PART 11

63 10 0
                                    

Kedengaran muzik rancak didalam club membuatkan semua golongan dan jantina tidak kira tua atau muda, perempuan atau lelaki semuanya khayal menikmati air setan yang diteguk. Semua hanyut dengan dunia sendiri, manakala Isya berada disatu sudut dengan wajah yang kosong.

"Isya! Asal nak jumpa aku kat sini. Abang kau tak bising ke?" Mia dari jauh datang menerpa kearah Isya dan melontarkan bermacam-macam soalan. Isya hanya menayangkan muka selamba, meneruskan tegukkan air ditangannya sedikit demi sedikit. Mia hanya memandang kewajah Isya beberapa detik, hanya melihat sikap Isya yang dingin.

"Kau boleh tolong aku? Jangan nak tanya banyak. Aku malas nak jawab" soal Isya serius

"Apa benda?" Mia menjungkit keningnya tanda bertanya-tanya.

**********

"Ni yang kau suruh aku siasat kan?" Aryan membuka bicara.
Muka serius ditambah dengan wajah yang berkerut Asy, tertanya-tanya siapa yang berbuat sedemikian. Ia hanya setia menanti satu per satu perkataan yang akan dibicarakan oleh Aryan.

"Nama dia Nik Firzan. Budak Universiti California Berkeley (UCB) bakal kelulusan psikologi di Amerika Syarikat. Personaly pasal dia ni, aku ada jumpa gambar-gambar dia dengan Isya. Aku dah check dia ni bf Isya" "Berdasarkan siasatan aku kurang daripada sebulan dia akan pulang semula ke Malaysia and aku sure sangat yang dorang ni dah ada plan nak khawin sebab aku dah hack whatsapp Isya dengan mamat ni" panjang lebar Aryan menjelasnya. Jahatnya Aryan ni, tu kan privasi orang. Tak nak la. Dislike dislike. Nak buat macam mana dah tu kerja dia kan. "Ni semua maklumat yang aku tahu, kau boleh tgok" Aryan menghulurkan fail yang penuh dengan maklumat fasal Fir. "Bagus, ni yang aku nak" Asy menghadiahkan senyuman sinis. "Tapi ada satu benda yang aku keliru sekarang ni" kata Aryan sambil menghulurkan telefonnya kepada Asy dengan memaparkan gambar mesra Fir bersama dengan seorang perempuan seksi. "Mana kau dapat ni?" soal Asy serius wajah yang ada sedikit sinar berubah dengan serta merta. "Kerja aku, aku tahu la. Gambar tu diambil dekat tempat dia belajar, dua bulan lalu pada jam..." "Stop! Too much information. Sikit-sikit dah la, aku cepuk kang" seloroh Asy. Mak ai dengan jam sekali dia tahu. Tahu la hebat Aryan ni. Ni mesti king of stalker hahahah. Aryan hanya tersengih kelat sambil menggosok belakang lehernya. "Mana la tahu kau nak tahu kan" kata Aryan selamba. "Tapi aku nak kau cari lagi info pasal mamat tu. Aku tak suka Isya ada hubungan dengan lelaki tu" Asy menghabiskan rokok ditanganya. Entah batang keberapa dimasukkan ke mulutnya. Selalunya lelaki ni kalau dia stress makin banyak yang dia hisap.

"Boleh aku tahu asal kau macam nak kongkong Isya. Apa masalah kau sebenarnya eh? Aku bukan nak nyibuk tapi just curious" Soal Aryan sambil mengangguk kepalanya tanda dia betul-betul ingin tahu, menanti jawapan dari Asy.

"Aku ada alasan aku tersendiri. Kenapa aku buat macam tu. Nanti aku bagi tahu kau. But not for this time" jelas Asy. Menarik nafas panjang.

"Kau tau Isya dekat mana sekarang ni?"

"Budak aku cakap dia ada dekat club sekarang, tapi jangan risau keadaan semua okay" terang Aryan membuatkan Asy sedikit lega.

Nafas panjang dihembus. "Dia marah aku, sebab suruh kau jaga dia. Tapi tak lama tu, nanti okay la tu." Terang Asy sambil memandang tepat kewajah Aryan. Aryan tersentak dipandang begitu.

"Kau nak aku tolong apa?" soal Aryan laju, seperti seakan tahu akan setiap pergerakkan Asy.

"Buat. Isya. Sayang. Kau" satu persatu perkataan keluar dari mulut Asy membuat Aryan bertambah hairan dan terkejut. Meremang badan Aryan mendengar kata-kata yang diluar jangkaannya

Aryan tersenyum kelat dan disertai dengan kerutan didahinya. "Kau serius ke bro?" Asy hanya mengangguk dan tersenyum sinis, meneruskan hisapan rokok ditangannya.

********

"Kau demam ke Isya? Kau okay tak ni? Gila la plan kau ni. Aku tak sanggup la. Jangan disebakan perangai suka protes kau ni akan hancur diri kau baik". Marah Mia terhadap sahabatnya itu.

"Aku sakit hati dho, kau tak tahu apa yang aku rasa" Isya meluah perasaan.

"Tapi kalau kau tak nak tolong aku boleh buat sendiri" sambungnya lagi kecewa dengan respon Mia.

Mia hanya memandang Isya, ingin mendapat pengesahan bahawa Isya hanya main-main.

"Aku tak main-main la Mia, kalau tak nak tolong tak pe la" Isya terus mencapai begnya seolah-olah ingin beredar dari situ.

Dengan pantas Mia menarik tangan Isya. "Okay aku tolong kau" demi menjaga hati Isya, Mia bersetuju juga dengan idea gila Isya.

**********

Isya mengintai keibat abangnya dari balik tangga "Ish ada kat situ pulak" desis hati Isya apabila melihat kelibat abangnya diruang tamu.

Tanpa berfikir panjang Isya terus melangkah kearah ruang tamu, secara tidak langsung ia telah memancing Abangnya.

"Balik pukul berapa semalam" soal Asy serius sambil jarinya ligat bermain telefonnya. Langkah Isya terhenti apabila suara Asy memecah kesunyian vila itu. Tanpa mengatakan sepatah pun perkataan, Isya meneruskan langkahnya.

"Nak kemana pula?" Asy segera menanyakan soalan seterusnya setelah mengetahui bahawa Isya tidak berminat dengan soalan nya. Langkah Isya terhenti lagi sekali dek kerana otaknya tiba-tiba berhubung memerah idea-idea gilanya semalam.

"Nak keluar" balasnya selamba.

"Siapa?" soal Asy lagi, serius. Sekilas memandang wajah adiknya.

"Aryan" selamba Isya menjawab.

Asy sedikit terkejut dengan jawapan adiknya, baru sahaja dia berbicara dengan Aryan mengenai arahannya. Tiba-tiba dengan serta merta fikiran Isya berubah. Dia bingung dengan adiknya. Bipolar? Maybe? Dah jangan ngarut. Asy tengah dengar kita mengata pasal adik dia hahahah.

Asy segera bangun dari tempat duduknya, menapak menuju ke arah Isya yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Isya hanya memandang abangnya kosong sambil berpeluk tubuh.

"Ni adik abang ke? Ke demam?" Asy memusing keliling Isya sambil melihat tepat ke wajah Isya lalu memegang dahi Isya seolah-olah ingin memeriksa suhu badan Isya. Dia ingat tangan dia thermometer ke?

"Apa abang ni..." Isya memegang tangan abangnya yang berada didahinya lalu mengalihnya.

"Betul la Isya nak keluar dengan Aryan la ni. Kenapa? Tak percaya?" Isya melihat Abangnya dengan senyuman tawar.

"Tak...bukan tak percaya, tapi pelik. Sikit" balas Asy sambil menunjuk jarinya seperti mencubit.

"Asalamualaikum..."

Bakal imam siapa pula datang ni hahaha.

*****************

Siapa Dia Sebenarnya?  (COMPLETE) ✔️Where stories live. Discover now