PART 7

62 16 0
                                    

"Hello"

"Hello! ya BOSS".

"Aryan, esok datang rumah aku. Ada benda nak settle dengan kau sikit.

"Ye baik. Esok aku datang"

"Okay, bye"

"Bye".

****************

"Kau cakap ada benda nak settle. Apa benda?" Tanya Aryan ingin mengetahui sebab dirinya dipanggil.

"Aku nak kau ambil tahu semua benda pasal Isya, tak kisah lah, di nak pegi mana, diamakan apa, dia nak keluar dengan siapa, semua aku nak kau tahu, kau kena ingat aku suruh kau ni bukan saja-saja, suka suki nak suruh kau itu ini. Dah namanya bodyguard, buat cara bodyguard, kalau pencaci angkat najis buat cara pencaci angkat najis, Faham!"

Aryan hanya mengangguk tanda faham. Serius je memanjang muka tu, member buat kelakar, ketawa la Aryan oi.

"Boleh, aku akan buat semua benda yang kau suruh, everything!" Aryan mengiakan arahan yang diberikan kepadanya.

"And satu lagi. Kau kenal dia ni?" Tanya Asy sambil menunjuk gambar kepada Aryan serius.

"Siapa ni?" Aryan mengutarakan pertanyaan kepada Asy sebaik sahaja Asy menunjuk sekeping gambar yang berada di dalam telefonnya.

"Aku tak tahu, kalau aku tahu aku tak Tanya kau!" Ha kau kan dah kena setepek.

Aryan hanya mengangguk tanda faham.

"So, kau nak aku siasat la siapa mamat ni!" Aryan seakan-akan dapat tangkap perkara yang ingin disampaikan oleh Asy.

"Yups.., kau cari info pasal mamat ni. Then, kau inform dekat aku!" Asy memberitahu perkara yang selanjutnya yang perlu dilakukan oleh Aryan.

"Kalau boleh, cepat sikit la. Senang aku nak handle nanti," Asy menambah.

"Okay beres boss," Aryan menyahut tanda setuju.

"Kau tak payah nak panggil aku boss sangat lah. Kau panggil sekali lagi, aku potong gaji kau," Asy mencebik kerana dia tidak suka digelarkan sebagai boss tapi...itu hakikatnya.

"Yela-yela. kalau tak boleh panggil boss. Panggil sayang boleh tak?" Tanya Aryan sambil membuat muka tersengih macam kerang busuk.

"Kalau yang tu, bukan setakat gaji aku potong. Sekali penumbuk aku sedekahkan untuk kau". Asy mula marah diusik begitu.

"Hahaha, Ala...aku gurau je pon. Yela-yela Asy," Aryan mengalah.

Agak pelik sikit kan dorang berdua ni, macam dah kenal lama pun ada. Mesra semacam ja. Tah tah dorang ni....ehh tak baik fitnah tau.

Sedang mereka riuh berbincang. Isya turun dari anak tangga untuk bertemu dengan Mia. Lantas suatu perkara terlintas difikirannya.

"Diorang ni macam dah kenal lama. Rapat semacam je aku tengok! Abang! abang! dekat mana la kau kutip si Aryan ni," Isya bermonolg didalam hatinya sambil menjenguk mereka berdua dari anak tangga.

Asy yang tersedar yang adiknya berada di situ lantas dia menegur Isya.

"Ha, Isya buat apa dekat situ. Pakai lawa-lawa nak kemana pula?" Tegur Asy apabila mendapati bahawa adiknya sedang terjenguk-jenguk macam leher zirafah.

Teguran Asy membuat Isya terkejut dan terdiam lalu dia berjalan selamba turun dari tangga dan anggap tiada apa yang telah berlaku.

"Isya nak keluar kejap, dengan Mia" Jawab Isya selamba memakai kasutnya.

"Aryan akan temankan Isya". Arah Asy menayangkan muka serius.

"Ala.....apasal pula nak kena bawa Kudin ni pula. Lagi pun Isya nak keluar girl and girl. Tak best la kalau ada lelaki pula," Isya melenting apabila Asy menyuruh Aryan mengikutinya sekali.

"Dia panggil aku Kudin? Tak pe siaplah kau Rogayah......" Aryan membalas didalam hatinya sambil tersenyum kepada Isya.

Isya menjeling kepada Aryan tanda tidak puas hati.

"Kalau Isya tak nak. Abang tak akan teragak-agak jalankan perintah berkurung and Isya tak akan dapat elaun bulanan dah dari abang. Abang akan potong semuanya," Asy mengugut Isya yang degil mengikut arahannya. Uish dah macam pemerintahan zaman PKP, perintah berkurung bagai.

"Ish, yela-yela," Isya menayang mulut muncungnya. Isya terpaksa akur dengan arahan abangnya, yela tak nak elaun kena potong kena ikut juga la. Kalau tak menangis tepi bucu katil sebab tak ada duit nak pergi shopping.

"Ha! tunggu apa lagi. Bagi la kunci kereta tu, suruh Aryan yang bawa," Kata Asy dengan tegas.

Isya memberikan kunci kepada Aryan lantas keluar dari rumah itu. Isya dengan segeranya masuk kedalam keretanya dengan hati yang tidak rela diikuti oleh Aryan.

"Kita tunggu siapa lagi?" Tanya Aryan kepada Isya.

"Kita tunggu makcik awak!" Isya membalas selamba.

"Makcik saya? Kalau awak nak tahu...makcik saya dah meninggal 2 tahun lepas. Kalau awak nak tunggu juga... boleh! Kita tunggu dekat kubur nak?" Aryan membuat loyar buruk kepada Isya.

Lantas menjeling "Kau pikir lawak?" Menayang muka seriusnya.

"Yela! Tak lawak," Aryan membuat muka tidak puas hatinya.

5 minit kemudian.

"Babe- babe sory. Aku lambat," Mia dengan kelam kabutnya masuk kedalam kereta Isya kerana dia membuat Isya tunggu dengan lama.

"Eh tak apa? Isya okay je, Kan Isya kan?" Aryan menyampuk lalu memandang kebelakang melihat wajah Mia kemudian memandang raut wajah Isya yang makin geram dengan Aryan. Sebelum gunung berapi meletus Aryan terus memulakan perjalanan mereka.

Mia terdiam seketika dan hanya mampu senyum kerana dia melihat seorang lelaki di sebelah Isya yang dia fikir itu abang Isya. Rupanya tidak.

"Weyh, siapa laki hensem kat sebelah kau tu, muka dia macam retis siak," Mia membisik ditelinga Isya. Isya lantas menjeling Aryan.

"Memang tak la! Muka pun macam tayar pancit," Isya mencebik.

Aryan yang dari tadi memandu tetapi terdengar kata-kata Isya terus membrekkan kereta secara mengejut.

"Ish, kau ni dah kenape?" Isya marahkan Aryan yang tiba-tiba brek secara mengejut.

"Takde lah, tu ha....ada cicak lintas" Aryan membetulkan tempat duduknya dengan menayangkan muka selamba. Isya yang dari awal memang sudah membara hatinya lantas mencebik. Aryan yang berada di kerusi pemandu hanya tersengih.

*********

Sepanjang berjalan didalam mall, Mia hanya curi-curi mrmandang kearah Aryan, mana tidaknya kalau dah muka hensem ala-ala mat saleh, hidung mancung. Senang cerita memang type-type lelaki idaman la.

"Weyh, Isya! Sebelum aku lupa. Siapa mamat handsome tu," Tanya Mia sambil memandang kearah Aryan yang berada dibelakang. Segak bergaya berpakaian jaket kulit berkaca mata hitam. Perh semat siot. Memang ada gaya la bodyguard tu hahaha.

"Hmm, tak ada soalan lain ke nak tanya? " balas Isya acuh tak acuh.

"Ala.... jawab ja la," rengek Mia.

"Tu la bodyguard aku la". Jawab Isya dengan perasaan yang penuh dengan malas.

"Uish, handsome siot, single ke, ejas la sikit! " puji Mia terhadap Aryan yang sedang sibuk dengan kerjanya.Isya membuat muka menyampah kerana Mia sering kali menyebut nama Aryan.

Sedang mereka berbual-bual. Dalam masa yang sama Aryan sedang sibuk menganalisis biodata tentang orang yang disuruh oleh abang Isya. Agak sukar untuk mencari tahu tentang orang itu dek kerana maklumat yang sangat tipis, dia perlu mengorek lagi maklumat penting tentang orang itu.

"Isya!......".Kedengaran suara yang samar-samar dari belakang Isya.

Isya merasakan ada seseorang yang sedang mencuitnya dari belakang lalu mengalih pandangan nya ke belakang.

********************

Siapa Dia Sebenarnya?  (COMPLETE) ✔️Where stories live. Discover now