6

143 10 0
                                    

"Lepaskan akulah!"

Suaranya tidak dihiraukan oleh mereka. Keberadaan dia disitu ibarat halimunan sahaja. Namun dia masih tidak berputus asa. Dia terus membuat bunyi bising agar mendaoat perhatian.

"Lepaskan akulah tak guna!"

Salah seorang pengawal disitu mengheka nafas lalu dia masuk kedalam pagar besi itu. Dia berjalan menghampiri gadis yang sedang terikat kedua tangannya ke atas. Bibirnya dua luka kerana kesan tamparan dan pukulan.

"Lepaskan aku!"

Pang!!

Tamparan hinggap ke pipinya untuk kali keberapa dia sendiri tidak tahu. Giginya diketap kuat menaham marah. Pengawal itu masih memuluk gadis kecil yang ada dihadapannya ini.

"Apa yang kau nak buat dengan aku?"

Pengawal itu menghampiri mukanya ke arah muka Alicia. Dia tersenyum sinis.

"Kami tak nak buat apa apa dengan kau. Sebab kau terlalu berharga untuk kerajaan."

"Tapi adik kau ya."

Alicia terpana!

"Kau jangan apa apakan adik aku! Kau dah janji!" Marah Alicia.

Lelaki itu tertawa terbahak bahak. Seoalh oleh mengejek Alicia.

"Janji? Pernahkah kami tepati janji. Anak tambahan tu akan jadi sasaran kami." Katanya.

"Dan lepas tu baru kau boleh keluar dari sini." Katanya lagi lalu berjakan keluar dari pagar besi itu. Alicia meronta ronta. Tangannya yang diikat dengan rantai besi itu cuba untuk dilepaskan.

Ali yang masih menunggu kepulangan Alicia. Dia memerhati ke arah monetor rahsia rumahnya mana tahu Alicia dalam perjalanan pulang. Namun signal dari gelang tangannya hilang.

"Mana Alicia ni? Dia tak pernah lewat." Resah Ali. Dia terpandang ke arah sehelai kertas yang elok tertulis kemas diatas meja berhampirannya. Dia mengambil kertas itu lalu dibacanya.

Rupanya kertas itu adalah pesanan daripada Alicia. Tulisan tangannya begitu cantik dan kemas.

Kehadapan kembarku,Ali.

Aku tulis surat ni pada hari terakhir kita makam malam sama sama. Maafkan aku sebab aku terpaksa buat ni. Aku cuma tak nak kau terlibat dalam situasi yang rumit dan merbahaya ni.

Kalau kau jumpa surat ni,itu bermakna aku dah pergi ke makmal kerajaan untuk serah diri. Tapi aku tak nak kau rasa serba salah. Ini keinginan aku sendiri untuk untuk serah diri.

Aku dah fikir masak masak,Ali.

Aku tak nak kau risaukan aku. Aku buat ni demi kau. Aku tak nak hilang kau. Kau satu satunya harta yang paling berharga yang pernah aku miliki.

Walaupun kau kembar yang tak sempurna,tapi kau sempurnakan kehidupan aku. Aku seronok dan bersyukur kau ditakdirkan jadi kembar aku dan aku bersyukur kau lahir sebagai seorang yang aku perlu bertanggungjawab untuk dijaga.

Jangan sedih okey. Aku tak akan apa apa. Kau cuma jaga diri kau jangan sampai tertangkap dan terbunuh.

Aku janji dengan kau aku tak akan apa apa. Aku baik baik je dekat sini. Aku akan berusaha untuk keluar dan jumpa dengan kau.

Cuma..aku harap satu je dari kau. Tolong jaga diri kau jangan sampai pihak kerajaan jumpa kau. Tunggu aku Ali. Aku akan balik semula dengan selamat. Aku janji.

Kembarmu,
Alicia.

Ali memegang erat surat itu. Tanpa dia sedari air matanya menitis. Dalam keadaan dia sedang menangis itu,dia dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu yang kuat.

"Alamak!" Risau Ali saat dia melihat sekumpulan pihak polis kerajaan sedang berkumpulan betul betul dihadapan rumahnya.

"Tolong keluar segera sebelum kami tembak!"

Suara ugutan itu membuatkan Ali tidak keruan. Dia berlari menuju ke tempat persembunyian yang sudah dicipta khas untuknya.

Bunyi pintu direntap membuatkan jantungnya berdegup kencang. Dia memejam mata dan menahan nafasnya.

"Cari dia disetiap kawasan!"



2 IN 1Where stories live. Discover now