♚ - five

315 47 13
                                    

Thantophobia

Chapter 5 : positive

[You're my star, my moon and I'm your night.]

10 a.m

"Assalamualaikum," Taehyung melemparkan kertas kerjanya di atas meja kecil yang tersedia di penjuru ruang tamu. Wajahnya sogol.

Terus dia naik ke atas mencari Aisya di dalam bilik kerana waktu-waktu begini selalunya Aisya masih lagi membuat tahi mata selepas Taehyung berangkat ke tempat kerja.

Sampai di bilik, kelihatan Aisya elok tidur dengan nyenyak. Taehyung menggeleng kepala selajur itu dia melabuhkan duduk di sebelah Aisya. Alat kawalan pendingin hawa diambil lalu diturunkan suhu.

"Aisya busuk, bangun."

Taehyung membelai lembut sisi muka Aisya. Penatnya hilang sebaik saja Aisya ada di depan mata. Perempuan manis itu mengeliat kecil seraya memeluk erat lengan Taehyung sambil mata yang terpejam.

"Aisya bangun..." Taehyung menggoncang tangannya yang dipeluk Aisya menyebabkan perempuan itu mendengus kecil. Mata perlahan-lahan dibuka.

"Ergh..." secara slow-motion Aisya bangun duduk. Digosok kedua-dua belah mata bulatnya. Kemudian rambut diikat sanggul. Selimut ditolak ketepi lalu dia menjuntaikan kaki seperti Taehyung.

"Awalnya awak balik..." ujar Aisya. Kepala dilentokkan di bahu Taehyung, sudah menjadi habit buat seketul Aisya.

Taehyung mengusap penuh kasih sayang ubun-ubun Aisya. Senyuman senget diukir walaupun Aisya bukannya tengok pun.

"Saya penat lah, stress." Taehyung turut melentokkan kepalanya di atas kepala Aisya. Tangan Aisya dicapai lalu digenggam. Senyuman dibibir tidak lagi terukir. Wajahnya berubah sogol, kemudian terus serius.

"Kenapa ? Ah- kejap. Saya nak mandi lepast-" Aisya mengomel lalu bingkas bangun.

"Duduklah sini." Taehyung menarik Aisya untuk duduk semula. Wajahnya monyok, tidak ada secalit senyuman seperti biasa. Aisya tersenyum manis.

"Benda apa yang buat suami saya terganggu ni hm ? Saya nak mandi sekejap, lepastu saya siapkan menu special untuk hilangkan sikit stress awak tu, okey ?"

Pipi Taehyung ditekup. Kemudian rambut Taehyung dibetulkan sedikit. Hidung mancung Taehyung dicuit manja membuatkan Taehyung tersenyum kecil. Aisya bangun lalu sut kot Taehyung dibuka. Tali leher Taehyung juga dibuka lalu kesemua itu disangkut kemas.

"Wait a minute my baby boo, your baby boo nak mandi sekejap je." Aisya mengenyitkan mata lalu tawa kecil miliknya terhambur. Terus Aisya berlari kecil masuk bilik air. Taehyung tersenyum kecil.

Butang baju dibuka satu persatu hingga habis. Kemudian ditukar pakaian ke pakaian yang lebih selesa. Sementara menunggu 'baby boo' nya mandi, dia berbaring seketika.

Strawberi dipotong dan kemudiannya disusun cantik-cantik di atas soufflé pancake. Siap ! Dua hidangan paling senang dan agak hipster buat Taehyung dan dia. Soufflé pancake dan ais lemon soda.

Aisya membawa dulang yang berisi hidangan tersebut ke bilik. Seperti biasa, mereka meluangkan masa di balkoni. Aisya tersenyum gembira melihat Taehyung yang duduk menunggu nya.

"Here we go." Aisya mengeluarkan pinggan berisi soufflé pancake dan minuman diletakkan di atas meja. Dulang diletakkan di tepi supaya tidak menganggu.

"Sayang,"

Taehyung tersenyum demgan senyuman petaknya melihat hidangan di atas meja itu. Cantik bersusun, menyelerakan. Soufflé terlihat gebu dan sedap. (Dusta xD)

"Untuk awak, dan untuk saya." Aisya menarik kerusi lalu duduk. Pisau khas dan garfu diletak sopan di atas pinggan milik Taehyung dan miliknya.

"Thank you princess, very much." Taehyung sekali lagi tersenyum. Aisya mengangguk kecil juga tersenyum lebar. "Machigaeta~" Taehyung membaca doa lalu mula menjamu selera.

"So delicious, did you learn to do this ?" Taehyung menyoal selepas beberapa suap dia makan. Aisya terus ketawa halus. Dia berdehem lalu mengangguk.

"Saya belajar dengan arwah ibu."

Taehyung menaikkan kening seraya meng'oh'kan saja. Rasa bersalah pula bila isterinya menyentuh hal arwah ibu. Namun melihat Aisya masih dengan senyumannya, terus hilang segala rasa serbasalah.

"Sedap, sedap sangat. Thank you." Taehyung meneruskan suapan. Aisya tertawa halus. "Untuk lelaki depan saya ni, semua boleh. You're welcome sayang."

"Oh iya, awak ada nak cerita apa-apa ? Kan awak kata awak penat, kenapa tu hm ?" Aisya mula menyentuh bab tadi. Taehyung yang tadinya berselera, kini tersandar lemah. Aisya perasan perubahan itu.

"Makan la dulu. Cerita sambil makan ye ? Tak nak la macam ni, saya tak suka la muka handsome macam ni tapi riaknya tapai basi." Aisya berseloroh sambil memuncungkan bibir.

Tawa Taehyung terburai. Kemudian Taehyung kembali duduk seperti biasa. "Ada-ada je lah anak mochi ni." Mereka berdua tertawa serentak.

"No actually, it's about...my workship. Papa as-"

Percakapan Taehyung tergantung apabila telefon bimbit milik Taehyung menjerit minta dijawab. Taehyung sekali lagi mengeluh kecil melihat nama yang terpapar sebelum dia menyentuh butang hijau.

"Hello."

"What the-" Taehyung terus meletak gagang telefon.

Taehyung meraup rambut kebelakang dengan kasar. Terbit ketidakpuasan di raut wajah lelaki ini. Wajah mula memerah menahan marah. Aisya terus tersentak, terdiam melihat suaminya sebegitu.

"Taehyung..."

"Pakai tudung ikut saya balik rumah papa, sekarang."

Aisya mengangguk perlahan. Pinggan dikutip lalu dibawa turun ke dapur. Tipu jika dia tak tersentuh dan tak terasa takut dengan sikap Taehyung tadi.

Dia cuba positif, mungkin Taehyung terlalu terhimpit dengan kerja-kerjanya. Positif.


_____________

i try banyak kali buat soufflé pancake tapi tak pernah naik tinggi, hanat.

𝐓𝐡𝐚𝐧𝐭𝐨𝐩𝐡𝐨𝐛𝐢𝐚 : 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 Where stories live. Discover now