Ali enak menjamah makam malam yang dibeli oleh Alicia tadi. Alicia yang juga sedang makan itu hanya memerhati tingkah Ali sambil tersenyum.
Lama kelamaan senyumannya hilang apabila dia mengingati pertemuannya dengan seorang wanita sebelum dia pulang ke pejabat tadi.
Flashback
Alicia mengemas mejanya dan bersedia untuk pulang. Dia sudah berjanji dengan Ali untuk membelikan makan malam hari ini dan dia berjanji dia tidak akan pulang lewat.
Baru sahaja Alicia hendak membuka langkah untuk membuka pintu pejabatnya,dia terkejut dengan kehadiran seseorang.
Berkerut dahi Alicia ketika melihat wanita itu. Dia sepertinya tidak mengenali wanita itu.
"Boleh saya bercakap dengan cik Alicia secara bersendirian?" Minta wanita tersebut.
Alicia hanya mengangguk lalu kembali membuka pintu pejabatnya dan menjemput wanita itu untuk masuk kedalamnya.
Mereka sama sama duduk di atas sofa yang terdapat dalam pejabat tersebut. Suasana sunyi ketika ini sehingga membuatkan Alicia tidak senang duduk.
Sudah hampir sepuluh minit membisu,Alicia memberanikan diri untuk bersuara.
"Kalau tak ada apa apa untuk awak katakan pada saya,saya minta diri dulu. Saya nak pulang." Alicia bangkit dari duduknya dan berjalan menuju ke pintu keluar.
"Kenapa cepat sangat? Ada seseorang sedang menunggu dirumah ke?" Tanya wanita itu kedengaran sinis.
"Tak. Saya tinggal sendiri." Jawab Alicia tanpa memandang ke arah wanita itu.
Wanita itu tersenyum sinis.
"Benarkah? Habis siapa budak yang bernama Ali?"
Terkedu Alicia dibuatnya namun dia berusaha untuk bertenang.
"Dia bukan sesiapa. Dia hanya kawan." Jawab Alicia selamba.
Wanita itu bangkit dari duduknya lalu perlahan lahan berjalan menghampiri Alicia.
"Kawan? Jadi..kenapa hasil ujian DNA awak berdua positif?" Duga wanita itu lagi.
Alicia memandang ke arah wanita yang sedang tersenyum sinis kepadanya.
"Siapa awak ni?" Tanya Alicia.
"Doktor Hani Zakuan. Profesor di makmal ujian kanak kanak tambahan bandar Cybersonic." Katanya memperkenalkan diri.
Alicia sedikit terpana namun dia berusaha untuk bertenang. Dia hampir terlupa pada wanita ini.
"Tak perlu awak nak sembunyikan dia lagi,Alicia. Saya tak tahu apa motif Zain buat begini dan..." Hani memandang Alicia lama.
"...saya bangga dengan awak berdua kerana sudah bertahan sejauh ni. Saya kagum." Sambung Hani lagi.
Alicia masih diam membisu seakan tidak percaya.
"Awak hanya ada dua pilihan Alicia. Serahkan anak tambahan tu secara baik pada kami atau..." sambil memeluk tubuhnya,Hani memandang Alicia tajam.
"...awak akan kehilangan karier awak."
"Saya tak percayakan awak! Apa yang awak dah lakukan pada anak tambahan jika meraka dimasukkan kedalam cyrosleep! Awak menyeksa mereka. Dan saya tak akan benarkan awak buat begitu pada adik saya!" Tegas Alicia.
"Jadi..awak sanggup lepaskan kerjaya awak setelah sekian lama awak pertahankan?" Tanya Hani lagi.
Alicia mengetap giginya menahan geram.
"Kami janji kami tak akan apa apakan dia kalau awak serahkan dia pada kami dengan cara yang baik. Dan...kerjaya awak juga akan selamat." Kata Hani sebelum dia meninggalakan Alicia sendirian di pejabat itu.
"Icha! Icha tak nak ke tu? Kalau tak nak Ali nak habiskan."
Lamunan jauh Alicia terhenti ketika dia terdengar suara Ali memanggil namanya. Segera dia memandang ke arah Ali yang masih sedang makan dengan mulutnya yang comot.
"Aku tak ada selera nak makan." Ujar Alicia sambil dia menghulurkan pinggan makanannya kepada Ali.
Ali begitu teruja terus sahaja dia merentap makanan dalam pinggan Alicia lalu terus melahapnya.
Dia merenung Ali lama.
Pak cik,apa yang saya perlu buat? Saya tak nak hilang semua yang saya sayang. Bisik hati Alicia.
YOU ARE READING
2 IN 1
Science FictionDitakdirkan menjadi kembar dalam keadaan populasi penduduk semakin berleluasa memang satu cabaran besar bagi Ali dan Alicia. Salah seorang daripada mereka berdua perlu berkorban bagi meneruskan hidup. Hanya satu identiti dalam dua orang. Ali juga...