PART 2

151 25 0
                                    

Mia hanya mencebik sambil memandang pada skrin telefonnya setelah mendapati Isya telah menamatkan perbualan mereka. "Haih, dia ni tutup call pulak dah. Aku tak habis cakap lagi. Siut betul la perangai" Ngomel Mia yang masih lagi tidak lepas pandang dari skrin telefonnya itu.

"Hishh, lambat aaa minah ni. Beruban dah aku tunggu ni," bebel Mia dengan mengarukan kepalanya yang tidak gatal lalu mencekak pinggangnya sambil melihat jam di tangannya lantas mengetuk pintu rumah Isya dengan sekuat hati kerana Isya tidak keluar setelah sekian lama dia menunggu diluar itu. "Isya...." panggilnya dengan sedikit jerit.

Mia menghentakkan kakinya lantas duduk diatas kerusi di luar rumah Isya setelah letih menunggu Isya. "Haish, minah ni pekak ke apa? Dimanakah hati dan perut tuan hamba, membiarkan hamba diluar sendirian. Kesiankanlah hamba si patung cendara yang sudah lama menunggu diluar ini." Mia bermonolog seakan-akan cerita kesultanan Melayu Melaka. Melayan perasaan seketika.

Asy hanya melihat gelagat Mia yang membebel dari balik pintu lantas membuka pintu rumahnya dengan perlahan-lahan dan menjengket-jengket ke belakang Mia yang masih lagi membebel macam murai cabut ekor.

"BAHHH!" sergah Asy dari belakang Mia.

"Uih, mak kau patung cendana," Mia dengan tidak sengaja terlatah sehingga telefonya hampir dibalingnya. Mia dengan pantas mengalihkan tubuhnya kebelakang untuk melihat siapa yang menyergahnya itu.

"Uishh, handsomenya mamat, muka dia ala-ala Hun Haqeem bhai. Ni kalau jadi suami pun boleh" air mukanya yang marah pada mulanya berubah dengan sekelip mata. Mia bermonolog dengan dirinya sendiri, matanya tidak lekang memandang susuk tubuh lelaki sasa yang berada dihadapannya itu yang kini sedang ketawa setelah berjaya mengejutkan Mia. Tetapi Mia seolah-olah dipukau dengan wajah tampan lelaki itu.

Ketawa Asy terhenti melihat Mia yang terkaku melihatnya. "Hello! awak okay tak ni, awak..." Asy memetik jari dihadapan muka Mia setelah tiada respon yang diberi dari Mia lantas tersedar dari lamunannya. Ia menunduk malu kerana bersikap bergitu dengan lelaki itu. Asy hanya tersenyum seolah-olah memahami apa yang dirasakan oleh Mia.

"Eh, saya gurau je la awak. Jangan la marah...," pujuk Asy lalu mengambil tempat duduk disebelah Mia. Kesempatan dalam kesempitan betul.

"Hurm..." Mia masih menunduk, tidak berani bertentang mata dengan Asy. Hatinya cair ketika melihat wajah Asy. "Mia! Mia nama awak kan?" soal Asy, walaupun dia sudah tahu jawapannya. Sengaja bertanya seperti itu supaya Mia tidak bergitu 'awkward' dengannya. "Macam mana dia tahu nama aku ni?" soal hatinya.

"Iye, saya Mia kawan Isya." Mia memberanikan diri untuk bercakap dengan lelaki dihadapannya. "Eh, jap! Awak ni sapa? Tak pernah nampak pun sebelum ni" soal Mia memberanikan diri bertanya kepada Asy. "Saya..." tidak sempat Asy menghabiskan ayatnya tetapi terus dipotong oleh Isya yang berada sebelah pintu rumahnya.

"Mia, tunggu kejap eh! Aku ada kerja sikit nak buat. Kejap lagi aku keluar," ujar Isya dengan sedikit menjerit supaya rakannya yang berada diluar dapat mendengar suaranya dengan jelas. "Okay!" jawab Mia ringkas.

Setelah Isya memotong perbualan mereka, soalan yang baru saja ditanya oleh Mia kepada Asy terus hilang dari fikirannya dan soalan itu dibiarkan tergantung begitu saja.

"Ha, Mia. Awak dah lama ke kawan dengan Isya ni". Sapa Asy memecahkan kesunyian.

"Ermm, lama jugak la. Since kenal dari collage lagi and then rapat la sampai sekarang". Balas Mia ringkas dengan diakhiri semuman nipis dalam percakapannya.

"Ehem! ehem!" tiba-tiba Isya menyampuk perbualan mereka dari belakang sambil membawa secawan coffee. "Macam seronok je borak, tak nak ajak ke? Ni...Mia! Kau jangan layan abang aku ni, dia ni bukan betul sangat," perli Isya lantas menayang muka tak bersalah sambil meletakkan secawan coffee diatas meja. "Eh jap! Jap! Sapa? Abang?" Mia bertanya kepada Isya sambil menujuk ke arah Asy dengan penuh kehairanan kerana Isya tidak pernah beritahu Mia yang dia mempunyai abang yang sangat kacak itu.

"Haah Mia, ni la abang aku"

"Asal kau tak bagitahu awal-awal, yang abang kau ni hensome siot" bisik Mia kepada Isya, sambil melirik kearah Asy.

"Hah, kutuk abang la tu!" sampuk Asy sambil menyilangkan tanggannya.

"Mia! Kejap tau, aku nak ambil barang jap. Kejap je tau," ujar Isya sambil memberi secawan air coffee yang dipesan oleh abang nya dan terus angkat kaki pergi ke dalam rumah.

Suasana menjadi tegang, setelah kelibat Isya sudah tidak lagi kelihatan. Tanpa Mia sedar dirinya direnung oleh sepasang mata milik sang pemuda itu. Dia tersentak setelah sedari dirinya diperhatikan, otaknya ligat mencari topik perbulan untuk memecahkan suasana.

"Kenapa baru harini saya pernah nampak awak? Sebelum ni saya takada pula Nampak awak even saya selalu dating sini". Soal Mia dengan selamba dengan menjaga riak wajahnya agar tidak kelihatan terlalu awkward.

Asy tersentak apabila disoal dan mengalihkan pandanganya kearah lain. Mia kelihatan lega kerana tidak lagi diperhatikan oleh sang pemuda itu.

"Yeah, saya baru je balik dari study after 4 years degree and 2 years sambung master, tinggalkan Isya sorang-sorang dekat rumah ni and..." Asy termenung seketika tanpa menghabiskan ayatnya.

"And?" soal Mia, menghentikan lamunan Asy.

"Never mind." Asy kesal, perkataan seterusnya tidak mampu diucapkan dan menghadiahkan senyuman mesra kepada Mia. Mia menunduk malu, hatinya cair melihat senyuman pemuda itu.

Kehadiran Isya memotong mereka berbual.

"Abang ada nampak tak kunci kereta Isya, dari tadi tak jumpa laa. Dah satu rumah dah cari still tak jumpa, rasanya Isya letak atas meja dekat ruang tamu tu," omel Isya. membuat mulut muncung itik.

"Tadaa...," abang nya membuat senyum lebar dan mengeluarkan kunci kereta Isya dari isi poketnya lalu menunjuk dan meggoyang-goyangkan kunci dihadapan muka Isya sambil tersenyum lebar.

"Ish, kenapa abang tak bagi tahu yang abang simpan kunci ni, letih tau Isya cari satu rumah, rupanya ada dekat abang," Isya bebel kepada abangnya setelah kepenatan mencari kunci keretanya.

"Sapa suruh tak tanya tadi," Asy mengusik adiknya dengan mencuit hidung Isya.

"urmm.., " rungut Isya.

"Okay la, Isya pergi dulu abang," Isya meminta izin abang nya untuk pergi.

"Ya, jalan elok- elok,"pesan Asy kepada Isya.

Asy tahu Isya masih geram dengannya. Tapi walaubagaAsyapun mereka bergaduh, tidak sampai sehari pun sudah berbaik, bak kata orang "air yang di cincang tidak akan putus,"

Setelah Asy termenung sendirian melihat keretaPorsche mewah milik Isya meluncur laju leluar dari halaman rumah mereka seketikaotaknya ligat memikirkan sesuatu yang merungsingkan jiwanya.

*********************** 

Siapa Dia Sebenarnya?  (COMPLETE) ✔️Where stories live. Discover now