Rizwan terpana dengan situasi yang berlaku dihadapan matanya kini. Pasangan kembar itu jatuh ke dalam laut. Dia mengepalkan tangannya sambil menahan geram.
Korang tak akan terlepas dengan mudah! Tunggulah nasib korang nanti!
Ali berenang sehingga tiba di persisiran pantai. Dia memerhati keadaan sekeliling. Mereka kini berada jauh dari bandar Cybersonic. Alicia yang masih tidak sedarkan diri itu dipandang lama.
"Alicia,bangunlah. Jangan tinggalkan Ali. Ali takut." Tubuh Alicia digoncangnya. Namun Alicia masih tidak memberikan sebarang reaksi kepada Ali. Semakin bergenang air mata Ali sehingga dia tidak menghiraukan dia berada dimana. Asalkan dia dapat menangis sepuasnya disitu.
"Ali..."
Tangisan Ali terhenti saat dia mendengar suara manusia memanggil. Terus dia menoleh ke arah punca suara. Terlihat Alicia yang sudah pucat mukanya berusaha tersenyum manis kepada Ali. Pipi Ali diusap sayang.
"Ali jangan sedih tau. Icha tak apa apa." Pujuk Alicia sambil tubuhnya cuba menahan sakit. Ali menahan tangan Alicia yang sedang mengusap pipinya. Air matanya laju mengalir dipipi.
"Icha,jangan tinggalkan Ali. Ali tak ada siapa siapa dekat dunia ni. Nanti siapa nak teman Ali. Icha jangan pergi." Tangis Ali semakin kedengaran. Alicia tersenyum dalam tawanya.
"Icha tak pergi. Icha selalu dalam hati Ali. Ingat tu." Alicia bersuara lagi. Kini dia rasa begitu lemah. Pipi Ali masih diusap sayang. Ali memegang kukuh tangan Alicia yang memegang pipinya bagai tidak mahu lepaskan. Seperti mana Alici yang tidak pernah lepaskan gengaman tangannya pada Ali ketika lelaki itu memerlukan.
"Bukankah Ali nak jadi diri sendiri? Ali boleh jadi diri sendiri lepas ni. Ali tak perlu lagi jadi diri Alicia. Ali akan bebas lepas ni." Alicia cuba memujuk Ali yang semakin kuat menangis.
"Buat apa Ali jadi diri sendiri tapi hidup sorang sorang? Apa yang budak cacat macam Ali ni mampu buat tanpa Alicia?" Terkedu seketika Alicia apabila mendengar kata kata Ali tadi. Otaknya ligat memikirkn alasan.
Bila difikirkan kembali,benar apa yang Ali katakan. Dia memang mengaku bahawa Ali adalah manusia istimewa. Kecacatan yang dimiliki Ali sangat istimewa tidak seperti orang lain. Nampak luaran normal tapi hakikatnya TIDAK! Ali tidak mampu menguruskan semuanya sendiri.
Tubuh Alicia diangkat olrh Ali lalu didukung dibelakang badannya. Ali berlari masuk kedalam hutan. Dia terus berlari mencari satu ikhtiar bagi menyelamatkan satu satunya manusia yang paling rapat dengannya kini.
Alicia benar benar terasa lemah. Namun dia berusaha untuk kekal kuat. Dia tidak mahu melihat Ali sedih. Dia berharap agar mereka akan berjumpa dengan takdir yang lebih indah daripada ini. Itu saja harapan Alicia sekarang.
"Kakak? Kakak okey dekat belakang tu?"
Lamunan Alicia mati saat mendengar suara itu. Dia tersenyum kecil. Oh,Ali! Ada saja caranya untuk membuatkan Alicia tersenyum.
"Kakak? Jawablah kalau kakak dengar adik cakap ni."
"Ya,adik. Kakak dengar."
Biar pun sedikit janggal dan kekok dengan gelaran yang digunakan,namun dia layankan saja. Semuanya dia buat demi Ali. Dan...pastinya Ali buat semua itu adalah demi Alicia. Dia mahu hidup bersama Alicia dan ingin Alicia terus disampingnya dan menemaninya yang tidak memiliki apa apa itu.
"Ali,bila kira nak berhenti ni? Aku dah penat tengok kau berjalan dari tadi. Sah lah kau terpaksa dukung aku." Bicara Alicia perlahan namun masih mampu didengari oleh Ali.
"Kau nak aku rehat dulu ke,Alicia?" Tanya Ali yang masih terus berjalan. Dia membetulkan dukungan Alicia padanya.
"Hmm," jawab Alicia ringkas. Ali akur. Dia mencari tempat yang sesuai untuk dia berhenti berehat bagi memuaskan hati Alicia.
Bersambung.....
Note..
Maaf kepada sesiapa yang tunggu sambungan daripada autor. Maaf sangat sangat. Hanya satu chap lagi sebelum berakhir 2 in 1.
Nak tanya pendapat korang,boleh?
Korang nak endingnya macam mana?
Korang nak Alicia mati atau sebaliknya?Tuliskan cadangan korang diruang komen😊
YOU ARE READING
2 IN 1
Science FictionDitakdirkan menjadi kembar dalam keadaan populasi penduduk semakin berleluasa memang satu cabaran besar bagi Ali dan Alicia. Salah seorang daripada mereka berdua perlu berkorban bagi meneruskan hidup. Hanya satu identiti dalam dua orang. Ali juga...