PART 12

61 10 0
                                    

"Asalamualaikum..." panjang umur, Aryan datang tepat pada masanya.

"Waalaikumsalam, tenangnya dengar... Tu...bakal imam dah sampai" kata Isya sambil menutup matanya seketika sebelum mengalih pandangan melihat ke arah Aryan bersilih ganti melihat kearah abangnya semula.

Aryan melangkah masuk kedalam vila itu dengan riaksi wajah yang sedikit aneh dengan kedua-dua adik beradik yang sedang memandang kearahnya sambil membuat Isyarat muka kepada Asy.

"Ehem" Aryan berdehem, membuat mereka mengalih pandangan kearah lain.

Isya lantas menapak kearah Aryan lalu memegang lengan Aryan. Muka Aryan tergamam melihat gelagat Isya yang tiba-tiba memaut pada lengannya. "Jom kita keluar" ajak Isya lembut.

Tidak sempat Aryan membalas ajakan Isya, Isya lebih pantas menarik Aryan keluar. Mukanya jelas kelihatan terkejut dan memandang sekilas kearah Asy. WHAT THE HELL, WHAT'S GOING ON? Asy hanya tersenyum melihat gelagat adiknya. Hendak berasa pelik, tapi bukan kah itu yang dia mahu? Jadi peduli apa, santai boss.

********

"Awak nak bawa saya kemana ni?" Isya laju menarik tangan Aryan keluar halaman rumahnya, dengan kekuatan Aryan yang sado itu lebih cepat memberhentikan Isya daripada terus menarik tangannya.

"Isya! Tunggu kejap" sekali ja si Aryan tu Tarik tangan Isya balik, terus berhenti budak tu.

Isya kelihatan bengang melepaskan tangan Aryan dan membelakangi Aryan. Dia perlu mengawal diri supaya lakunannya tak nampak fake sangat.

Game was started...

Isya berpaling kebelakang melihat wajah Aryan dalam kekeliruan. "awak okay tak ni?"

Isya menayang wajah dengan senyuman paling ikhlas, seikhlas cinta ku pada mu. Ha gitu...

"Kita kan nak keluar, you teman i jalan-jalan keh" Isya mula mengeluarkan bakat lakonan paling tersohornya dengan meletakkan kedua-dua tangannya ke belakang leher Aryan kelihatan seperti memaut pada lelaki itu. Aryan sudah menayang wajah tidak selesa bercampur baur. Eleh malu ke suka?

Isya terus menerus mendongak memandang tepat pada mata Aryan, tetapi Aryan memandang ke tempat lain, dadanya berdebar seperti sesak nafas. Terkebil-kebil Aryan dibuatnya.

" Eh, dia ni biar betul. Aku ni lelaki kot. Macam mana beriman pun seseorang lelaki dia masih ada nafsu. Haish sabar jelah" desis hati

Aryan terus bertindak menghentikan Isya yang kelihatan mengodanya. Aryan menepis tangan Isya perlahan menurunkan tangan Isya dari atas bahunya.

"Okay, kita pergi eh" Aryan mencuba mengawal riaksi wajahnnya dengan menayangkan senyum kelat.

Isya lantas menghadiahkan senyuman senget sebelum meneruskan langkah menuju ke arah keretanya.

************

Didalam kereta, Aryan berulang kali memandang kearah Isya secara bergilir dengan memandang kearah hadapan.

Isya yang berasan tingkah Aryan segera bersuara.

"Asal pandang I macam tu?" soal Isya sambil senyum sehingga menampakkan barisan gigi nya.

"Awak betul-betul okay ke ni, hospital tak jauh dari sini. Sempat lagi ni kalau nak pergi" soal Aryan bergurau.

"hermm, hospital eh, main-main pulak dia" balas Isya bersuara tanpa membuka mulut, perlahan tapi masih lagi boleh didengar.

"hah? Apa dia?" sengaja Aryan menyoal semula, pura-pura tak dengar.

"Tak de apa lah you" "Nak minta tolong sikit boleh?" Isya terus memandang Aryan.

Aryan menelan liur dilihat sebegitu. "a-pa dia?" Aryan cuba memandas semula, tetapi cuma sekilas. Kang pandang lama-lama bukan setakat jatuh cinta. Dah boleh check in hospital kali kedua.

"Jadi boyfriend saya, just for one night" terkejut Aryan sampai break secara mengejut.

"Hitttt..." bunyi break. Bahaya betul kalau setiap kali terkejut break mengejut. Nasib masa tu tak ada orang dekat Jalan tu.

Tersentak Isya kedepan, nasib lah perlahan je. Aryan terpaku seketika.

"Okay tak Aryan? Ala, satu malam je" Isya menayang muka shomel.

Aryan mengerling sekilas pada Isya yang berada disebelahnya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang diakatakan oleh Isya.

Percaya tak percaya, dia nak gula-gulakan kau je Aryan.

"Boleh tak?" soal Isya lagi.

"Satu malam?" cuba mendapatkan pengesahan dengan apa yang dia dengar tadi.

"Haah, satu malam. Okay, look. Jangan salah faham. Malam tu I nak pergi party rumah kawan I. So, nak la ada partner malam tu. Boleh?" terang Isya, takut Aryan salah faham.

"ouhhhh, bo-boleh" tergagap Aryan menjawab. Yelah kau, selalunya kena maki je dengan Isya. Kali ni dia punya manjah tu lain macam. Boleh gila kalau hari-hari macam ni. Keluar masuk hospital la kau Aryan oi.

"Yes!" Isya menayang muka happy yang teramat diikuti dengan senyuman paling bahagia sekali. Aryan pun turut senyum melihat riaksi Isya yang sebegitu.

************

Demi nencapai kemenangan dalam rancanganya, ia terpaksa berkorban untuk melayan Aryan tanpa ada sedikit perasaan terhadapnya. Meluang masa bersama, mengambil hatinya. Boleh dikatanya semuanya bersama, tidur sekali tu tak lah. Gila ape kau.

Aryan dan Isya makin lama makin rapat dah macam isi dengan kuku. Melekat je. Jangan jatuh hati sudahlah dorang ni. Fir nak campak mana? Ermmm, cakap pasal Fir ni, adakah hati Fir hanya untuk Isya? Yelah, lelaki ni mana boleh berjauhan dengan pasangan dia. Tak semua lelaki akan pasang dua apabila berhubungan jarak jauh. Tapi...mostly memang macam tu. Aku tak nafikan. 'Yang setia akan kalah dengan yang selalu ada" bukan-bukan salah. "Yang setia akan kalah dengan yang tak cukup satu"

Siapa Dia Sebenarnya?  (COMPLETE) ✔️Where stories live. Discover now