya sekali. Jantung yang berdegup semakin laju itu membuatkan aku tidak keruan. Namun aku berusaha untuk bertenang.
Pak cik perlahan lahan menghampiri pintu dan membukanya. Terlihat Ali dimuka pintu bersama muka polosnya. Aku dan pak cik menghela nafas lega. Tanda banyak soal,pak cik segera menarik tangan Ali membawanya masuk ke dalam rumah.
Setelah pak cik menutup pintu dan menguncinya,dia merenung Ali. Bukan renungan penuh kemarahan,tapi renungan penih kesyukuran keranaAli masih selamat dan tidak tertangkap.
"Kenapa Ali keluar? Kalau Ali tertangkap macam mana? Susah pak cik dan juga Alicia nanti." Tegur pak cik.
Ali memandang pak cik dengan wajah polosnya.
"Ali cuma nak main skeatboard. Tapi Ali cuma dapat main seminggu sekali je." Ujar Ali sedih. Aku mengheka nafas malas. Ali ni macam macam lah. Aku bangun dari dudukku dan berjalan menghampirinya.
"Apa masalah kau ni? Kau suka menyusahkan orang lain! Kau tahu tak risiko kalau kau tertangkap! Aku sekali mungkin akan tertangkap! Cubalah fikir!!" Aku menunjal kepala Ali melepaskan geram. Kalau pak cik tak nak marahkan pak cik,biar aku saja yang marah dia.
Pak cik menghalang aku daripada terus memukul Ali. Dia memegang tangan kiri Ali yang berbalut. Pak cik membuka balutan itu. Aku terpana! Begitu juga dengan pak cik. Satu senggat pada jari telunjuknya sudah tiada.
"Ali..." kata pak cik.
Pak cik membersihkan kesan darah yang ada pada tangan kiri Ali. Setelah dibalut,Ali masih memandang ke arah pak cik. Pak cik hanya mengukir senyuman sambil memegang pipinya.
"Kenapa kamu buat semua ni?"
"Ali cuma nak jadi diri sendiri. Ali dah tak nak menyamar jadi Alicia."
"...."
"Apa guna Ali dilahirkan kalau Ali hidup macam ni?"
"Ali cukup!!!"
Pak cik terpana memandang ke arah aku. Aku memegang kolar baju Ali. Mengelegak darah aku dengan budak cacat ni.
"Kau ni dungu,kan? Kalau kau ditangkap,kau akan masuk dalam cyrosleep tu dan tak akan jumpa dengan aku lagi. Kau nak ke?" Duga aku memarahi Ali.
Pak cik menghela nafas kesal. Dia berusaha menghentikan aku agar aku tidak menyerang Ali dengan lebih teruk lagi. Pak cik menggeleng kepala kepada aku. Aku menghela nafas bosan.
"Tak mengapalah,Ali. Kamu boleh pergi."
Pak cik memandang aku penuh makna. Aku mula cuak. Aku faham pada makna pandangan aku itu. Aku berjalan menghampiri pak cik.
"Pak cik pernah pesan dulu. Setiap apa yang kamu lakukan, akan merisikokan yang lain."
"Maaf,Alicia. Kamu juga perlu kena apa Ali kena."
Buntang biji mata aku setelah pak cik mengatakan begitu. Aku juga terpaksa memotong satu senggat jari aku hanya kerana penyamaran ini?
Aku terpaksa aku. Takut sebenarnya namun pak cik memujuk aku untuk menjadi berani. Aku perlu jadi contoh untuk Ali.
"Arghhhh!!!" Teriak aku ketika jari aku di potong oleh pak cik. Aku rasa macam nak tercabut nyawa saat ini.
End flashback
YOU ARE READING
2 IN 1
Science FictionDitakdirkan menjadi kembar dalam keadaan populasi penduduk semakin berleluasa memang satu cabaran besar bagi Ali dan Alicia. Salah seorang daripada mereka berdua perlu berkorban bagi meneruskan hidup. Hanya satu identiti dalam dua orang. Ali juga...