Kereta Exora meluncur laju di lebuh raya. Terasa suasana gembira di dalam kereta itu akan tetapi Adawiyah hairan mengapa dia ada di dalam kereta itu. Di depannya, terdapat dua sosok tubuh duduk di bahagian pemandu dan sebelah pemandu. Dari penglihatan Adawiyah dia tidak dapat mengenali siapa gerangannya tetapi terlihat seperti pasangan suami isteri yang berpangkat pakcik dan makcik yang kelihatan agak berusia.
Silauan lampu kereta dari lawan arah membuat Adawiyah terpandang kehadapan, kelihatan sebuah kereta lain meluncur laju dari arah bertentangan dengan mereka. Dengan cepat Adawiyah mencuba beritahu kepada pak cik dan makcik tersebut ada kereta yang menuju kearah mereka tapi mereka seakan tidak dapat melihat dan mendengar amaran Adawiyah. Kereta itu semakin mendekat.
Pppppiiiiiiinnnn...
"Pak cik, tengok depan tu ada kereta! Jangan! Jangan!!" Teriak Adawiyah sebelum Adawiyah terjaga daripada mimpi tersebut.
Dia beristigfar berulang kali.
'Apa semua ni? Kenapa aku selalu dapat mimpi yang sama? Tapi bila aku tanya nenek. Dia kata mainan tidur tapi tak kan lah setiap kali aku tidur mimpi selalu sama. Kekadang aku tertanya siapa aku sebenarnya?' pelbagai persoalan di benak fikiran Adawiyah yang masih belum terjawab.
krik.... bunyi pintu dibuka kelihatan muncul seorang perempuan sudah uzur dimamah usia cuba menanyakan keadaan cucunya itu.
"Wiyah kenapa? mimpi buruk lagi?" Adawiyah hanya mampu menganggukkan kepala.
"Dah... dah... Wiyah gi ambik air sembayang pastu buat solat taubat, solat qabliyah barulah solat subuh ya!" arah Nek Tom yang merupakan nenek kandung kepada Adawiyah.
Adawiyah mendengar itu pun bingkas bangun dari tempat tidurnya dan mengambil tuala lalu menuju bilik air didalam biliknya untuk mandi sebelum solat. Setelah melihat cucunya memasuki bilik air Nek Tom pun bergerak kembali kebiliknya.
Suasana hening di pagi hari dan kicauan burung sangatlah menenangkan. Sementara itu, Adawiyah pula menyiapkan diri untuk pergi sekolah untuk menimba ilmu.
Adawiyah memakai tudung yang telah digosok olehnya sambil membetulkan tudungnya di hadapan cermin. Dari pantulan cermin itu membelek dirinya sambil mengimbau kembali kenangan lama yang mana neneknya menceritakan nama nya diberi oleh ayah ibunya adalah Nur Adawiyah Solehah binti Abdul Rahman. Pejam celik - pejam celik dirinya sudah mengijak usia 17 tahun pada hari ini. Bersekolah di Garden International School bukan lah kehendaknya tetapi dipaksa oleh sahabatnya yang mana kos tanggungang juga diberikan oleh sahabatnya.
"Wiyah..... Adayiwah cepat turun. ni Irdiana dah sampai" jeritan Nenek Tom membuatkan lamunan Adawiyah terhenti lalu dengan kelam kabut menyudahkan diri untuk bersiap.
Sejak kematian ibu bapa Adawiyah Nek Tom adalah orang yang jaga dia. Adawiyah bersyukur mendapat nenek selalu mencurakahkan kasih sayang dan prihatin keatas dirinya.
"Ye, wiyah nak turunlah ni." sahut Adawiyah setalah puas hati penampilannya. Sampai sahaja Adawiyah depan pagar rumah.
"Eh, sekejap Wiyah! bekal ni tak nak bawa ke?" Tanya Nek Tom sambil menghulurkan bekal kepada cucu kesayangannya itu. Adawiyah menyambut bekal dengan senyum kecil.
"Haahlah, mestilah nak bawa mana boleh tak bawa nanti lapar macam mana. Terima kasih nek yang ku comel." kata Adawiyah sambil mencuit pinggang nenekku. sengaja Adawiyah bergurau mesra di pagi hari dengan nenek kesayangnya itu.
"Sama-sama kasih yang comel ha masuk-masuk." Latah Nek Tom tanpa sengaja membuat silat yang di pelajarinya.
Adawiyah, Irdiana dan juga tidak ketinggalan Pak Saman turut geli hati melihat latah Nek Tom. Nek Tom memang terkenal dengan latahnya sekali cuit semua benda terkeluar. Nek Tom menepuk lembut pelahan ke bahu cucunya suka sangat menyakat dirinya.
"Bertuah punya cucu, boleh pula dia main-mainkan kita. Dah cepat pergi sekolah nanti lambat. Tapi sebelum tu ingat pesan nenek belajar elok-elok, fokus, ingat ibu dengan ayah dan ingat Allah, niat pergi sekolah kena betul. Belajar sungguh-sungguh, boleh dapat kerja yang bagus. Kalau nenek dah tiada, jaga diri elok-elok ye?" pesan Nek Tom supayanya cucunya setiasa beringat. Nek Tom memandang lembut ke arah Adawiyah sambil mencium ubun-ubun gadis kecilnya dulu sekarang sudah beranjak dewasa.
"Kenapa cakap macam tu? tak baik tahu tak. InsyaAllah Wiyah akan selalu ingat pesanan nenek, tapi jaga cakap macam tu. Wiyah tak suka." Adawiyah memeluk neneknya. Nek Tom hanya membalas pelukan Adawiyah.
'Tapi kenapa aku rasa something tak kene ni. Tak de apa kot.'
Adawiyah cuma mengusir perasaan tidak sedap hatinya itu."Adawiyah janganlah buat drama sedih dekat sini kita dah lambat nak pergi sekolah dah ni." kata Irdiana dengan nada bosan. Ye lah nak dekat setiap hari dapat melihat
drama free."Dah lah nek. Wiyah pergi sekolah dulu, sebelum singa betina tu marah baik Wiyah gerak dulu. Nak manja sikit pun tak boleh." jelir Adawiyah kepada Irdiana. Irdiana menjengkilkan mata membalas berbuatan kawannya itu.
"Ha, Jelir-jelir lidah tu nanti aku potong lidah karang baru kau tahu!" Bebel Irdiana dengan tidak puas hati.
Nek Tom hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah cucu kesayangan dengan cucu kawannya itu.
"Betul kata Irdiana tu. Sudahlah pergi sekolah nanti lewat sampai." ujar Nek Tom untuk untuk menyadarkan cucunya supaya sedar akan kesuntukan waktunya untuk pergi ke sekolah.
"Yelah, Wiyah pergi dulu ye nek! Assalammualaikum nek." Adawiyah menyalam Nek Tom lalu Lambaian terakhir kepada Nek Tom sebelum kerata Irdiana bergerak pergi menuju ke sekolah.
Sayu hati Nek Tom meninggalkan cucunya itu. Seperti sesuatu yang akan berlaku hari itu. Tanpa berlengah Nek Tom terus mendapatkan motornya untuk menjalankan misinya yang tergendala.
Sorry lah tak best sangat but saya akan cuba buat yg terbaik ini baru permulaan
#jangankecam
#jangan lupa vote dan komen tau😀😊
YOU ARE READING
Sahabat Or Cinta ||| COMPLETE (in Editing)
General FictionCOMPLETE My first story💗 Persahabatan yang indah adalah antara hubungan yang saling memahami dan saling melengkapi. tak kira kaya atau miskin, tua atau muda, baik atau jahat mereka akan tetap dan lalui bersama kecuali maut yang memisahkan mereka. ...