PART 9

63 15 0
                                    


PINNNNNNN!!!!!!!!! Kedengaran bunyi hon kereta yang kuat dari kereta yang keluar secara tiba-tiba dari simpang hampir melanggar kereta yang dinaiki mereka. Ambil lessen pakai kabel agaknya. Nampaknya kereta itu seperti sengaja mahu melangar kereta mereka, tetapi apa motif berbuat begitu?

"hittttt" bunyi break. Aryan terkejut dengan kehadiran kereta itu secara tiba-tiba Aryan menekan breaknya dengan kuat kerana takut melanggar kereta tersebut.

"Auchhh," Isya merengek.
Kereta mereka tersentak kuat. Isya terpelanting kehadapan dan terhantuk dengan kuat ke hadapan cermin keretanya. Begitu juga Aryan dan Mia turut tersentak ke hadapan.

Tetapi keadaaan Isya lebih teruk berbanding Aryan dan Mia.
Disebabkan hentakkan yang kuat luka dikepala Isya yang kemudiannya mula mengalirkan darah.

Isya tersandar di tempat duduknya dengan darah yang masih mengalir. Isya sempat lagi melihat dihadapannya kelibat seorang lelaki tegap yang berada didalam kereta yang hampir melanggar mereka, wajah sinis terukir diwajah lelaki itu. Tetapi dia tidak lagi berdaya kerana perit menahan sakit dikepalanya.

Aryan dalam kepeningan akibat hantukan di stereng kereta mula menyedari bahawa Isya telah mula lemah lantas dia terus mengejutkan Isya dengan mengoyangkan badan Isya dengan kuat supaya Isya tidak memejamkan matanya. Akibat darah mula mengalir laju, matanya mula kabur dan gelap dengan serta merta.

"Isya! Isya! Isya!, awak bangun lah". Namanya yang dipanggil seolah-olah dengar tidak dengar dan terus tenggelam dalam kegelapan. "Apa saya nak jawab dengan abang awak nanti". panggil Aryan sambil mengoyangkan badan Isya dan berharap agar gadis comel itu bangun dengan serta merta.

"Isya! bangun...," panggil Mia pula.

Mia yang berada dibelakang turut mengejutkan Isya setelah menyedari bahawa rakannya telah pengsan. Tindakkan mereka gagal untuk mengejutkan Isya dan berhasrat untuk membawa Isya pulang ke hospital.

Aryan memandu dengan laju menuju kehospital, risau jika terjadi perkara yang lebih serius terhadap Isya. Aryan mengerling ke arah Isya yang berada disebelahnya lalu memandang semula ke arah pemanduannya. Sering bersilih ganti. Apa yang hendak dia katakana kepada Asy mengenai adiknya itu.

Pasti Asy kecewa dengan tindakkan lalainya yang telah mencederakan Isya. Malang tidak berbau, tiada siapa yang meminta untuk terjadi seperti itu. Adakah itu takdir ataupun ada agenda tersembunyi.

Tindakkan kaki tanggan hospital sangat tangkas apabila menerima pesakit, segera menolak Isya ke bilik kecemasan. Aryan dan Mia terpaksa menunggu diluar bilik itu atas arahan pihak hospital. Aryan melabuhkan punggung dikerusi yang disediakan sambil meraup wajahnya. Dia menekup wajahnya dengan tangan seketika, mencari keberanian untuk menghubungi abang Isya.

Tanpa berfikir panjang segera dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar dan menghubungi Asy.

"Hello..." Aryan menutup mata sekilas sebelum meneruskan ayat yang hendak dikatakan.

************

Kereta lamborgini mewah milik Asy laju meluncur menuju ke hospital, hatinya resah, jiwanya tidak tenteram memikirkan nasib adiknya.

Laju kakinya menapak ke ruangan kecemasan, melihat kelibat Aryan yang termenung di ruangan menunggu dan Mia juga setia menunggu khabar dari Doktor yang sedang merawat Isya.

Sebaik sahaja Asy tiba, tepat pada waktunya seorang Doktor keluar dari bilik kecemasan mula menapak kearah Aryan. Aryan dan Mia bangun serentak setelah melihat kehadiran Doktor itu.

"Awak ni suami DarwIsya Imani?" soal Doktor itu kepada Aryan, riak wajahnya dikawal apabila dipersoalkan begitu.

"Sa-saya abangnya" tercungap-cungap Asy mencelah tanpa ditanya. Aryan dan Mia jugak terkejut melihat kehadiran Asy secara tiba-tiba, entah darimana ia datang.

Siapa Dia Sebenarnya?  (COMPLETE) ✔️Where stories live. Discover now