♚ - eight

367 38 13
                                    

Thantophobia

Chapter 8 : much love

[Just a moon with her night.]

Pintu bilik air ditutup rapat sebelum kakinya melangkah ke arah birai katil lalu melabuh duduk di situ. Dia melemparkan pandangan ke luar balkoni yang sengaja dia biar terbuka. Langit malam jauh lebih cantik bagi si dia.

"Aisya," Taehyung entah dari mana menyapa lembut Aisya yang sedang ralik menikmati malamnya. Tersenyum perempuan ini saat ditegur suami.

"Ya, saya."

"Kenapa tak tidur lagi ?" Taehyung turut melabuhkan duduk di sebelah Aisya. Namun beberapa saat kemudian Aisya menarik Taehyung bangun, duduk di balkoni.

"Saya tunggu awak,"

Taehyung ketawa kecil lalu merangkul tangannya di pinggang kecil Aisya. Nafas dihela panjang sejurus merehatkan kepala di bahu isterinya.

"Esok kita dah boleh balik rumah kita." Ujarnya lembut. Terus melebar senyuman Aisya tatkala mendengar ayat yang keluar daripada mulut Taehyung.

"We just finished the case." Sambung Taehyung.

"Yeay !"

Taehyung ketawa suka. Lalu tangan Aisya digenggam kemas. Sambil mereka menikmati angin dan suasana malam, sambil mereka melepaskan rindu.

"Sayang,"

"Hmm ?"

"I'm sorry if I recently ignored you. Didn't pay attention of what you were talking. And come back home very very late. It wasn't my meant, I'm really sorry."

Taehyung mengangkat kepala dari bahu Aisya lalu mendakap erat perempuan itu. Hampir berminggu dia sibuk dengan kes Tuan Kim, sepanjang itu lah Aisya diabaikan.

"Taehyung, saya faham. Maaf jugak saya tak cuba untuk hilangkan stress awak. Saya tak membantu. You did very well, very professional. Proud of you." Aisya membalas dakapan suam Taehyung.

Dia pada mulanya terkesan dengan kesibukan Taehyung namun dia cuba untuk terima dan fahami kerja Taehyung. Sepanjang ketiadaan Taehyung, dia cuba membiasakan diri dengan suasana baru. Ya, dia berjaya.

"You don't have to try, seeing your face already healed all the stress. Thank you so much. Saya bersyukur tuhan hantarkan awak untuk saya."

Taehyung tersenyum. Mula terimbas di mana dia pulang lewat malam, Aisya sudahpun tidur. Siap mandi, dia bersiap untuk tidur. Dan sebelumnya, dia pandang wajah Aisya. Terfikir betapa tersentuhnya perempuan itu.

Apabila Aisya bercerita, dia sibuk dengan kerja sampai tidak respon sepatah pun. Aisya tetap ketawa dengan ceritanya sendiri. Aisya cuba bermanja tapi Taehyung selalu pulang lambat, habiskan masa di pejabat dan bilik atas.

Aisya mungkin tidak sekuat wanita yang menanggung lebih banyak beban, tetapi bagi Taehyung perempuan itu sudah cukup kuat untuk kawal dirinya.

"Saya pun. Bukan setakat handsome je suami saya. Tangkas dan manja." Jawapan comel Aisya mengundang tawa besar daripada Taehyung.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jun 22, 2020 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

𝐓𝐡𝐚𝐧𝐭𝐨𝐩𝐡𝐨𝐛𝐢𝐚 : 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang