♚ - four

333 47 25
                                    

Thantophobia

Chapter 3 : cuba

[You're my star, my moon and I'm your night.]

"Nisha, salam." Puan Maria menyiku perlahan lengan anak perempuannya. Anisha mencebik kecil lantas tangan dihulur kepada Aisya.

Dengan senyuman manis Aisya menyambut huluran Anisha. Dua tangan bersatu, tetapi tidak lama. Anisha dengan senyuman kelat terus menarik laju tangan yang digenggam lembut oleh Aisya.

"Hati-hati drive. Jangan speed, ingat tu dah ada isteri." Tuan Kim berseloroh lantas tawa mereka terletus. Puan Maria mengangguk setuju dengan suaminya.

"Ya, papa." Taehyung menghulur tangan untuk bersalaman dengan orang tuanya. Begitu juga Aisya.

Sesi bersalaman sudahpun selesai. Tuan Kim dan Puan Maria sudah hilang kelibatnya. Tinggal Aisya, Taehyung dan juga Anisha di bawah garaj. Anisha bersandar santai di bonet kereta. Menghiaskan matanya dengan memandang Taehyung yang sedang menyusun beg.

"Sayang masuk dalam kereta dulu. Saya nak cakap dengan Nisha kejap." Usai menyusun beg, Taehyung sempat berpesan. Aisya mengangguk faham dan kemudiannya masuk ke dalam kereta.

Taehyung berdehem kecil sebelum membuka suara. Wajah Anisha yang kelat bak peria itu dipandang sahaja. "Nisha, abang nak tanya."

"Apa ?" Perempuan berambut koko cerah itu mengjongketkan keningnya seraya memandang Taehyung.

"Nisha cakap apa semalam ?" Taehyung menyelup kedua tangannya di dalam poket. Badan disandarkan di tiang garaj. Masih lagi memandang Anisha.

"Cakap apa ? Kita main je kan ?" Anisha mengerutkan dahi. Cuba untuk memproses soalan yang keluar daripada mulut abangnya. Dia turut bersandar di bonet kereta. Sesekali matanya melirik ke dalam kereta, melihat Aisya.

"Nisha tipu abang ?"

"Tipu apa. Nisha tak faham lah abang ni." Anisha terus berdiri tegak. Sambil menahan suaranya yang bila saja boleh menjerit di depan muka Taehyung.

"Kalau abang cakap pasal Aisya, Nisha faham ?" Taehyung mengeluarkan tangannya. Kening diangkat.

"Oh- tu..." terus Nisha tersandar kembali. Jari bermain dengan hujung blouse yang dipakai. Taehyung memerhati dengan riak kosong dan masih menunggu jawapan.

"Tu apa ?" Kini suara Taehyung mendatar. Dia memeluk tubuh. Riak kosong yang dipapar menambahkan lagi gusar dalam diri Nisha. Belum pernah dia hadap Taehyung yang ini.

"Tu..."

"Abang tak suka Nisha menipu dengan abang. Kalau tak suka, cakap. Dia isteri abang, jadi tolong belajar terima kenyataan."

"Pergi masuk, I'll go now." Sambung Taehyung. Dia meloloskan diri ke dalam kereta dengan muka tanpa secalit senyuman. Anisha pula mencebik geram. Terus dia membuka langkah masuk ke dalam rumah.

"Nah.." sebaik saja Taehyung masuk, Aisya terus menyua gula-gula mint buat Taehyung. Taehyung memandang Aisya sambil keningnya diangkat. "Candy ?"

Aisya mengangguk bersama senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir. "Untuk fresh kan awak." Terus Taehyung ketawa kecil. Hidung Aisya dicuit manja.

"Tengok si Aisya ni pun dah buat saya fresh."

Ketawa mereka terletus. Mood Taehyung berubah serta-merta bila Aisya ada. Seperti biasa, perjalanan mereka bermula. Suasana hening seketika, hanya suara dari radio kedengaran bising.

Sesekali mata Taehyung dilirik ke arah isterinya. Tertidur rupanya. Taehyung memberhentikan kereta apabila lampu isyarat bertukar merah.

"Anak mochi mana lah tidur pipi sedepa ni." Ujar Taehyung sambil tangannya mencucuk pipi milik Aisya. Aisya dengan mogoknya mencebik. "Daniel..."

Taehyung tersenyum melihat Aisya yang masih lagi terpejam. Kemudian dia kembali fokus di jalan. Perlahan-lahan senyuman hilang bila terlintas hal tadi. Keluhan berat dilepaskan.

Dia tahu, Anisha cemburu. Dia tahu Anisha tidak boleh terima yang dia sudahpun berumah tangga. Dia juga tahu Anisha menyimpan perasaan padanya. Kerana, Anisha bukan darah daging dia.

Tuan Kim bapa kandung Taehyung, tetapi Puan Maria bukan ibu kandung Taehyung. Anisha, merupakan adik tiri kepada Taehyung. Ibunya, sudahpun pergi ketika dia berumur 5 tahun.

Hidupnya bagai sampan di tengah laut, terumbang ambing dibawa ombak deras. Membesar dengan budaya yang lain daripada budaya asal. Terpaksa mengikut apa yang diajar sedangkan itu bukan sifatnya.

Pin !

Lamunan terhapus saat mendengar bunyi hon dari kereta belakang. Terus dia laju menekan pedal minyak. Berkali-kali dia beristighfar, tangan kirinya dibawa ke dahi dan diurut perlahan. Dia memandu dengan sebelah tangan. Seksi ? Yes.

Aisya dari tadi memerhati Taehyung. Secara tidak langsung jarinya merangkak naik ke bahu Taehyung dan mula mengurut. Taehyung mengoyak senyum buat Aisya. Tahu saja dia sedang penat.

"Apa kata kita berhenti makan ?" Cadang Aisya. Sebenarnya perut Aisya sudah berbunyi minta di isi. Taehyung mengangguk perlahan sebelum kereta itu membelok masuk ke kawasan deretan kedai.

"Sayang nak makan apa ?" Taehyung menyoal sambil matanya melilau mencari restoran yang ingin dikunjungi. Aisya mengurut dagu, berfikir.

"Saya ikut awak, hehe."

"Kalau ikut saya, kita makan kat rumah lah." Jawab Taehyung. Senyuman senget mula ditunjukkan. Kereta Audi miliknya berhenti di depan restoran melayu.

"Lah, awak nak saya masak ? Kenapa tak cakap kit-"

"Sayang." Tawa Taehyung terhambur. Aisya terdiam sambil memandang Taehyung. Matanya si Aisya mulai membulat lalu lengan Taehyung menjadi sasaran Aisya.

"Yah Kim Taehyung !"




______________

Selamat menjalankan ibadah puasa, ramadhan munarak <3

𝐓𝐡𝐚𝐧𝐭𝐨𝐩𝐡𝐨𝐛𝐢𝐚 : 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang