PART 13

62 9 0
                                    

"Kau...kau...tak lama lagi, aku akan siat kulit korang, aku akan lumat-lumatkan daging korang. Aku buat burger hehm..." seorang lelaki memakai kemeja hitam dengan kaca mata hitam tersemat diwajahnya menunjukkan satu per satu orang yang berada didalam gambar di tanganya.

Rupanya gambar-gambar itu adalah Isya dan Asy. Alamak! Isya dengan Asy dalam bahaya ke ni? Tapi sebab apa?

"Boyy...." Kedengaran suara garau lelaki itu memanggil orang suruhannya.

"Boy, kau dengar tak sial!" lelaki itu terus menengking orang suruhannya kerana masih tidak datang ketika dipanggil. Rilek la bang. Sap kok luh.

"Ye...kau boleh sabra tak? Aku nak kencing pun tak senang" Boy melenting.

"Ada apa-apa yang aku belum tahu?" soal lelaki itu sambil membelek kukunya. Dah lawa dah bang kuku. Berkilat.

Lantas diberikan beberapa keping gambar yang diambil dari kocek seluarnya kepada lelaki tersebut.

"Hari tu kan aku ada bagi tahu yang dia dah ada bodyguard, ni gambar dia. Kau kena hati-hati sikit. Orang dia banyak" lelaki tersebut mengambil gambar itu dengan pandangan yang tajam diberikan kepada Boy.

"Okay" beriaksi seperti tiada apa-apa yang berlaku, terus membelek kukunya. Tahi kuku banyak la tu.

*********

Senyuman lebar diberikan kepada Isya, siapa lagi kalau bukan Aryan. Dah tangkap cintan ke bang. Awal lagi bang nak happy. Panjang lagi cerita ni.

"Eh author ni lebih-lebih lak, bagi chance la" jeling author.

Rilek la bang, kacau sikit je pun. Okay sambung.

"Dari tadi senyum dah kenapa?" soal Isya senyuman tawar diberikan.

"Saja je lah, takkan senyum pun tak boleh" Aryan mencebik

"anyway, kita nak ke mana?" Tanya Aryan.

"Jalan je lah..." balas Isya meleret sambil mengerling sekilas kearah Aryan.

***********

Asy hanya memandang satu fail usang ditangannya lalu dibelek satu persatu. Fail tersebut tertulis "Kes pembunuhan Dato' Mikael dan Datin shiha telah ditutup" Tarikh; 5 Mac 2003"

Sudah 15 tahun kes pembuhan itu ditutup akibat tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh. Yelah masa tu pemasangan cctv pun masih ramai tak titikberatkan lagi. Mana nak ada rakaman atau bukti yang lain. Saksi pun tak ada.

"Asy minta maaf mama, papa. Sampai sekarang hak pembelaan kes mama papa tak selesai lagi. Tapi Asy janji kat mama papa, Asy akan cari juga orang yang jahat dengan keluarga kita. Asy yakin sangat Umie dengan Abi tak salah dalam kes ni. Asy akan pastikan yang diorang tak terlepas mama papa. Itu janji Asy." secara tidak sedar air mata jantannya keluar menitis diatas fail itu.

Sekilas ia memandang ke arah gambar ibu dan ayahnya yang tidak jauh dari tempat duduknya. Cantik tergantung di dinding dan kelihatan bersih. Tidak tertanggung rasa rindu yang memberat dijiwanya menahan rasa sakit yang selama ini ia rasa. Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sebak didadanya.

*********

Aryan mendonggak membaca nama kedai yang mereka berada. "Butik Syafira".

"Sejak bila dekat KL ni ada butik Syafira ni?" Rayya mengerut dahinya.

"Tu la kau, duduk dalam gua lagi. Apa je yang kau tahu?" peril Isya. Aryan membetulkan posisinya.

"Dah, jom masuk" dengan spontan Isya menarik lengan Aryan. Okay kalini tak ada dalam plan. Aryan hanya melihat tanggan mulus Isya memegang lengannya.

Isya tersentak dengan kelakuanya sendiri lalu segera melepaskan lenggan Aryan dan mengalihkan pandangan ke tempat lain.

"Jom masuk" tanpa Isya sedari, Aryan mencapai tangannya lantas menarik Isya masuk ke dalam Butik itu. Sempat Aryan menundukkan badannya sedikit separas dengan kepala Isya. Maklumlah pendek. "Tak pe, lagi pun awak kan girlfriend saya" bisik Aryan ditelinga Isya. Isya hanya mengkaku. Keliru adakah plannya menjadi, untuk menambat hati pria itu. Atau itu satu petanda yang tidak baik untuknya? Aryan dan mula one step closer tu. Tunggu lagi, lari la Isya LARI....

"Ehem..." Aryan berdehem membuatkan Isya tersedar dari lamunannya dan meneruskan langkahnya membontoti Aryan masuk ke dalam butik itu.

Mata Isya tertangkap pada satu gaun hitam yang nampak sangat exclusive, cantik sangat.

"Cantiknya...You, tengok ni, cantik kan?" Isya menanyakan pendapat Aryan.

"Cantik" Aryan mengangguk tanda setuju. Aryan yang sedang memilih baju segera memandang Isya apabila dipanggil dengan memberikan senyuman manis.

"Macam awak" sempat Aryan memuji Isya dalam hatinya. Yelah dalam hati je selamat, kalau depan belum tentu. Tengok lah kalau mood singa betina tu elok ke tak. Nasib kau la Aryan.

Mata Aryan meliar melihat sekitar butik cantik itu, tanpa sengaja ia tetangkap pada satu baju yang agak biasa-biasa sahaja tetapi dengan harga yang agak mahal.

"Macam ni pun 5 ribu ke, kalau ni dah mahal. Agak-agaknya baju yang lain berapa la kan. Macam ni ke kehidupan anak orang kaya?" sempat Aryan mengomplain.

Memandangkan Aryan bukan dari keluarga yang berada, Hanya dikategori sederhana. Cukup makan dan pakai sehari-harian. Dia amat mengetahui bertapa susahnya berbekerja mencari wang untuk menyara keluarga. Sedangkan anak-anak yang telah dilahirkan sempurna dalam keluarga berada. Lahir-lahir dah naik prosche, lamborgini. Semuanya boleh dapat apa saja yang dia mahukan. Tetapi dia sangat bersyukur dengan apa yang dia ada.

"Cantik tak?" soal Isya yang baru saja keluar dari fiting room. Baju yang sangat padan denganya, cantik molek dengan ukuran badanya yang persis model.

Aryan tersentak dari lamunannya, terus menadang kearah kelibat empunya suara itu terkebil-kebil melihat Isya dihadapannya.

"Cantik tak?" soal Isya yang baru saja keluar dari fiting room. Baju yang sangat padan denganya, cantik molek dengan ukuran badanya yang persis model.

"youuuuuu-uuuu! cantik tak?" Isya lantas mengoyangkan bahu Aryan supaya tidak bermimpi disiang hari hahaha.

"Can-ca-cantikk" tergagap Aryan merespon dan mengalih pandangan ke arah lain. Tidak mahu bertentang mata dengan Isya. Makin tenung makin berdebar, mana tak risaunya.

"You dah try baju ke?" soal Isya, menarik perhatian Aryan kelihatan pucat.

"Ermm, dah." Balas Aryan ringkas, masih tidak memandang Isya. Isya seperti pelik akan kelakuan Aryan.

Tanpa berlengah lagi, Isya terus pergi ke kaunter untuk membayarnya. Apabila Isya kearah Aryan semula, ia masih lagi mengelamun.

"Apahal pula la dengan mamat tu. Teringat bini ke?" Isya bermonolog sendiri. Terus menapak kearah Aryan.

Kehadiran Isya telah menghentikan lamunannya. Secara tidak sengaja Aryan ter eye-contact dengan Isya membuatnya bertambah lemas. Dengan pantas Isya menarik tanggan Aryan apabila respond Aryan seperti ingin lari darinya.

"Okay tak ni?" soal Isya ringkas.

Aryan mengangguk berkali lalu mengemam bibirnya. " Okay je" memandang mata Isya sekilas.

"Saka apa yang kau pakai ni Isya, lemas aku. Berdebar lain macam, tak boleh nafas aku" Aryan mencebik. Pala otak kau saka. Tu bukan saka gila. Tu namanya kawan dah jatuh cinta.

Terasa kering tekaknya, cuba menelan liur berkali-kali. Menarik nafas sedalam yang mungkin, supaya membolehkanya bernafas dengan normal semula. Keringat penuh membasahi dahinya. Dah mana duduk di padang pasir peluhnya tu.

Okay tak tu Aryan?

*********

Siapa Dia Sebenarnya?  (COMPLETE) ✔️Where stories live. Discover now