♚ - two

498 71 28
                                    

Thantophobia

Chapter 2 : sweetness

[You're my stars, my moon and I'm your night.]

Ikatan apron dibuka perlahan dan apron disangkut semula di tempat asal. Kemudian dulang makanan yang berisi cheese pancake yang ditabur beberapa jenis buahan dan juga madu diangkat untuk naik ke bilik.

Sampai sahaja di depan pintu bilik, bibir manis Aisya terukir senyuman malu. Lantas sebelah tangan membuka tombol pintu berukiran moden itu. Diam-diam dia mendekati Taehyung yang sibuk dengan laptop di balkoni.

"Hyungie, breakfast is done." Aisya meletakkan dulang dengan sopan di atas meja. Taehyung yang tadinya sibuk dengan laptop, kini tertumpu pada makanan yang dibawa.

Laptop ditutup dan disimpan di tepi. Kerusi ditarik ke hadapan. Wajah mulus Aisya dipandang dengan senyuman lebar. "Cheesy pancake ?" Aisya mengangguk laju.

"Machitaaa~" Taehyung bersuara lembut. Aisya ketawa perlahan. Kerusi ditarik untuk dia labuhkan duduk. Namun baru sahaja ingin duduk, dia bangun kembali.

"Wait a second. Saya terlupa air." Aisya berlari kecil turun ke bawah. Gelagat Aisya menyumbang tawa dari Taehyung. Pinggan pancake dikeluarkan daripada dulang lalu dulang diletakkan di tepi.

Sementara menunggu Aisya, Taehyung sempat memeriksa telefonnya. Taehyung duduk bersandar sambil tangannya lincah 'menyapu' skrin telefon. Email dibuka untuk memeriksa jika ada email baru. Walaupun cuti, tetapi email sentiasa ada.

"Okey dah, jom makan." Aisya melabuhkan duduk di hadapan Taehyung. Minuman susu dan air kosong disediakan. Pasangan suami isteri ini langsung berkongsi makanan.

Sesekali Aisya mengambil kesempatan untuk menyuap Taehyung. Begitu juga Taehyung, mengambil peluang untuk menyuap Aisya. Begitulah kehidupan mereka dengan rumah tangga yang usianya baru mencecah sebulan.

"Aisya...tak penat ke buat macam ni hari-hari ?" Taehyung bertanya seraya meneguk susu yang dituang Aisya.

"Tak." Pendek jawabnya.

"You love to do this ?" Tanya Taehyung lagi. Aisya mengangguk laju.

"Saya suka. Bagi saya, it's sweet. Saya dapat serve untuk awak, bermesra dengan awak, manja dengan awak. Especially early in the morning, enjoying the fresh air and chit-chat with my love one. Manis and this way also help us to be more closer and yea, loving more."

Aisya mengoyak senyum buat Taehyung. Mengundang rasa terharu disudut hati lelaki ini. Taehyung kemudian mencapai tangan kanan Aisya lalu digenggam lembut.

"Thanks to Allah for giving me the sweetest wife." Taehyung mengunkap kata-kata sambil matanya tidak lepas memandang Aisya. Aisya pula sudah tenggelam dengan pandangan itu.

"Terima kasih, awak."

Lelaki ini tersenyum manis sebelum tangan Aisya dilepaskan. Kehidupan mereka, seolah bunga yang mengembang. Wangi, manis dan dihiasi warna yang cantik.

Satu pertiga malam di mana kebanyakan manusia sudah lena diulit mimpi termasuk perempuan miliknya yang tidur nyenyak di atas katil. Tetapi dirinya terduduk elok di atas bentangan sejadah.

Malam yang sunyi hanya ditemani dengan lampu tidur dan bunyi desiran angin malam di dalam bilik itu membuat Taehyung berasa lebih nyaman. Tidak berapa lama, dia bangun dan bentangan sejadah dilipat kemas sebelum meletakkan di tempatnya. Kemudian ditukar pula baju kepada baju hoodie dan short pant.

Perlahan-lahan dia menghampiri Aisya yang tidur dengan muka polosnya. Taehyung duduk dengan tertib di sebelah Aisya. Rambut Aisya yang menutup sebahagian wajahnya, disisir ke belakang.

Kening Aisya diusap perlahan. Tangan jatuh pada hidung asia Aisya. Terbit senyum senget di bibir seksi milik Taehyung apabila Aisya mengeliat kecil. Tiba-tiba senyuman Taehyung mati.

"Astaghfirullah..." ujarnya perlahan. Terus saja dia bingkad bangun. Niatnya mahu menjenguk Aisya saja sebelum dia duduk di balkoni untuk membaca al-quran. Terlebih pula. Tidak pasal-pasal dia terpaksa untuk berwudhuk sekali lagi.

Taehyung langsung ke dalam bilik air untuk berwudhuk. Selesai, dia mengambil al-quran di atas meja lalu bersantai di balkoni bilik. Dia menutup lampu tidur di dalam bilik kemudian membuka lampu meja di balkoni.

Bermula dengam basmallah, Taehyung mengalunkan ayat al-quran yang telah sekian lama dia tinggal. Nasib menyebelahi dirinya, dia masih lancar dan ingat setiap tajwid.

Hampir satu jam dia bersama al-quran, dia menghabiskan ayat terakhir sebelum menyimpan kembali al-quran. Alat kawalan pendingin hawa diambil lalu diturunkan suhu. Buat kesekian kalinya, dia menjenguk Aisya. Selimut ditarik menutupi bahagian dada Aisya dek kerana suhu yang sedikit sejuk malam itu.

Jam menunjukkan 3:10 pagi. Namun Taehyung masih segar. Dia kembali bersantai di balkoni, merenung tumbuhan hijau yang hidup di taman itu. Dia bangun, lalu berdiri di penghadang balkoni. Angin malam menampar lembut membuat rambut Taehyung beralun.

"Taehyung..."

Belakang badan Taehyung dipeluk lembut. Tahulah Taehyung, itu Aisya. Dakapan hangat dari Aisya sememangnya selesa. Dia berpaling menghadap Aisya. Muka mamai, dengan mata yang masih berat untuk dibuka.

Dia menarik Aisya untuk masuk kemudian pintu balkoni ditutup berserta langsir. Langsung Aisya mendakap Taehyung dan mengheret lelaki itu berbaring semula. Taehyung tergelak halus.

Aisya merehatkan kepalanya di dada bidang milik Taehyung. Pelukan tidak terlepas malah lebih erat, selesa.

"Did I wake you up hmm ?" Taehyung bertanya sambil tangan membelai lembut rambut Aisya. Aisya menggeleng laju. Mata yang masih terpejam kini dibuka untuk memandang Taehyung.

"Saya dengar awak baca al-quran. Sedap sangat. Saya suka.."

"Eo, awak dengar ? Sorry sayang, saya ingat aw-"

"No it's fine. Saya suka, suka sangat." Aisya memintas jawapan Taehyung. Mata terpejam kembali. Sambil terulit dengan belaian lembut dari Taehyung.

"Saya bacakan setiap malam, lepas isyak. Boleh ?" Soalan Taehyung dibalas dengan anggukan Aisya. Sebenarnya sudah mengantuk. Sampaikan mata pun tidak mampu dibuka. Suara Taehyung pun antara dengar dan tidak.

Taehyung tersengih sendiri. Niatnya cuma mahu memperbaiki diri yang dah lama hanyut dengan kehidupan asal. Tidak pula menyangka Aisya akan suka. Dipanjat rasa syukur kerana dihadirkan perempuan yang sedang tidur di dalam dakapannya itu.

Taehyung menarik selimut menutupi tubuh mereka. Ubun-ubun Aisya dikucup lama sebelum dia juga memejamkan mata untuk dijemput mimpi.



_______________

Kim Taehyung jadi apa pun hawt kan ? Bismillah assalamualaikum taehyung jom kahwin :(

𝐓𝐡𝐚𝐧𝐭𝐨𝐩𝐡𝐨𝐛𝐢𝐚 : 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭 Where stories live. Discover now