Thantophobia
Chapter 6 : biadab
[You're my star, my moon and I'm your night.]
"Mama..."
Taehyung terus menerpa masuk mendapatkan Puan Maria yang duduk tersandar lemah di sofa ruang tamu. Anisha yang sentiasa di samping Puan Maria beserta minyak terapi di tangan turut beralih pada arah Taehyung dan Aisya.
"Mana papa ?" Taehyung mengambil tempat di sebelah Puan Maria. Aisya hanya berdiri memerhati sekeluarga itu. Riak risau jelas tampil di wajah masing-masing.
"Papa kat atas, abang pergi lah tengok. Papa tunggu abang dari tadi." Anisha bangun memberikan ruang buat abangnya. Dia berdiri di sebelah Aisya.
Taehyung menghela nafas pendek sebelum bergegas naik ke bilik atas di mana Tuan Kim berada. Aisya pula menggantikan tempat Taehyung di sebelah Puan Maria. Tangan Puan Maria diambil lembut lalu disalam.
"Mama okey ? Nak Aisya buatkan apa-apa ?" Aisya cuba memulakan perbualan. Suasana terasa janggal kerana Puan Maria masih berdiam. "Mama..."
Tidak berapa lama, Puan Maria merebahkan kepalanya di bahu Aisya. "Mama penat...penat nak jaga semua ni...." nafas ditahan, esakan dibendung. "Mama takut....mama tak kuat..."
Luahan hati seorang ibu, membuatkan Aisya sebak tanpa diundang. Anisha duduk di atas lantai di kaki Puan Maria, memegang lutut Puan Maria.
"Mama kuat, Nisha tahu mama kuat..."
Buat pertama kalinya Aisya melihat Anisha sebak begitu, kepalanya disandar pada lutut Puan Maria sambil menahan tangis. Sungguh sayu, Aisya memeluk ibu mertuanya dari sisi.
"Allah ada mama. Mama kuat..."
"Why so sudden papa ?!" Taehyung mengawal intonasi suaranya. Tuan Kim terbaring lemah di atas katil dengan lengan kiri berbalut kain kasa. Tuan Kim tersenyum senget sebelum senyuman bertukar serius.
"Papa hantar kamu ke sana bukan saja-saja Taehyung." Tuan Kim mencari tangan anak sulungnya, lalu digenggam. "Fight for our family, fight for your family."
Taehyung mengetap bibir perlahan. Tangan Tuan Kim terasa hangat, dia genggam kembali. Melihat bapa sendiri terbaring lemah, siapa sanggup ? Seorang pun tidak. Nafas ditarik panjang sebelum kepala diangguk perlahan.
"Arasseo, Taehyung pergi."
Nasi goreng tomyam udang untuk makan malam keluarga Kim sudah siap dimasak oleh Aisya. Senyuman di bibir terhias manis, sambil tangan lincah membuat kerja.
"Kau masak apa ni ?" Anisha tiba-tiba datang menyoal sambil badan disandar di kabinet dapur. Seolah sedang memeriksa minor nya.
"Nasi goreng tomyam udang untuk makan malam. Nisha makan nasi goreng ni ?" Aisya kembali menyoal dengan sopan dan senyuman tidak pernah tawar mahupun kurang. Sentiasa, menemani.
"Kau ni memang nak bagi penyakit dekat suami sendiri ke apa ?" Anisha terus berdiri tegak lalu merampas sudip di tangan Aisya. Dia mencedok udang lalu di letak dalam pinggan kosong.
Aisya terdiam. Dalam hati sedang bertungkus lumus menahan sebak dan emosi. "Kenapa pulak akak nak bagi penyakit dekat suami akak ?" Dia masih membahasakan dirinya sebagai kakak walaupun tahu Anisha takkan berbahasa seperti itu.
"Taehyung tak boleh makan udang ! Alergik. Baik kau masak telur je bagi dia makan heh." Anisha dengan kasar meletakkan sudip lalu berlalu pergi. Namun dia terhenti di tangga dapur.
"Wow Anisha, who taught you ?"
Diam.
"Who taught you ?"
Diam lagi.
"Tak ada mulut ? Dah bisu ?" Taehyung bersandar sebelah badan pada dinding sambil memeluk tubuh. "A simple question Nisha."
Anisha merengus kasar. "What ? Dia takkan tak tahu apa yang abang tak boleh makan ? Dah berbulan kahwin pun masih lagi bendul macam tu ? Abang pun sa-"
"Anisha."
Terus kepalanya terpaling melihat empunya suara lembut itu. Aisya dengan senyum simpul memandang dua beradik itu.
"Sorry, didn't meant to bother. Tetapi tak perlu nak panggil akak bendul. Lawak pula akak dengar." Aisha tertawa kecil walhal dalam hatinya sedang melawan api. "Ke Nisha yang bendul ni ?" Lagi sekali tawanya dihambur.
Anisha terdiam. Jari digempal menjadi buah penumbuk. Geram. Suami isteri ni berkias dengan dia pula malam ini. "Sejak bila kau pandai meng-"
"Akak memang dah pandai, kan sayang ?" Aisya sengaja bertikam lidah dengan Anisha. Lebih baik seperti ini daripada mengais benda yang mengurangkan pahalanya. Aisya berjalan mendekati Taehyung.
Taehyung terdiam sambil alisnya diangkat sebelah. Lidah bermain dengan bahagian dalam pipi. Memperlihatkan sisi seksinya walaupun riak wajah serius.
"Nasi goreng tomyam without prawn is ready to eat. Jom ?" Aisya merangkul lembut tangan Taehyung. "Jom Anisha ?" Dia menyimpul senyuman sambil kakinya mula membuka langkah.
Anisha menjeling geram. Rambut disisir kasar ke belakang. Aisya tersenyum bangga selepas melepasi Anisha. Sebaik saja mereka berdua sampai di meja makan, mengambil tempat masing-masing, senyuman Aisya mulai pudar. Taehyung sedar perubahan isterinya.
"Aisya, okey ?"
"Okey ? Awak rasa ?" Aisya tersenyum hambar. Nasi goreng dicedok secara tertib lalu dihidangkan buat suaminya. Taehyung menggigit bibir perlahan.
"Tak payah gigit bibir tu. Makan cepat. Saya nak hantar makanan dekat mama papa kejap ye. I'll be back."
Aisya mengambil dulang yang disediakan olehnya tadi lalu beransur pergi. Taehyung menghantar pergi Aisya dengan lirikan mata galaknya. Sama ada okey ataupun tidak, Aisya tetap beriak okey. Taehyung tahu dan Taehyung suka dengan sikap isterinya.
Kuat.
________
jangan benci dia, ini cumalah cerita dongeng yang mungkin datangnya dari mimi peri :p
![](https://img.wattpad.com/cover/165586706-288-k748039.jpg)
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐚𝐧𝐭𝐨𝐩𝐡𝐨𝐛𝐢𝐚 : 𝐒𝐰𝐞𝐞𝐭 𝐍𝐢𝐠𝐡𝐭
Action• Re-Make • Thank you for the light that you've brought to my life. Kau tumpangkan aku dengan cinta dan kasih sayang setinggi langit. Terima kasih, sayang. - [ Kim Taehyung Islamic Fanfiction ]