♚ - three

350 54 18
                                    

Thantophobia

Chapter 3 : it's okay

[You're my stars, my moon and I'm your night.]

Langit malam dipenuhi bintang dan ditemani malam ditatap lembut oleh Aisya. Buaian di halaman rumah ibu mertuanya menjadi santapan duduknya. Dengan suasana sedikit sejuk memberikan ketenangan bagi Aisya.

Aisya mengambil telefon miliknya lalu dibuka. Jam menunjukkan pukul 10.15 malam tetapi rumah ini sudah mulai sunyi. Tiada teman untuk berborak, semuanya buat kerja masing-masing di bilik mereka. Sunyi.

Aplikasi kamera dibuka lalu pemandangan langit malam itu ditangkap. Dengan senyuman dia membelek satu persatu gambar yang dia ambil lalu salah satu daripadanya di hantar ke sosial media.

"Taehyung mana ya..."

"Dia ada kat ruang atas main uno dengan Nisha. Kenapa Aisya kat sini ni sayang ? Sejuk kan. Jom masuk."

Puan Maria, ibu mertua Aisya. Soalan Aisya dijawab lembut lalu Puan Maria melabuhkan duduk di sebelah Aisya. Turut menikmati suasana malam.

"Mama...Aisya ingat semua dah tidur. Sunyi aje tadi." Aisya ketawa halus. Hujung tudung yang beralun ditiup angin, dipegang kemas.

"Rumah ni memang selalu sunyi. Aisya kena panggil kalau nak berborak." Puan Maria turut ketawa halus. Kemudian tangan Aisya dipegang lembut. "Aisya tak nak masuk lagi ? Mama nak siapkan kerja sikit."

Aisya menggeleng. "Takpe ma, nanti Aisya masuk." Senyuman diukir buat ibu mertua. Puan Maria mengangguk kecil lalu bangun berdiri. "Selamat malam Aisya.."

"Selamat malam."

Matanya menghantar pemergian Puan Maria. Dia menghela nafas pendek. Secara tidak sengaja, otaknya terlintas tentang Taehyung dan Nisha. Sekali lagi nafas dihela pendek. Tiba-tiba rasa tersentuh pula.

Dia fikir Taehyung akan mencarinya, namun tidak. Lagi seronok mungkin sedang meluangkan masa dengan adiknya. Aisya menggeleng laju. Mahu dibuang rasa iri hati, mahu menjauhi fikiran negatif.

Esok kemungkinan mereka akan berangkat pulang ke rumah mereka. Aisya tersenyum lembut. Dua hari dia di sini, dia dilayan baik. Tetapi tidak pernah pula Anisha bertegur sapa dengan dia. Sibuk mungkin.

Angin malam makin mendingin. Aisya bingkas bangun lalu menuju masuk ke rumah. Pintu dikunci selengkapnya dan lampu dimatikan semuanya. Tingkat bawah sudahpun gelap. Aisya membuka langkah ke tingkat atas.

Sampai di tangga yang terakhir, dapat dia dengar tawa Anisha. Terus langkahnya mati, dia berdiri di situ. Entah mengapa dia pun tidak pasti.

"Abang main tipu. Tu kad Nisha kan."

"Mana ada ! This is mine."

Disambung pula dengan suara tawa Taehyung. Aisya tersenyum kelat. Cuba membuang rasa dan fikiran negatif. Dia menarik nafas dalam lalu dihembus lembut. Mata dipejam untuk menenangkan diri sebentar.

Tidak menunggu lama, dia terus sambung niat untuk ke bilik. Terhias di koklea mata dua figura sedang bergelak tawa di depan televisyen. Nampak seperti mereka langsung tak perasan kehadirannya.

Bilik mereka bersebelahan dengan ruang rehat. Jadi berkemungkinan Taehyung dan Anisha tidak sedar. Aisya menunduk sedikit sebelum bibirnya diketap lembut. Tombol pintu dibuka lalu dia meloloskan diri ke dalam bilik.

Taehyung yang tadinya leka dengan permainan kadnya terus terjeda apabila dia dengar pintu bilik mereka. Mungkin Anisha tidak perasan tetapi dia dapat dengar. Jam tergantung elok dikerling sekilas.

Lalu kad diletak laju. "I go first. Good night."

Sebaik saja Taehyung pergi, Anisha mengeluh. Kad yang mereka main dan sepahkan disusun semula. "Untunglah...."

Air suam memenuhi tab mandi. Aisya melepaskan tekanan dengan berendam di dalam air suam. Dia bersandar sambil memejamkan mata. Wangian lembut dari sabun mandian membuatkan dirinya tenang.

Hampir 30 minit lamanya dia berendam, akhirnya Aisya keluar. Pakaian tidur dipakai siap dari dalam bilik air. Tuala disangkut kemas. Rutin malamnya berjalan seperti biasa. Barulah dia keluar, sedia untuk melelapkan diri.

Pintu bilik air ditutup. Badan dipusing lalu susuk tubuh Taehyung menghias mata. Taehyung duduk bersandar di birai katil dan nampak kusyuk dengan telefonnya. Aisya mendekati Taehyung.

"Hai..."

Aisya menyapa lembut. Dia melabuhkan punggung di sebelah Taehyung lalu bahu lelaki itu menjadi tempatnya untuk bersandar. Matanya mulai kuyu.

Taehyung meletakkan telefon ditepi. Tangan Aisya digenggam lembut lalu rambut Aisya dibelai perlahan. Wangian dari isterinya buat dia rasa tenang sedikit.

"Dah okey ?" Soalan diajukan oleh Taehyung. Aisya mengerutkan kening. Soalan apa itu ? Terus Aisya duduk menegak. Kepala dilangutkan untuk memandang Taehyung.

"Apa yang dah okey ?" Aisya mengajukan soalan kembali. Taehyung mengerutkan kening pula.

"Anisha said you want some space nak hilangkan stress ? Saya baru nak ajak awak main sama-sama." Jawab Taehyung sambil menarik muka masam. Aisya tergelak lalu bersandar kembali di bahu Taehyung.

Kemudian matanya membulat. Bila masa dia bercakap dengan Anisha ? Bila masa dia cakap dia nak ruang untuk hilangkan stress ? Aisya kembali duduk menegak. Membuatkan Taehyung memandangnya pelik.

"Tapi...saya tak bertembung dengan Nisha pun. I don't even talk with her today..." Aisya memandang Taehyung dengan mata bulat. Terus senyuman Taehyung mati.

"Sayang, don't lie."

"Demi Allah, saya langsung tak bercakap dengan dia harini." Aisya bersungguh-sungguh meyakinkan Taehyung.

Taehyung menarik nafas dalam lalu dihela panjang. Wajah Aisya ditatap lembut, pipi gebu Aisya diusap perlahan. Dia terdiam sejenak. Fikiran Taehyung mulai terganggu. Kemudian Taehyung bangun.

"Saya nak mandi, then kita tidur okey ? Lupakan hal tadi, mungkin saya salah dengar. I'm sorry." Dahi Aisya dikucup lembut sebelum dirinya masuk ke dalam bilik air.

Mata Aisya sudah bergenang. Namun cepat-cepat dia hapuskan sisa air mata. Kepala tertunduk, lalu dada dipegang.

"Jangan...."





_____________________

Start ! 🙊

𝐓𝐡𝐚𝐧𝐭𝐨𝐩𝐡𝐨𝐛𝐢𝐚 : 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 Where stories live. Discover now